My Dream

My Dream

Sunday, November 17, 2013

Progress thesis lagi

3 minggu berlalu dengan pantas. tempoh tiga minggu untuk menyiapkan sisa final draft chapter 4. haih pening jugak nak explain result and mengkaji kenapa result begitu dan begini. setiap hari membaca papers/journals/books dengan ayat yang sukar di fahami akhirnya menyebabkan diri terfikir bagaimana lecturer lecturer mendalami semua ni. maksudnya effort yang perlu diletakkan adalah 200%. setiap hari kena baca paper, setiap hari kena fikir, setiap hari kena cari reason baru boleh berjaya. orang yang betul betul minat sahaja yang boleh berhadapan dengan benda ni. membaca memang best. tu pun kalau bahan bacaan tu kita faham lah. tapi kalau tak faham faham pun, jangan cepat putus asa. push lagi, fikir lagi dan lagi last sekali insyallah dipermudahkan.

esok nak hantar dah final draft chapter 4. harap harap ni betul lah final draft dan Dr Halim akan naming external examiner untuk viva. target semester ni adalah semester terakhir. submit full thesis ke GSO lepastu tunggu tarikh untuk viva. selesai satu part belajar. lepas ni dah boleh target untuk benda lain pulak. untuk bekerja mungkin belum tiba masanya. hati kuat ingin sambung pelajaran lagi. nak belajar lagi. istilah serik mungkin ada juga sedikit tapi rasa nak teruskan sebab minat yang mendalam dalam education. insyallah kalau ada rezeki.

jom tidur, banyak lagi menanti hari esok. moga esok hari lebih baik dari hari hari sebelumnya.

nota hati: syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan.


#1 Motivasi diri

Semakin memerhati, memperhalusi serta memikirkan tentang kehidupan, tentang manusia, tentang perjalanan hidup semakin faham tentang aturan yang Maha Kuasa. Yang pasti jalan ini, adalah yang terbaik buat diri buat masa ini. mungkin kadang kadang, ada juga hati kecil mempersoalkan itu dan ini, mengapa begitu mengapa begini tetapi yang pasti Dia ada jawapan yang tersembunyi. Tak senang juga tak payah hidup ini, semuanya sesuai dengan keadaan diri. Dia tahu.

Hidup kena positif, bisik hati lagi. Hidup kena bersyukur. Hidup kena bersabar. Dugaan  datang dan pergi, sama macam kawan. Mereka datang dan pergi dari semasa ke semasa. Tetapi selagi minda mampu menguasai diri dengan aura positif selagi itu ada rasa bahagia, dan tenang dalam diri.

Target kena ada, untuk menjadi insan yang berjaya, untuk menyumbang bakti kelak. Bila buat kerja kena bersungguh-sungguh, sebab tu ada istilah istiqamah dalam membuat kerja. 

Betul. hidup seperti roda. kadang di atas kadang di bawah. bagus juga, sebab kita berpeluang untuk merasa perasaan yang berbeza seterusnya bersyukur dengan nikmat yang ada. 

nota hati : just follow with the flow. may Allah ease everything for me. give me extra strength. insyallah

Wednesday, October 09, 2013

Sayu hati

Siang yang sibuk, malam yang sepi. Hati yang rapuh. Rapuh apabila mengenangkan banyak perkara. Sayu hati apabila fikiran melayang jauh. Teringat kenangan yang pernah singgah. Peristiwa pahit yang acap kali bermain di minda. Semuanya bermula, hanya kerana apabila hati mula terguris dek kerana mereka. 

Cekalkan hati, kuatkan minda. Senyum memang penawar segalanya. .  
Mohon moga Allah terus cekalkan hati menempuh hari hari yang sendiri. 

Nota hati: Permudahkan lah jalan hidupku ya Allah. 

