My Dream

My Dream

Tuesday, July 24, 2012

Happy birthday Mis Fana

~Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Siti Farhana, 
Allah selamatkan kamu~

Alhamdullilah telah genap 24 tahun diberikan nyawa oleh Sang Pencipta. Ya, setiap yang hilang ada penggantinya. Allah Maha Kuasa, Allah itu adil sebenarnya. dia mengambil sesuatu dari hambanya tetapi dia menggantikan dalam bentuk yang lain. bergantung kepada kita untuk menyedarinya atau tidak. kalau tahun sebelumnya, insan istimewa hadir di sisi tetapi semua berbeza pada kali ini. Allah tidak kejam, dia mengambil satu dari saya tetapi dia menggantikannya lebih dari itu. Terima kasih ya Allah, Alhamdullilah syukur.

arwah beliau mengajar saya supaya menghargai setiap yang ada di hadapan saya. benar, hidup hanya sekali. jangan biar masa mengecewakan kita dengan sikap acuh tak acuh kepada mereka di sekeliling kita. 

kadang-kadang mulut tak dapat bicara, tapi inilah yang hati rasa. saya sayang mereka, sayang. persahabatan memang sangat indah sebenarnya. 



buat mereka juga, terima kasih. setiap seorang mereka, sumpah saya sayang! 




terima kasih buat semua, sesungguhnya Allah menggantikan kepada saya lebih dari yang cukup. kasih sayang dari mereka lebih bermakna dari cinta manusia yang sering berdusta.

nota hati : salam ramadhan buat semua umat manusia yang beragama Islam. Insyallah Ramadahn kali ini membuka lembaran baru buat kita. =)

Wednesday, July 18, 2012

Keputusan PAC Pegawai Antidadah




Syukur, alhamdullilah LULUS assessment pegawai antidadah yang diadakan di Puspen Kg Selamat pada 28 April lalu. Kelu bila nampak result.

Hati berbelah bagi, 50-50. nak jadi cikgu and further study untuk jadi lecturer atau nak fight untuk jadi pegawai antidadah?

fuhh serius dua dua saya suka. dua dua saya nak. okay, cool dulu. biar masa menentukan, yang penting bukan sekarang keputusan perlu dibuat.

senyum senyum, sujud syukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan. Terima Kasih Tuhan. :)

nota hati : alhamdullilah untuk segala rezeki yang ada. tak perlu kaya untuk merasa selesa.

Sunday, July 15, 2012

Kepedihan Lama

bila membaca kembali diari lama, kesakitan dan kepedihan itu masih terasa. mengenang kepedihan itu jadi memang wajar, hati telah tiada rasa. bukan tawar lagi rasanya, tetapi hilang terus bagai tak pernah ada.  

luahan ini dah lama, 3 bulan lebih dah rasanya. saja nak mengambil iktibar dari sejarah lama supaya keadaan menyiksa tak berulang lagi untuk kesekian kalinya. 

040412
alhamdullilah selamat sampai. moga diberi ketenangan di sini. pelbagai yang terjadi sepanjang perjalanan tadi. pertamanya, satu kemalangan yang berlaku betul-betul di depan mata. ya allah, pertama kali saya melihat kejadian seperti itu. kelu. tidak tahu apa yang patut dilakukan. kelihatan dua buah motor telah berkecai di tengah-tengah jalan dengan dua buah lori dari arah bertentangan. dan di situ juga, saya berada di tengah-tengahnya. dengan keadaan diri yang lemah tidak bermaya, ditambah pula memang saya mabuk darah yang berwarna, saya keliru. takut pengsan dengan tiba-tiba. tanpa sebarang kata, perjalanan diteruskan dengan berlinangan airmata. berdoa agar mangsa selamat semuanya.

