My Dream

My Dream

Saturday, September 13, 2014

Kembali lagi

Assalamualaikum,

Ya Allah lamanya tak buka blog. Sibuk kerja sibuk dengan program, kelas, bisnes and macam macam lagi. Kalau nak update memang panjang berjela la entry kali ni. Tapi kita pendekkan lah eh cerita. Alhamdullilah syukur, semakin meningkat usia semakin rasa banyak yang Allah bagi dalam kehidupan ni. Walaupun mungkin tak sesempurna mereka yang lain, tetapi itu cukup untuk membuatkan saya bersyukur. Syukur sangat. Hati gembira, tenang dan rasa selesa dengan kehidupan sekarang. Betul lah kata orang bahawa erti bahagia tu bukannya berdasarkan cinta manusia semata-mata. Banyak lagi cabang cabang kehidupan yang boleh membawa kepada erti bahagia. 


Thesis?
Alhamdullilah dah lebih 3 bulan hantar tapi tak di panggil viva lagi. walaupun berkemungkinan besar tak sempat konvo tahun ni, tapi takpa laa. its okayy. nak stress bagai pun hakikatnya tetap sama. kan?


Kerjaya?
Beralih ke tempat baru, moga moga dipermudahkan segalanya. Ada sebab kenapa Allah merencana sedemikian rupa. Terima dan redha. dan syukur kat sana lebih bahagia. Ikhlas bekerja jauh lebih utama. Bukan wang semata-mata.

Cinta?
Allah Maha Kuasa, Dia tahu bila selayaknya cinta tiba. Percaya pada Dia, Maha Bijaksana merencana segalanya. Tapi tak salah kan jika kita meminta, memohon dibukakan pintu hati yang telah luka. 

Okaylah. Setakat ini dulu eh!

nota hati: Bila rasa selesa, gembira adakah itu petanda pintu hati dah terbuka?