Sunday, August 11, 2013

Dear Heart

"stop searching or otherwise you'll feel bad, down. past is past and let them buried with all the bitter memories. take sweet one along with you, make a move and live happily my dear heart."



nota hati: Ya Tuhan, Engkau tahu apa yang terbaik buatku. Redhakanlah diriku dengan percaturanMu. 

Saturday, August 10, 2013

Entry khas untuk kau yang pernah melukai

kau datang dengan harapan yang menggunung,bukan apa tapi untuk membahagiakan aku, itu semua janji dan bicara kau, aku keliru dengan kata hati, dengan pilihan yang ada tetapi aku redha jika kau adalah takdirku, aku rela terima. lantas aku memberanikan diri untuk berbicara dan meminta pendapat ibuku. alhamdullilah mereka semua bersetuju. ya harapan aku tinggi menggunung, sekali lagi ak sangat berharap kau dapat menyinari hidupku. segala harapan yang musnah pada suatu ketika cuba aku camtum supaya kembali bercahaya. ya seperti mereka, aku juga mahu bahagia. tanggal 1 october menjadi saksi dimana keluarga kita telah bersetuju menetapkan tarikh dan masa ijab kabul menjelang setahun kemudian. hati ku senang, gembira hanya Tuhan yang tahu. Mungkin Dia telanh menggantikan sesuatu yang lebih baik kepadaku, syukur alhamdullilah. Masa pun silih berganti dan kita makin sibuk dengan persiapan majlis yang lebih kurang 10 bulan lagi. ya banyak yang perlu diuruskan. dalam menghitung detik gembira, aku alpa rupanya aturan Allah menentukan sebaliknya apabila kau pergi begitu sahaja meninggalkan aku yang sudah jatuh ditimpa tangga.

kau renunglah wajahku,
ku tak mahu berpisah,
kerana hati masih sayang padamu.
tapi harapan makin kabur,
manakah kita jika kau dan aku tidak sekata,
sepi walaupun bila bersama,
dekat pun tetapi menjauh hati.
di jiwaku derita kerana menanggung cinta berubah.


Kini setahun lima bulan berlalu, aku percaya luka di hati kian sembuh walau tak sepenuhnya. Mungkin Allah ada rancangan yang lebih baik buat aku, buat kau. Aku berdoa, moga kau bahagia, moga kau lupa segala apa yang pernah kau buat serta kata untuk lukai hati insan yang bernama wanita. Sempena syawal mulia, dari pihak aku, aku ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, atau menyinggung perasaan jika ada semasa perkenalan kita.

nota hati: kuatkan hatiku Ya Allah, luruskan jalanku, bantulah aku menempuh hidup yang semakin mencabar ini. :'(

Tuesday, August 06, 2013

FARISYA









NUR FARISYA MAISARA BT MOHD FAIZ


Friday, August 02, 2013

Iftar 2013

















nota hati : senyumana yang terukir ikhlas kerana mereka sangat awesome! 


Wednesday, July 24, 2013

Everywhere

Aktiviti sepangjang April, Mei, Jun 2013












Nota hati : family, darlings and bestie are the best things happended in my life. Thanks Allah for sending me these awesome people!



24 Julai 2013

Kadangkala apabila akal kita menidakkan satu perkara, hati sering tak setuju lalu mengikut nalurinya yang songsang dengan keputusan akal. Itulah manusia. Kiri atau kanan sebenarnya jawapan sudah terang di depan mata tetapi bila hati mula berbicara semuanya berubah menyebabkan kita keliru tentang haluan yang harus di pilih. Tak mengapa kerana saya percaya masa adalah segalanya. Kesabaran menanti segala masalah yang menimpa haruslah ada supaya kita kuat mengharungi hari hari yang sukar. Dia. Perasaan itu sepatutnya tak wujud antara saya dan dia kerana masing masing tahu endingnya bagaimana. Cuma ada ketika hati masih degil. Pengalaman lama menyebabkan saya tahu untuk memujuk hati bagaimana untuk melupakan serta meneruskan kehidupan seperti biasa. Alhamdullilah saya okay dan jujur saya akui saya sebenarnya takut. Takut untuk menyerah hati sewenang wenangnya kepada insan bergelar manusia. Cukuplah hati saya pada Yang Maha Esa dan keluarga. itu lebih berbaloi pastinya. 