selepas jauh melepasi tempat kejadian, kelihatan pula sebuah motosikal yang berada dalam keadaan mencurigakan, sentiasa berada di belakang saya walaupun saya telah memperlahankan kereta. tiba-tiba teringat pesan ayah yang tercinta betapa bahayanya memandu sendirian tanpa teman bicara. kali ini, tiada siapa melainkan memohon Allah membantu lagi. 
Ya Allah, lindungilah hambamu ini. 
Sesekali mata terpandang cermin belakang dan kelihatan lelaki yang membonceng motosikal tadi bersedia mengeluarkan sesuatu, ya rabbi. Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya saya ketika itu. Tangan terasa sejuk lantas mencapai telefon bimbit untuk  membuat panggilan. namun, kawan saya pula tidak menjawab panggilan tersebut. Beberapa minit kemudian kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat bahawa ada sekatan jalan raya di hadapan. Ya Allah bersyukurnya rasa. Setibanya di tempat sekatan jalanraya tersebut, beberapa orang polis memberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan. Saya tak pasti mengapa, tetapi motosikal tadi lama disoal oleh polis dan sehingga saya meneruskan perjalanan kelibat motorsikal tadi tidak kelihatan lagi. Alhamdullilah ya Allah.

"Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak patah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran". (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

nota hati : sedang mencari penawarnya.

050412
walaupun tengah cuba sekali sekala masih lagi trauma. trauma dengan segala yang menimpa. mengapa, mengapa? ya allah setiap persoalan di dalam dada menyebabkan saya rasa sangt berdosa kepada Sang Pencipta. kerana seolah olah saya tidak dapat menerima Qada dan Qadarnya. Ya untuk anda yang menilai mungkin tidak merasa betapa saya menderita sebenarnya. kalau boleh, saya pun ingin mencipta kebahagiaan yang anda-anda rasainya. cumanya saya tidak cukup bernasib baik untuk merasa. mungkin semua salah saya kerana begitu senang menerima tetapi saat itu saya mengikut apa yang diajarkan kepada saya adab-adab memilih dan menerima. akan tetapi akhirnya, semuanya sama. musnah juga. memang saya masih tak dapat menrima kenapa hidup saya selalu sahaja bencana? kenapa harus saya? saya pun lemah seperti semua, saya pun punya hati dan perasaan seperti insan di luar sana. tapi masih saya yang kena. masih saya. memang saya percaya ada hikmah di sebaliknya tetapi untuk bulatkan hati menerima takdirnya memang memakan masa. 

Benda pertama yang berada di minda ketika celik mata ialah ya Allah sedihnya. itulah yang mematahkan semangat untuk bangun seperti biasa. namun begitu, saya kuatkan jua semangat. bangun, sarapan dan buat seperti biasa. ternyata hari ini lebih baik dari sebelumnya. terima kasih ya tuhan. sudah, sudah laa. tak perlu fikir benda yang sama. banyak lagi yang menanti untuk anda, tolong lah teruskan hidup seperti biasa. sumpah saya tengah cuba.

Senang cerita, tiada jodoh. Itulah sebenarnya. Tutup cerita. 

nota hati : titis-titis dalam hati hanya Allah yang tahu deritanya.

060412
seharian tidur tanpa memikirkan apa-apa memang sangat menyiksa. badan terasa lemah tak bermaya. entah kenapa terasa jatuh semula,mungkin kesan dari pelbagai perkara yang menimpa pada hari sebelumnya. fikiran entah ke mana sehingga terlanggar kereta orang. memang salah saya sebenarnya, jadi tak perlu kata apa-apa. hanya tahan telinga untuk mendengar orang itu berkata-kata. entah la, tak tahu lagi nak bahagi ke mana fikiran ini. sangat serabut, bukan tak cuba tetapi belum berjaya untuk berhenti memikirkannya. terasa nak tidur selama-lamanya, jadi tak perlu lagi merasa derita ini semua. dengan keadaan masih begini, terasa takut untuk pulang, takut menyinggung perasaan semua. tapi sampai bila? 

end up, dengan janji kepada diri sendiri. setelah hampir seminggu meninggalkan mereka semua alhamdullilah akhirnya berjaya bangun dengan sempurna.

