My Dream

My Dream

Sunday, December 02, 2012

kehidupan berubah

rasa pelbagai perkara yang terjadi saban hari akhirnya mengundang rasa penat. penat dengan semua mereka. nak kata stress, mungkin ya. cuma saya yang tidak menyedari hadirnya simpton tersebut. jauh di sudut hati terasa ingin pergi jauh. jauh dari segalanya mengulang semula kisah lalu yang bersendirian tanpa sebarang bicara. bukan apa, hanya memerlukan masa untuk mehasabah seketika. tentang kehidupan yang kian banyak banyak cabaran serta likunya. satu per satu permasalahan yang melanda menyebabkan rasa serabut di jiwa. tak tenang. entah mengapa saya pun tertanya tanya. saya perlu merombak kembali segala galanya agar perjalanan hidup kembali sempurna. hampir 2 minggu juga kiranya saya menumpang ke sana sini. terima kasih juga buat mereka yang membantu, budi kalian tetap saya takkan lupa. kehidupan berubah, yaaa totally change. kalau dahulu, saya ada tempat untuk bercerita. untuk meluah segala rasa serta meminta pendapat juga pesanan satu dua kata. tetapi sekarng segalanya berbeza. melahirkan apa yang rasa sekadar di hadapan komputer riba yang tidak bernyawa. itulah dia saya kata, kehidupan berubah.

nota hati : entah kenapa air jernih seakan akan penuh berkaca.

Tuesday, October 30, 2012

Muiz dalam kenangan

Tanggal 27 Oct seorang yang brgelar sahabat telah pulang ke sisi pencipta. Sang Pencipta lebih menyayangi beliau. Semasa hayat, beliau seorang yang sangat aktif bersukan. saya mengenali beliau ketika saya belajar di upm. pada ketika itu, saya yang menyertai sukan kolej telah bertemu beliau di stadium upm. Ya beliau sangat peramah. Kami berkenalan dan secara kebetulan rupanya rumah beliau berdekatan dengan rumah saya. 

tahun demi tahun, kami ditakdirkan untuk bekerjasama sebagai pemimpin kolej di mana beliau menyandang jawatan sebagai timbalan presiden. kekerapan kami bersama ketika meeting, program dan aktiviti kolej menyebabkan silaturahim yang terjalin semakin kemas kan kukuh. sebenarnya kami memang di latih begitu. 

malang tidak berbau, slang beberapa hari sebelum majlis konvo kami dikjutkan dengan berita bahawa muiz mengidap penyakit leukimia. ya Allah, Allah Maha Kuasa segalanya sudah tertulis. 2 tahun Muiz berjuang melawan sakitnya. Beliau memang tabah, beliau kuat. Semangat beliau tak pernah luntur. Sekali sekala jika ada majlis kenduri di rumah Muiz pasti kelihatan. Mana tidaknya rumah kami dekat. 

Menjelang aidiladha saya mendapat perkhabaran bahawa Muiz tenat di hospital. Entah mengapa hati terdetik untuk terus pergi menjenguk beliau. Kali terakhir saya berjumpa beliau pada Aidilfitri dahulu di mana panjang lebar juga kami berbual. Selesai Adiladha, saya terus bergegas ke hospital. Tak menahu langsung wadnya semua, saya gigih mencari. Akhirnya saya sampai ke wab 3B. Pencarian saya berakhir apabila saya ternampak seorang insan yang sedang berjuang. Ya berjuang untuk hidup, sedih dan sayu sangat rasa hati. Di ketika itu, kebetulan doktor sdang merawat muiz. Doktor menyatakan bahawa muiz sudah kritikal kerana kuman sudah mulai merebak ke paru parunya. Gas oksigen yang kuat terpaksa disalurkan supaya oksigen terus sampai ke paru parunya. Muiz dah tak boleh bernafas sendiri. Ya Allah, beratnya dugaan Mu terhapa beliau. Kuatnya kasih sayangMu kepada Muiz. Saya terkedu, terkejut dengan kata kata doktor, juga keadaan Muiz. Kelihatan di sebelah Muiz soarang ibu yang pasrah dengan ktentuan Illahi serta tabah mengahadapi ujian yang Maha Kuasa. Ibu Muiz kuat, beliau sangat cekal. Saya tahu dalam hatinya, memang remuk bila mendengar kata kata doktor. Muiz dah tak boleh makan, doktor hanya suruh bersdia kerana perlahan lahan Muiz akan meninggal dunia. 

