My Dream

My Dream

Saturday, September 13, 2014

Kembali lagi

Assalamualaikum,

Ya Allah lamanya tak buka blog. Sibuk kerja sibuk dengan program, kelas, bisnes and macam macam lagi. Kalau nak update memang panjang berjela la entry kali ni. Tapi kita pendekkan lah eh cerita. Alhamdullilah syukur, semakin meningkat usia semakin rasa banyak yang Allah bagi dalam kehidupan ni. Walaupun mungkin tak sesempurna mereka yang lain, tetapi itu cukup untuk membuatkan saya bersyukur. Syukur sangat. Hati gembira, tenang dan rasa selesa dengan kehidupan sekarang. Betul lah kata orang bahawa erti bahagia tu bukannya berdasarkan cinta manusia semata-mata. Banyak lagi cabang cabang kehidupan yang boleh membawa kepada erti bahagia. 


Thesis?
Alhamdullilah dah lebih 3 bulan hantar tapi tak di panggil viva lagi. walaupun berkemungkinan besar tak sempat konvo tahun ni, tapi takpa laa. its okayy. nak stress bagai pun hakikatnya tetap sama. kan?


Kerjaya?
Beralih ke tempat baru, moga moga dipermudahkan segalanya. Ada sebab kenapa Allah merencana sedemikian rupa. Terima dan redha. dan syukur kat sana lebih bahagia. Ikhlas bekerja jauh lebih utama. Bukan wang semata-mata.

Cinta?
Allah Maha Kuasa, Dia tahu bila selayaknya cinta tiba. Percaya pada Dia, Maha Bijaksana merencana segalanya. Tapi tak salah kan jika kita meminta, memohon dibukakan pintu hati yang telah luka. 

Okaylah. Setakat ini dulu eh!

nota hati: Bila rasa selesa, gembira adakah itu petanda pintu hati dah terbuka?

Monday, April 07, 2014

Thesis lagii

semangat semangat semangat. baca journal, baca paper, baca buku, cari idea untuk cari lagi reason nak letak dalam thesis ni. dah tiga bulan dah correction tak siap.

last two weeks rasa busy and serabut sangat bila fikir benda yang tak siap siap ni. tapi alhamdullilah sekarang dah semakin tenang. dah boleh fokus dengan kerja.

moga moga dikuatkan semangat, di tabahkan hati, ditenangkan fikiran dalam usaha menyiapkan thesis ini.

nota hati : jatuh macamana sekalipun, tak mustahil untuk berdiri semula.

Monday, March 31, 2014

Doa Istikharah



Ya Allah jika ini baik bagiku agamaku, dan kehidupanku juga natijahku selepas ini, 
Maka tetapkan lah kau mudahkan lah dan berkatilah aku padanya.

Ya Allah jika ini buruk bagiku, agamaku, dan kehidupanku juga natijahku selepas ini, 
Maka jauhkan nya dariku juga jauhkan aku darinya. 

Tetapkan aku dengan kebaikan sebagaimana sepatutnya kau jadikan ku meredhainya.

nota hati : kosong.

Road to HK 2014























Road to Japan 2014

Dengan mereke, menjelajah Japan. Dari Osaka ke Tokyo-Fuji dan kembali ke Osaka. Ya, banyak pengalaman yang semuanya manis. Betapa gembiranya hati bila disana. Jauh dari segala gala. Buat seketika tak perlu memikirkan benda yang sama yang sehingga kini tiada jawapannya. Disini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak gambar sepanjang kami di sana.














Mimpi sebuah jawapan

Dua kali mimpi benda yang sama minggu lepas. pelik juga sebab tak langsung terlintas memikirkan perkara itu. semua mimpi itu akhirnya merupakan sebuah jawapan yang bersarang di kepala selama ini. Petunjuk Allah nak bagi. Semoga dia berbahagia hendaknya. Perkara lama, memang telah lama saya lupakan. Malah saya maafkan. Aturan yang Maha Esa siapa yang dapat menjangka? Betul kan? 

nota hati : perlahan melangkah dengan langkahan yang sama.

Wednesday, January 01, 2014

2014: Welcome

2014.

cepatnya masa berlalu. detik hati.

esok start bekerja. rasa semangat lain macam. sebab baru dengan contract ni kot. azam baru sudah semestinya nak improve ke arah yang lebih baik dari segala aspek. gandakan usaha, tingkatkan prestasi.

moga dipermudahkan perjalanan hidup. aminn.

nota hati: perlahan-lahan cuba memberi ruang kosongg kepada hati. lembutkanlah hatiku ya Allah.