080412
mulai esok, saat melangkah kaki kembali ke UPM jangan sesekali fikir benda yang dah lepas. hidup mesti diteruskan. live your life happily Farhana. fokus master, buat kerja dan cuba lawan perasaan tu. memang tak ada siapa kata ia mudah, tp untuk lawan tak salah kan? yakin pada ketentuan Allah, teruskan hidup. Insyaallah suatu hari nanti semua kembali seperti biasa. Kau kuat, kau tabah. Allah takkan membebani seseorang dengan ujian yang melebihi kemampuannya, Allah pilih kau kerana kau mampu, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang Dia kasihi. Cumanya sekarang kau percaya dan yakin pada janjinya, percaya dan yakin pada diri yang kau mampu tempuhinya. jangan tanya kenapa kau, kenapa ssemuanya terjadi kerana jawapannya kau pun tahu. ada sesuatu yang tersembunyi yang kita semua pun  tak dapat melihatnya kini, jadi bersabarlah. jangan kalah pada syaitan durjana Farhana.


090412--------------> BERJAYA
=)

nota hati : alhamdullillah syukur semua mimpi ngeri telah sampai ke penghujungnya.

Thursday, July 12, 2012

cerita hati



hati.
sekental mana pun hati manusia, pasti akan kecewa apabila ada yang menyakitinya. tetapi segala kesakitan pasti ada penawarnya. lupakan segala kisah lama. saya telah sempuh sepenuhnya, alhamdullilah Dia Maha Kuasa telah menghilangkan segala rasa kecewa, sedih dengan sekelip mata. Kata mereka, saya kuat, saya tabah kerana mampu melalui semuanya. semuanya kerana sokongan keluarga, sahabat handai serta insan-insan yang banyak memberi kata semangat. benar sahabat, hidup perlu diteruskan.

hati-hati
ya dia. dia comel pada pandangan mata. entah mengapa hati terdetik suka, suka dengan cara dia yang sentiasa mengundang tawa. dia biasa biasa sahaja tetapi cukup untuk membuatkan saya suka akan dia. biar hati menyimpan segala rasa kerana luka lama masih terpahat di minda. Allah mengetahui segalanya, insyallah kalau benar dia orangnya, jalan itu pasti ada. Allah Maha Besar, Allah Maha Bijaksana, bagaimana jalan cerita seterusnya serahkan pada tangan Sang Pencipta. Fokus pada yang ada di depan mata buat sementara, master yang hampir ke penghujungnya, ibu bapa yang perlukan kasih sayang anaknya, dan anak didik yang perlukan pembimbing gurunya. itu lebih utama. :)


dengan apa yang saya ada, saya bersyukur. alhamdullilah rasa bahagia itu masih ada. benar, Allah sangat sayang saya.


nota hati : terasa ingin menunaikan umrah sebelum dipanggil mengadap Sang Pencipta.

Wednesday, July 11, 2012

who are you?


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah oranmg yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, “Inna lillahi wainna illahi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “ Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekua tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaiakn.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.

Monday, July 09, 2012

July is coming

sekarang ni sekejap sangat masa berlalu. sekarang dah kembali Julai, lagi beberapa hari dah nak puasa. masih banyak perkara yang perlu dilakukan. persediaan yang masih belum disempurnakan sebelum tibanya ramadhan kali ini. pasti setiap kali menjelang ramadhan, hati terdetik lain. teringat kenangan ramadhan yang lalu. semua, dari kecil hingga dewasa.

ICXRI dah selesai. Semester telah berakhir. Menghitung hari, dan menyusun jadual semula supaya segala perancangan terlaksana dengan sempurna.

Matlamat telah ada, tiada ragu memang itu lah yang saya suka. Melihat senyuman di muka serta riak hati yang riang ria, segalanya kian jelas bahawa matlamat itu yang harus diutama. Moga segalanya dipermudah sahaja oleh Allah s.w.t

nota hati : wajar hati hati, takut takut terluka kembali.