Sepi, perhatian ditumpukan sepenuhnya kepada Muiz. Badannya panas. sesekali tangannya seolah olah ingin membuang alat pernafasan yang diberikan. Tak selesa mungkin. Kiri kanan tangan Muiz dah lebam. Sebab dah banyak kali sangat dicucuk. Hati saya mulai sayu. Air jernih yang bertakung di mata di paksa takung supaya tidak kelihatan oleh ibu Muiz. Saya cuba untuk kuat, cuba memberi smangat. Untuk Muiz juga ibunya. Selang beberapa minit, saya terasa pening. Ya Allah, sadihnya rasa. Kaki saya tak dapat lagi menampung perasaan yang terkandung di jiwa. Saya rebah sambil airmata menitis ke pipi. Dunia saya gelap. Terasa saya dipapah, di tenangkan oleh ibu serta kawan. 

Malam itu, muiz asyik berlegar legar di minda. saya mendoakan yang terbaik buat beliau. mata susah nak pejam. 

pagi sabtu, saya dikejutkan dengan berita pemergian muiz. bertalu talu msg sampai dari adik muiz menyatakan arwah telah pulang ke rahmatuulah jam 1.50 pagi. Innallilah, benar Allah lebih sayangkan beliau. Semuanya sudah tertulis. Saya sempat menziarihi jenazah sbelum dikebumikan. Alhamdullilah segalanya lancar, suasana sebak tatkala jenazah diusung keluar rumah. Buat keluarga arwah, teruskan bersabar. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insyaallah.


kiri, Allahyarham Abdul Muiz Mansor. Kanan, Allahyarham Mohd Khairul Azra Khairuddin. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada kedua-dua arwah. Al-fatihah.
nota hati : kisah mereka sudah selesai, kita bagaimana pula? 

Sunday, September 30, 2012

Tuhan Berikan Aku Cinta

walau aku senyum 
bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari 
ada yang tak ada di hati ini 
di jiwa ini hambar 
ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
mungkin akan ada cerita cinta 
namun ada saja cubaan hidup 
seakan aku hilang
Tuhan berikanlah aku cinta 
untuk temani di dalam sepi 
tangkap aku dalam terangMu 
biarkanlah aku punya cinta 
Tuhan berikanlah aku cinta 
aku juga berhak bahagia 
berikan restu dan halalMu 
Tuhan beri aku cinta

Thursday, September 20, 2012

_updating_

sibuknya rasa. sibuk dengan macam-macam kerja. tugas segai guru, pelajar, demonstrater serta part time job memang cukup untuk membuatkan diri rasa tersangat laa sibuk. usaha segigihnya untuk beroleh kejayaan.

chaiyok Farhana!

bulan oktober bakal menjelma dengan pelbagai aktiviti serta kerja yang banyak. 
  •  demonstrater
  •  intensif SPM
  •  fokus exam final untuk F4 
  •  writing thesis
  •  part time job MMU
  •  tournament squash

nota hati : Welcome October, such a pack schedule there. :)



Friday, September 07, 2012

Jodoh di tangan Tuhan


Sedang lama tidak menulis, hari ini terasa ingin mencoretkan serba sedikit berkenaan jodoh serta perasaan. Benar, jodoh terletak di tangan Tuhan. Sukar, jika mahu mengungkapkan apa sebenarnya jodoh. Jauh sekali ingin mengenal pasti siapakah jodoh kita. yang pasti jodoh itu ada. Semuanya bagai sambungan cerita, hari ini  seseorang yang berpangkat ayah kepada saya menasihati bahawa perempuan single macam saya perlu meluangkan sedikit masa untuk memikirkan hal jodoh. Katanya, kita patut berusaha di samping doa yang berterusan. Sampai satu tahap apabila perempuan itu sudah bekerjaya serta selesa, dia perlu memikirkan hal jodoh. Sukar, kerana banyak pengalaman lalu. Jujur saya katakan, saya menutup pintu hati saya untuk menerima kehadiran insan intimewa di ssi. Mungkin belum tiba masanya. Buat masa sekarang, saya lebih rela bersendirian daripada menerima kehadiran sesiapa. Mungkin dia baik dari pandangan mata, tetapi susah kalau hati belum bersedia. Kerasnya hati mungkin kesan daripada yang lama. Lumrah manusia mungkin mahu berumahtangga tetapi biarlah kalau itu bukan saya. Saya dah tiada rasa ke arah berumahtangga. Mungkin kedengaran saya bagai putus asa, tetapi aturan Tuhan membawa rasa serik untuk saya mengulangi segalanya. Cukuplah rasa derita. Doa saya, berilah saya kebahagiaan dan kekuatan untuk saya menempuh kehidupan ini sendirian. Ini pilihan saya, memang saya memilih untuk bersendirian. Sampai bila, itu tugas yang Maha Kuasa.

nota hati : biar apa kata mereka, saya teguh dengan pendirian bahawa bersendirian lebih bahagia.