Tipu jika saya katakan saya tak inginkan kehidupan seperti rakan rakan yang lain yang mendirikan rumahtangga, mempunyai cahaya mata serta fokus kehidupan bersama insan yang disayangi. Masanya mungkin belum tiba, pujuk hati kecil. Pandanglah dari sudut berbeza, bukan apa masih banyak lagi insan yang lebih tak bernasib baik daripada saya. Itulah kata kata semangat. Semangat pada diri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Sang Pencipta. 

Allhamdullilah semoga senyuman ikhlas yang mampu saya ukirkan pada saat dan waktu ini kekal selamanya. Amin :)

nota hati : biar sendiri hingga hujung nyawa agar tak sepi dari kasihNYA.

HYE! :)

Lama tak menulis di sini. Sibuk dengan urusan duniawi. Pejam celik tengok tengok dah hampir dua tiga bulan tak menulis. Alhamdullilah kehidupan semakin stabil dari segi emosi, kewangan, pelajaran  serta tugasan sebagai guru. Banyak juga yang terjadi sebenarnya dalam dua tiga bulan ni. Antaranya kemalangan jalanraya yang menyebabkan dua bulan kereta masuk bengkel. Tapi syukur saya selamat, Alhamdullilah. Progress thesis pun semakin menampakkan hasilnya, cuma sekarang kena buat correction first draft yang Dr Halim pulangkan pada minggu lepas. Hanya jodoh sahaja belum lagi menampakkan apa apa perkembangan masih seperti dahulu. Sibuk sangat gayanya sampai tak sempat nak menjenguk di mana jodoh saya. Haha.

Sempena Ramadhan yang tiba pada tahun ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia buat semua umat Islam di seluruh dunia. Bezanya tahun ini, hari kelahiran saya jatuh pada bulan puasa. Seronok jugak. berbuka serta bersahur bersama sahabat baik di hari istimewa memang suatu kebahagiaan bagi saya. Cukup mereka serta keluarga untuk membuatkan saya syukur dengan aturan Yang Maha Esa. 

Lagi 15 hari dah nak raya. Banyak tugasan kerja yang menanti sebenarnya. Antaranya persediaan trial SPM untuk subjek yang di ajar, correction thesis yang diberi tempoh sebulan, convocation MMU, kem TOT serta banyak lagi. semuanya dalam bulan Ogos dan September. semoga segala urusan ini dipermudahkan oleh Allah. 

Okaylah, jumpa lagi di next entry! :)

nota hati: Saya rasa saya dah jumpa dia yang mirip beliau. Tapi saya tahu dia bukan untuk saya. Semoga dia bahagia hendaknya. Amin. :)

Bahagiamu deritaku

Bahagiamu deritaku

ku dengar kau cinta sangat padanya
ku dengar hatimu kini miliknya
dia kan menjadi teman sehidup dan semati 
aku menjadi sahabatmu
siksanya mengakui kau teman biasa
terpaksa ku terima itu hakikatnya
yang pasti aku tak mahu lupakan cinta 
kau percik api membakar kenangan lama 
aku tak tahu menilai cintamu
aku tak mampu pertahankan 
tinggalkan ku perlahan lahan ku terima 
semakin ku sakit semakin kau bahagia 
mengapakah aku jadi lemah 
sungguh aku tak sangka 
dia membawa jantung ku bersamamu


Sunday, July 07, 2013

Sunday, June 09, 2013

PadaMu ku bersujud




PadaMu ku bersujud by Afgan.

