My Dream

My Dream

Tuesday, October 30, 2012

Muiz dalam kenangan

Tanggal 27 Oct seorang yang brgelar sahabat telah pulang ke sisi pencipta. Sang Pencipta lebih menyayangi beliau. Semasa hayat, beliau seorang yang sangat aktif bersukan. saya mengenali beliau ketika saya belajar di upm. pada ketika itu, saya yang menyertai sukan kolej telah bertemu beliau di stadium upm. Ya beliau sangat peramah. Kami berkenalan dan secara kebetulan rupanya rumah beliau berdekatan dengan rumah saya. 

tahun demi tahun, kami ditakdirkan untuk bekerjasama sebagai pemimpin kolej di mana beliau menyandang jawatan sebagai timbalan presiden. kekerapan kami bersama ketika meeting, program dan aktiviti kolej menyebabkan silaturahim yang terjalin semakin kemas kan kukuh. sebenarnya kami memang di latih begitu. 

malang tidak berbau, slang beberapa hari sebelum majlis konvo kami dikjutkan dengan berita bahawa muiz mengidap penyakit leukimia. ya Allah, Allah Maha Kuasa segalanya sudah tertulis. 2 tahun Muiz berjuang melawan sakitnya. Beliau memang tabah, beliau kuat. Semangat beliau tak pernah luntur. Sekali sekala jika ada majlis kenduri di rumah Muiz pasti kelihatan. Mana tidaknya rumah kami dekat. 

Menjelang aidiladha saya mendapat perkhabaran bahawa Muiz tenat di hospital. Entah mengapa hati terdetik untuk terus pergi menjenguk beliau. Kali terakhir saya berjumpa beliau pada Aidilfitri dahulu di mana panjang lebar juga kami berbual. Selesai Adiladha, saya terus bergegas ke hospital. Tak menahu langsung wadnya semua, saya gigih mencari. Akhirnya saya sampai ke wab 3B. Pencarian saya berakhir apabila saya ternampak seorang insan yang sedang berjuang. Ya berjuang untuk hidup, sedih dan sayu sangat rasa hati. Di ketika itu, kebetulan doktor sdang merawat muiz. Doktor menyatakan bahawa muiz sudah kritikal kerana kuman sudah mulai merebak ke paru parunya. Gas oksigen yang kuat terpaksa disalurkan supaya oksigen terus sampai ke paru parunya. Muiz dah tak boleh bernafas sendiri. Ya Allah, beratnya dugaan Mu terhapa beliau. Kuatnya kasih sayangMu kepada Muiz. Saya terkedu, terkejut dengan kata kata doktor, juga keadaan Muiz. Kelihatan di sebelah Muiz soarang ibu yang pasrah dengan ktentuan Illahi serta tabah mengahadapi ujian yang Maha Kuasa. Ibu Muiz kuat, beliau sangat cekal. Saya tahu dalam hatinya, memang remuk bila mendengar kata kata doktor. Muiz dah tak boleh makan, doktor hanya suruh bersdia kerana perlahan lahan Muiz akan meninggal dunia. 

Sepi, perhatian ditumpukan sepenuhnya kepada Muiz. Badannya panas. sesekali tangannya seolah olah ingin membuang alat pernafasan yang diberikan. Tak selesa mungkin. Kiri kanan tangan Muiz dah lebam. Sebab dah banyak kali sangat dicucuk. Hati saya mulai sayu. Air jernih yang bertakung di mata di paksa takung supaya tidak kelihatan oleh ibu Muiz. Saya cuba untuk kuat, cuba memberi smangat. Untuk Muiz juga ibunya. Selang beberapa minit, saya terasa pening. Ya Allah, sadihnya rasa. Kaki saya tak dapat lagi menampung perasaan yang terkandung di jiwa. Saya rebah sambil airmata menitis ke pipi. Dunia saya gelap. Terasa saya dipapah, di tenangkan oleh ibu serta kawan. 

Malam itu, muiz asyik berlegar legar di minda. saya mendoakan yang terbaik buat beliau. mata susah nak pejam. 

pagi sabtu, saya dikejutkan dengan berita pemergian muiz. bertalu talu msg sampai dari adik muiz menyatakan arwah telah pulang ke rahmatuulah jam 1.50 pagi. Innallilah, benar Allah lebih sayangkan beliau. Semuanya sudah tertulis. Saya sempat menziarihi jenazah sbelum dikebumikan. Alhamdullilah segalanya lancar, suasana sebak tatkala jenazah diusung keluar rumah. Buat keluarga arwah, teruskan bersabar. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insyaallah.


kiri, Allahyarham Abdul Muiz Mansor. Kanan, Allahyarham Mohd Khairul Azra Khairuddin. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada kedua-dua arwah. Al-fatihah.
nota hati : kisah mereka sudah selesai, kita bagaimana pula?