Tuesday, August 28, 2012

Hati Manusia

Lumrah alam, hati manusia sebenarnya lembut. Sekeras mana pun hati manusia pada mata kasar kita, sebenarnya pasti lembut jua jika kena pada caranya. Setelah dua tahun tanpa bicara, bukan untuk menunjuk sekeras hati yang ada tetapi hanya untuk menutup kisah lama. akhirnya, terdetik jua untuk memberi peluang kepada dia untuk memulakan bicara. walaupun menerusi sms, tetapi ianya seakan bermula. Ikhlas, saya tiada memendam sebarang rasa tetapi lebih kepada ingin melupakan segala yang mendukacita. sepahit-pahit dugaan yang telah saya terima, saya tidak sanggup lagi untuk mengulanginya. perit sangat rasa derita. jadi jalan mudah yang ada, lupakan semua mereka yang mengundang duka. anggap mereka tidak pernah ada. itu cara saya. tetapi berbalik kepada isu hati manusia, hati saya sama sahaja. jika dia sudah meminta sangat sukar untuk saya menolaknya kata maafnya. ya tidak salah memberi kata maaf, memberi peluang. niat saya baik, Tuhan jangan menduga saya untuk dugaan yang berat lagi. saya pernah terjatuh, luka saya banyak meninggalkan parut. tetapi saya mengerti Tuhan bukan sengaja menguji saya. ada hikmah di sebalik semua yang menimpa. 

harapan saya, tidaklah sebesar mana. saya berdoa semoga perjalanan hidup saya dipermudah dalam mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dilindungi oleh Yang Maha Esa.

nota hati : hati yang baik lebih mulia daripada segalanya.

Monday, August 27, 2012

Holiday is over!

Alhamdulilah selamat sampai ke Bangi. Cuti sepuluh hari lebih dah berakhir. Tugasan harian perlu dimulakan seperti biasa pada esok hari. Sepanjang cuti sepuluh hari terasa sibuk sangat. Rasa sekejap ja. Sebabnya banyak aktiviti yang menggembirakan dilalui sepanjang cuti tersebut.

Sebelum raya, seperti biasa balik rumah mesti akan berbuka puasa dengan family. Sempat juga jalan-jalan di sekitar bazar ramadhan di Alor Star. Best sebab makanan kat sana semua sedap-sedap. Pada sebelah malam pulak round depan Kompleks Pekan Rabu, ramai gila orang jual juga orang yang membeli belah. Meriah pekan Alor Star dah lebih kurang Jalan Tar dah. Haha.

Persediaan raya, biasa-biasa sahaja. Al maklum lah dah besar panjang kan. Pagi raya tu selepas sembahyang raya semua saya satu family bergerak pulang ke kampung. Menjadi kebiasaan kami semua akan berrkumpul dah akan menikmati makan malam bersama. ala-ala family gathering lebih kurang. Petang raya tu sepupu mengajak beraya. So sehari berhari raya bersama family, memang best sangat rasa. Terasa lama sangat tak ketemu mereka semua. 

Hari raya berikutnya di penuhi dengan pergi kunjung mengunjung rumah saudara seterusnya beraya bersama kawan-kawan di Alor Setar. Open House bersama Aina dengan kawan sekolah rendah, BBQ dengan geng suami Amirah dan jugak makan-makan adalah tempat untuk kami semua bertemu sebelum masing-masing berpecah ke seluruh Malaysia. Haha. Yang bestnya saya sempat bertemu dengan semua mereka yang sering membuat saya senyum gembira. Terima kasih Syawal kerana menjelma.