Ya setiap apa yang jadi, semuanya tak lari daripada aturan Sang Pencipta. PadaMu ku bersujud ya Allah bila mengenangkan kekhilafan diri, kekurangan diri. Sesungguhnya masa untuk bertemu malaikat maut semakin hampir, saban hari.

Thursday, March 14, 2013

Hijrah

Kadang-kadang terasa juga ingin memulakannya sekali lagi. Memulakan kehidupan sekali lagi dengan harapan semua yang akan berlaku berbeza berbanding sebelumnya. Berbaki hanya beberapa bulan untuk menamatkan pengajian, hati semakin bulat mengatakan saya wajar berhijrah. Kehidupan saya bukan di sini walaupun saya gembira di sini. Masih ada sebab yang kukuh untuk saya berhijrah. Sesuatu yang saya cari, mungkin tiada di sini. Entah, saya keliru. Moga Allah membuka pintu hati saya serta memberikan saya perjalanan hidup yang terbaik dari sisiNya. Sesungguhnya saya lemah untuk melihat apa yang terbaik dalam meniti perjalanan hidup.

Ya. Tak sabar rasanya untuk menamatkan pengajian. Saya tahu, hanya sedikit sahaja lagi. Ketekunan serta kesabaran yang tinggi diperlukan untuk memastikan semua nya seimbang. Pelajaran juga pengajaran. Pendidikan mereka, tanggungjawab saya. Pelajaran saya, harapan ibu bapa saya. Keduanya sama penting. Mohon, saya di berikan sedikit kesabaran untuk melalui semua ini. Amin.

Nota hati: benar, duit bukan segalanya. Duit tak dapat membeli hati manusia yang ikhlas. Duit tak dapat membeli kawan yang setia, duit tak dapat membeli kebahagiaan.

Wednesday, February 20, 2013

Darah muda.

darah muda. darah muda sering dikaitkan dengan tindakan seserang yang lebih menjurus mengikut emosi berbanding akal fikiran.

ya, terbukti saya masih lagi mengikut emosi serta mempunyai darah muda. kayu pengukurnya banyak, banyak lagi yang saya perlu belajar untuk mengurangkan darah muda yang mengalir dalam diri saya. saya masih memerlukan bimbingan mereka yang lebih matang mereka yang lebih tua dalam merencanakan hidup saya. tekanan memang ada di dalam jiwa. masalah kadang kadang kecil tetapi apabila diri tidak dapat mengawalnya ia seakan akan membiak menjadi sesuatu yang besar.

mak, ayah. mereka pembimbing saya. seringkali terfikir juga bagaimana nasib yang bakal menimpa andai Tuhan lebih sayangkan mereka? bagaimana dengan saya? sepi. tiada jawapan mahupun hati kecil yang ingin berbicara. pasti saat itu saya keseorangan. bukan nak kata tiada keluarga tetapi masing masing semua pasti dah ada keluanrga. abang pertama, kedua pasti dah ada kehidupan mereka. saya? sepi lagi.

saya percaya pada aturan Tuhan, pasti dia telah merencanakan kehidupan yang terbaik buat saya. maksudnya Dia tahu bila dan apa yang terbaik bagi diri saya. semuanya dia telah aturkan. jadi tak perlu risau hati. yakin sahaja dengan aturanNya.

nota hati : sepi. 


Friday, February 15, 2013

Mimpi.

Semalam setelah tiga bulan tak bermain squash, saya kembali aktif di gelanggang squash. Salah satu kesukaan saya yang amat sangat adalah sukan squash. entah mengapa saya sangat meminati squash. bagi saya, ketika hati saya berduka, ketika saya tiada sesiapa, squash dapat menenangkan saya. 

Semalam setelah penat bermain, saya tidur awal. Selalunya pukul 3,4 pagi baru nak tidur. Setelah hampir dua tahun lamanya, akhirnya semalam saya mimpikan beliau. Mimpi yang saya betul-betul berjumpa beliau. Dalam mimpi tersebut, saya terkejut apabila saya terjumpa beliau. Agak lama saya memerhatikan beliau, saya mengambil keputusan untuk mengekori beliau sehingga saya betul-betul yakin bahawa itu adalah beliau. Beliau nampak tenang dan biasa sahaja, dan hati saya mulai sedih. saya rindu dia. kemudian saya terus berpaling dan bergegas pulang dengan harapan saya dapat lupakan beliau. ketika itu ada beberapa rakan saya menenangkan saya. tiba tiba, kelibat seorang lelaki menghampiri saya. Ya Allah, beliau di hadapan saya. Cumanya beliau langsung tak bercakap. Hanya memandang saya dan cuba menenangkan saya. Saya seakan tidak percaya bahawa beliau masih ada di dunia tapi siapakah insan di hadapan saya? saya keliru, tetapi dalam masa yang sama saya gembira. saya masih ada dia. tiba tiba, saya terjaga. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Saya brmimpi rupanya. Ya Allah, beliau muncul juga. Sekurang kurangnya terubat rindu saya. 

nota hati : Alangkah bahagia jika benar mimpi tadii. tapi mimpi mainan tidur hakikatnya. 

Februari

Februari 2013 pasti berbeda jika dibandingkan dengan februari sebelumnya. Beberapa perkara yang terjadi membuatkan hati semakin ingin mencoretkan serba sedikit mengenai februari. februari merupakan kenangan yang pahit untuk dikenang. manisnya ada, pahitnya juga sama. ketika itu, februari adalah kenangan manis saya kerana pada ketika itu saya telah mengikat tali pertunangan dengan insan pilihan hati. ya, insan itu adalah beliau. seakan kebahagiaan ini milik saya, tiba tiba saya sedar itu semua tidak lama apabila beliau telah dahulu dijmput mengadap Illahi dua belas hari kemudian kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya. Hanya dua belas hari semuanya indah bagi saya.Semuanya berlaku sekelip mata, di bulan februari. 

Aturan takdir menyebabkan saya akur dengan Qada dan Qadar Yang Maha Esa. Sayang saya pada beliau, sayang lagi Sang Pencipta kepada beliau. Itulah pesanan bonda. "Adik kena redha, adik kena bersabar banyak-banyak. Allah sayangkan dia. Ingat Allah selalu, insyaallah hati kita tenang." Itu pesan bonda. Saya redha, semua terjadi ada hikmah di sebaliknya. 

Tahun berikutnya, saya mengharapkan semuanya bebeza apabila kau hadir dengan tiba-tiba. Entah dimana silapnya, kau juga sama. pergi meninggalkan semua yang telah terbina. beza kau masih ada di dunia. ya masih laagi februari tetapi di tahun yang berbeza. 

Kini, februari menjelma lagi. Keadaan yang berbeza, kerana saya sudah tak percaya adanya cinta. Di awal februari tahun ini saya dikejutkan dengan pemergian ibu kepada bakal isteri abang saya. ibu beliau pergi mengadap Sang Pencipta selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. "Ya Allah, engkau tempatkan lah arwah dalam kalangan orang yang beriman dan kau berikanlah kekuatan kepada Kak Fy untuk meneruskan hidup dengan membawa gelaran anak yatim piatu."



nota hati : saya rindukan beliau sebenarnya. walaupun dua tahun masa berlalu.. Al-fatihah buat arwah Mohd Khairul Azra.

Tuesday, February 05, 2013

Success or Failure


Everything depends on our mind.

nota hati : Thesis still in progress. Entah bila nak habis. Hmm.