Raya kelima dipenuhi dengan majlis resepsi tiga orang kawan. Majlis kawin cikgu Dayah di hadiri oleh Cikgu Fauzi dan family, Cikgu K dan isteri, Cikgu Farid, Miza, dan saya yang ditemani oleh seorang rakan. Petang tu saya bersama cikgu fauzi dan keluarga, juga miza  bergerak untuk bercuti di Langkawi. Tiga hari di sana sudah cukup untuk membuatkan cuti saya lengkap dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Pada malam sabtu, segelintir kawan-kawan datang ke rumah. Terima kasih kak aza sebab mai walaupun tak sempat jumpa! Thanks juga kepada Thuraya satu family sebab mai rumah. Juga kepada Aslam, Fizy, Aisamuddin dan Zairi yang sudi datang rumah. Mijah dan Amin datang sebagai penutup acara. Lewat-lewat pun mai jugak. Sehingga kita bertemu lagi semua. Insyaallah Aidiladha berkumpul dan bertemu kembali.

Esok Isnin, semua seperti sediakala. Jadual perlu di susun semula. Okay, happy working everyone! =)

nota hati : bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa. 

Wednesday, August 22, 2012

To those whom I love..

nothing else to say but good bye.

Sunday, August 19, 2012

Happy Eid :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di dunia. Semoga lebaran kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.

Di kesempatan ini saya dengan penuh kerendahan ingin memohon seribu kemaafan buat keluarga, teman, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya. maaf jika ada terkasar bahasa, terlebih perbuatan di mana mana atau ada tingkah yang telah menguris rasa kalian. Satu sahaja harapan saya, moga lebaran kali ini dapat membuka lembaran baru dalam kehidupan saya di dunia. Amin

MAAF ZAHIR & BATIN ;)


Friday, August 17, 2012

Kepada Anonymous.

merujuk entry yang sebelum ni.. Yeay raya bakal menjelma. Kalut kalut tekan tiba tiba terdelete pula post tu. ini merupakan comment from Anonymous.

"sy sgt setuju sgt dgn kata2 cik fana utk entry kali ni..sgt letih dgn permainan dunia...sehingga hati seolah tertutup utk berpasangan walau naluri sgt inginkannya..bertunang n putus disaat hampir diijabkabulkan sgt memberikan pengalaman pahit kpd sy..jodoh itu rahsia allah"

kepada sahabat, 

insyaalah akan tiba satu masa nanti sahabat bertemu insan yang betul2 dijodohkan. jodoh mmg rahsia Allah, dan segala dugaan yang Dia beri adalah untuk menguji kita. saya pernah mengalami serta melalui saat pahit yang sahabat rasai itu. tapi alhamdullillah banyak yang saya belajar dari dugaan itu. saya doakan sahabat bertemu kebahagiaan yang sejati hingga ke jannah. Amin

Dasyatnya permainan dunia kadang-kadang sehingga mengundang rasa putus asa. Putus asa untuk memikirkan lagi hal berumahtangga atau bercinta. Lumrah manusia, mesti mahu disayangi dan menyayangi. tetapi apa kan daya kadang-kadanag tak semua seindah biasa. sabar dengan dugaan Dia akhir sekali pasti kebahagiaan akan dicipta. =)

nota hati : pintu hati masih tertutup. jangan mencuba, takut-takut terluka.

Monday, August 06, 2012

Weekend yang BEST!

weekend yang sangat best, penat dan seronok buat saya. pertamanya, terasa excited sebab baru berkesempatan pulang ke kedah untuk bersama keluarga. bersahur serta berbuka bersama ahli keluarga. kali ini lengkap, semua ada. ayah mak, abang, pait, kak liza, chacha dan ham. best sangat rasa. jarang satu keluarga berpeluang berkumpul bersama. 

selesai sahaja berbuka, saya bertemu rakan-rakan. rakan ketika form5 dahulu, agak lama jugak tak lepak bersama. macam-macam cerita mahu dikongsinya. maklumla semuanya terkenal dengan kegigihan masing-masing. haha

pagi pagi ahad saya sudah celik mata untuk bersiap ke langkawi. ada kerja yang perlu disiapkan di sana. rupanya sudah 7 tahun saya tidak ke sana. so perasaan excited tu lebih sikit. hehe. pagi pagi naik feri membuatkan perut serta kepala berada dalam keadaan tidak selesa. ahhhh, mabuk laut untuk kesekian kalinya. sampai sahaja di langkawi, terus mencari farmasi. lupa, sekarang puasa! huhu. setelah selesai membuat kerja, masa untuk shoping di langkawi. masa sejam yang ada digunakan sepenuhnya untuk membeli belah. hasilnya, kami ketinggalan feri! ya kami! terpaksa menunggu feri yang berikutnya pada jam 5 petang.