Sunday, February 03, 2013

Thesis oh Thesis

demam thesis kian terasa. hampir sebulan leka dan bersahaja, sekarang baru sedar yang sebenarnya sudah tiada masa. Walau bagaimana pahit rasa, thesis ini wajib disiapkan jua. Kalau nak ikutkan hati, malasnya bukan main. Tapi apakan daya prinsip hidup tak pernah mengajar membuat sesuatu perkara dan berpaling di tengah perjalanan. Ya, saya seorang manusia yang hidup berdasarkan beberapa prinsip hidup yang telah saya gariskan. Alang- alang membuat sesuatu kerja buatlah sampai ke penghujungnya. Jadi, minggu ini walau apa yang terjadi thesis perlu disiapkan. Perlu dilengkapkan serta submit before last dateline 8februari.


" 'reward' yang kita dambakan pasti mempunyai pelaburannya. senang kata, tiada apa yang mudah di dunia sebenarnya. segalanya perlu berusaha. mahu berjaya, mahu kaya, mahu bahagia semua itu perlu ada usaha. perlu ada maharnya. usaha pula pasti akan ada ganjarannya."

Ya, banyak yang saya perlu korbankan dalam masa seminggu ini. Antaranya, kesukaan saya yang ketara iaitu tidur! Tidur, sukan, socializing semua kena hold dulu. Movie kena buat buat lupa, shopping, karaoke, lepaking semua kena lupakan. Seminggu sahaja Farhana!!! Masa untuk benar benar fokus sudah tiba. Langkah pertama, FB serta twitter telah deactivate kan bagi mengelakkan saya terus leka. Tiada siapa yang ada untuk membimbing saya melainkan prinsip hidup saya. Semoga segala usaha saya tidak sia-sia.

Sebenarbya fun bila bercerita berkenaan research master ni but bila dah lama sangat tinggal almost 6month semua benda seakan berkarat. Everything dah lupa and saya terpaksa baca balik segala paper and journal. Itu sahaja sebenarnya. Saya dah terbiasa dengan kehidupan yang sambil lewa. Enjoy setiap masa sehingga tak biasa untuk belajar semula.

Harap-harap semangat yang baru terbina bertahan lama. Kalau tak lama pun seminggu pun jadilah sehingga sebuah thesia lengkap dapat dihasilkan.

Chaiyok Farhana.

*Jika kau fikirkan kau bole, kau pasti boleh melakukan"

Nota hati: ketepikan hati seketika, tumpuan kepada minda. Mind set is the most important indeed.

Saturday, February 02, 2013

Umpama roda putaran dunia

Sedar atau pun tak, dah nak masuk dua tahun untuk peristiwa pertama dan dah nak masuk setahun untuk peristiwa kedua. Macam tak percaya pun ada, kerana saya masih lagi bertahan. Mungkin kerana sokongan dari keluarga serta sahabat yang tak putus putus rasanya. Jika direnung serta di muhasabah seketika, ada sinarnya. Ada sebabnya kenapa Sang Pencipta mengaturkan pertemuan serta perpisahan sedemikian rupa. Unik kan kehidupan. Tika kecil, memang segalanya tampak sempurna. Sehingga ada seorang sahabat pernah mengatakan beliau cemburu dengan saya. Ya itu dahulu ketika segala yang saya rancang berjalan sempurna. Kini semuanya berbeza. Ungkapan hidup umpama roda, memang benar. Suatu ketika dahulu, ketika zaman zamam di upm saya sentiasa menjadi tempat mengadu domba untuk mereka yang tak berjaya dalam cinta. Demi persahabatan, saya memberi kata semangat bahawa hidup penuh onak dan duri. Walau ketika itu saya tak pernah merasa. Saban hari, segalanya bertukar. Mereka sudah bahagia, tetapi saya masih saya. Setiap apa yang kita beri, ya ada balasannya. Syukur, saya masih ada keluarga. Saya masih ada sahabat yang setia. Susah nam ungkap dengan kata kata betapa mereka ini sangat bermakna dalam hidup saya. Tuhan sentiasa adil. Banyak buktinya. Tuhan mengurniakan saya dengan keluarga sebahagia ini serta teman sesetia ini. Saya masih bahagia dengan kurniaan Tuhan.