sampai sahaja di jeti kuala kedah jam 7 petang saya terus bergegas ke pizza hut. janjinya nak berbuka puasa dengan aina, thuraya dan din. memang best lepak-lepak sambil mengimbau kembali kenangan kami ketika form 5 dulu. tak larat gelak dibuatnya. yaaa, member sekolah adalah member yang paling kekal lama saya rasa. 


selesa makan semua, saya pun bergegas pulang ke bangi. ya sangat penat rasa. tapi gembira, dapat spent masa dengan mereka semua. :)

nota hati : hati senyum bahagia dengan semua yang Allah cipta,

Wednesday, August 01, 2012

Minggu Pertama Puasa

ramadhan kali ini sangat mengembirakan. juga memenatkan. penat dengan aktiviti harian yang semakin sibuk. kiranya hari ini dah nak masuk ramadhan ke 12. alhamdullilah, syukur rezeki sentiasa ada. 

ramadhan kali ini berbeza. pertamanya, saya telah berpeluang untuk belajar memasak dengan seseorang. makcik banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan juadah berbuka. ya memang seronok bila berpeluang belajar memasak. tak laa susah sangat rupanya untuk memasak. terima kasih makcik!

keduanya, hati terasa girang ketika saat berbuka puasa bersama mereka semua ramai-ramai di pusat tuition. seronok tu lain macam, macam kat asrama pulak rasanya. selepas belajar pulak, sama-sama menunaikan tarawikh. cumanya kekangan masa menyebabkan saya tak dapat bersama-sama menunaikan tarawikh. syukur sangat bila tempat untuk mencari rezeki merupakan tempat yang dapat menyenangkan hati saya, mengembirakan saya sentiasa. ikhlas saya nak kata, saya suka bekerja di sana. saya suka berdampingan dengan mereka.

setiap titik kebahagiaan, tak lain tak bukan semuanya dari Tuhan. Dia yang Maha Kuasa. Alhamdullilah.

mungkin, pada hujung minggu ini masa perlu diperuntukkan bersama mereka pula. mereka insan-insan terpenting dalam hidup saya. tak salah untuk mencari sedikit ruang untuk mengembirakan mereka, ayah dan ibu. 

nota hati : ehem, banyak gosip nampak! =)


Tuesday, July 24, 2012

Happy birthday Mis Fana

~Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Siti Farhana, 
Allah selamatkan kamu~

Alhamdullilah telah genap 24 tahun diberikan nyawa oleh Sang Pencipta. Ya, setiap yang hilang ada penggantinya. Allah Maha Kuasa, Allah itu adil sebenarnya. dia mengambil sesuatu dari hambanya tetapi dia menggantikan dalam bentuk yang lain. bergantung kepada kita untuk menyedarinya atau tidak. kalau tahun sebelumnya, insan istimewa hadir di sisi tetapi semua berbeza pada kali ini. Allah tidak kejam, dia mengambil satu dari saya tetapi dia menggantikannya lebih dari itu. Terima kasih ya Allah, Alhamdullilah syukur.

arwah beliau mengajar saya supaya menghargai setiap yang ada di hadapan saya. benar, hidup hanya sekali. jangan biar masa mengecewakan kita dengan sikap acuh tak acuh kepada mereka di sekeliling kita. 

kadang-kadang mulut tak dapat bicara, tapi inilah yang hati rasa. saya sayang mereka, sayang. persahabatan memang sangat indah sebenarnya. 



buat mereka juga, terima kasih. setiap seorang mereka, sumpah saya sayang! 




terima kasih buat semua, sesungguhnya Allah menggantikan kepada saya lebih dari yang cukup. kasih sayang dari mereka lebih bermakna dari cinta manusia yang sering berdusta.

nota hati : salam ramadhan buat semua umat manusia yang beragama Islam. Insyallah Ramadahn kali ini membuka lembaran baru buat kita. =)

Wednesday, July 18, 2012

Keputusan PAC Pegawai Antidadah




Syukur, alhamdullilah LULUS assessment pegawai antidadah yang diadakan di Puspen Kg Selamat pada 28 April lalu. Kelu bila nampak result.