Sebagai manusia biasa, tipu jika saya tak mengimpikan sebuah keluarga sendiri. Maksud saya sebuah perkahwinan. Tapi, rasa kepercayaan saya kepada suatu rasa yang dinamakan cinta sudah tiada. Entah, saya rasa cinta itu semuanya dusta. Itu bagi saya, tetapi mungkin benar bagi mereka diluar sana. Indah semua yang dilihat mungkin ada jika di dalam drama. Tetapi realitinya saya tak percaya rasa cinta itu ada.

Rasa suka yang ada mungkin satu petanda bahawa persepsi saya akan bertukar suatu masa nanti. Tetapi rasa suka masih jauh untuk mencapai tahap cinta. Suka bererti suka. Cinta itu suci, cinta itu sebenarnya lahir dari ketelusan hati seorang manusia yang sukar dilahir dari kata kata. Saya mencari, mencari seorang manusia yang saya nampak ketelusan hatinya sehingga saya jumpa erti cinta yang saya lihat di dalam drama.

Nota hati : hati sering ingin berbicara tentang dia

Ketelusan hati

Bibir memang mudah untuk berbicara, melafaz janji yang entah dimana kebenarannya. Riak muka serta tingkah laku jua tidak mampu menilai sejauh mana ketelusan hati si empunya diri. Kadang segalanya tampak benar tetapi hakikat sebenar semuanya dusta. Bagaimana hendak menilai ketelusan hati manusia jika ini sejarahnya? Manusia tetap manusia. Sering berdusta, cumanya berbeza niat serta tujuannya. Ada yang berdusta demi kebaikan ada pula demi kepentingan dirinya. Tiada siapa yang tahu tujuan sebenar melainkan Yang Maha Kuasa.
Susahkan kehidupan. Saban hari, pelbagai pentas drama manusia terpaksa kita tempuhi. Yang mana kita sendiri tidak sedar mana duri atau madunya. Yang nyatanya pun sukar dinilai inikan pula ketelusan hati insan yang bernama manusia. Tak terdaya untuk menilai. Saya masih percaya, jika kita mempunyai ketelusan hati pasti kita tidak mudah terpedaya. Walau pernah kecewa, saya masih percaya dengan kata hati saya.

Nota hati : tiada manusia yang sempurna

Friday, January 04, 2013

Kisah lama

saban hari berlalu menyebabkan saya terfikir seketika. mengenai kehidupan kita sebagai manusia. ya setiap manusia melalui ranjau kehidupan yang berbeza. ada yang mudah pada mula susah pada penghujungnya, begitulah sebaliknya. tiada siapa dapat menjangkakan apa yang bakal terjadi sama ada esok atau tahun berikutnya. entah mengapa semakin hari, semakin rasa tak puas hati kerana semua yang terjadi. jika dahulu, tiada rasa yang ada mungkin untuk merawat luka yang tercipta. bagi saya mudah sahaja, tolong lah be gentle sikit. tak perlu di canang di sini sana bahawa kau betul sedangkan kau sendiri sedar hakikat yang benar itu bagaimana. yes saya tak pernah bersuara, tapi itu bukan bererti saya mengiakan segala galanya. tetapi untuk mnyatakan bahawa saya tak sama macam kau yang mana takut  dengan bayang bayang kesalahan kau sendiri. sebenarnya, its enough dengan be gentle minta maaf dengan terbuka. kita dah dewasa, urusan kita pun dah melibatkan keluarga. jadi apa salahnya kalau kita mengikut adat orang berbudi kita berbahasa. 

tapi itu kau, kau dah memilih dan senang dengan cara kau. okay. frankly speaking, dendam memang tiada. cuma hanya harapkan kau berubah. itu sahaja. 

nota hati : sumpah, hati dah semakin keras.