Hati berbelah bagi, 50-50. nak jadi cikgu and further study untuk jadi lecturer atau nak fight untuk jadi pegawai antidadah?

fuhh serius dua dua saya suka. dua dua saya nak. okay, cool dulu. biar masa menentukan, yang penting bukan sekarang keputusan perlu dibuat.

senyum senyum, sujud syukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan. Terima Kasih Tuhan. :)

nota hati : alhamdullilah untuk segala rezeki yang ada. tak perlu kaya untuk merasa selesa.

Sunday, July 15, 2012

Kepedihan Lama

bila membaca kembali diari lama, kesakitan dan kepedihan itu masih terasa. mengenang kepedihan itu jadi memang wajar, hati telah tiada rasa. bukan tawar lagi rasanya, tetapi hilang terus bagai tak pernah ada.  

luahan ini dah lama, 3 bulan lebih dah rasanya. saja nak mengambil iktibar dari sejarah lama supaya keadaan menyiksa tak berulang lagi untuk kesekian kalinya. 

040412
alhamdullilah selamat sampai. moga diberi ketenangan di sini. pelbagai yang terjadi sepanjang perjalanan tadi. pertamanya, satu kemalangan yang berlaku betul-betul di depan mata. ya allah, pertama kali saya melihat kejadian seperti itu. kelu. tidak tahu apa yang patut dilakukan. kelihatan dua buah motor telah berkecai di tengah-tengah jalan dengan dua buah lori dari arah bertentangan. dan di situ juga, saya berada di tengah-tengahnya. dengan keadaan diri yang lemah tidak bermaya, ditambah pula memang saya mabuk darah yang berwarna, saya keliru. takut pengsan dengan tiba-tiba. tanpa sebarang kata, perjalanan diteruskan dengan berlinangan airmata. berdoa agar mangsa selamat semuanya.

selepas jauh melepasi tempat kejadian, kelihatan pula sebuah motosikal yang berada dalam keadaan mencurigakan, sentiasa berada di belakang saya walaupun saya telah memperlahankan kereta. tiba-tiba teringat pesan ayah yang tercinta betapa bahayanya memandu sendirian tanpa teman bicara. kali ini, tiada siapa melainkan memohon Allah membantu lagi. 
Ya Allah, lindungilah hambamu ini. 
Sesekali mata terpandang cermin belakang dan kelihatan lelaki yang membonceng motosikal tadi bersedia mengeluarkan sesuatu, ya rabbi. Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya saya ketika itu. Tangan terasa sejuk lantas mencapai telefon bimbit untuk  membuat panggilan. namun, kawan saya pula tidak menjawab panggilan tersebut. Beberapa minit kemudian kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat bahawa ada sekatan jalan raya di hadapan. Ya Allah bersyukurnya rasa. Setibanya di tempat sekatan jalanraya tersebut, beberapa orang polis memberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan. Saya tak pasti mengapa, tetapi motosikal tadi lama disoal oleh polis dan sehingga saya meneruskan perjalanan kelibat motorsikal tadi tidak kelihatan lagi. Alhamdullilah ya Allah.

"Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak patah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran". (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

nota hati : sedang mencari penawarnya.

050412
walaupun tengah cuba sekali sekala masih lagi trauma. trauma dengan segala yang menimpa. mengapa, mengapa? ya allah setiap persoalan di dalam dada menyebabkan saya rasa sangt berdosa kepada Sang Pencipta. kerana seolah olah saya tidak dapat menerima Qada dan Qadarnya. Ya untuk anda yang menilai mungkin tidak merasa betapa saya menderita sebenarnya. kalau boleh, saya pun ingin mencipta kebahagiaan yang anda-anda rasainya. cumanya saya tidak cukup bernasib baik untuk merasa. mungkin semua salah saya kerana begitu senang menerima tetapi saat itu saya mengikut apa yang diajarkan kepada saya adab-adab memilih dan menerima. akan tetapi akhirnya, semuanya sama. musnah juga. memang saya masih tak dapat menrima kenapa hidup saya selalu sahaja bencana? kenapa harus saya? saya pun lemah seperti semua, saya pun punya hati dan perasaan seperti insan di luar sana. tapi masih saya yang kena. masih saya. memang saya percaya ada hikmah di sebaliknya tetapi untuk bulatkan hati menerima takdirnya memang memakan masa. 

Benda pertama yang berada di minda ketika celik mata ialah ya Allah sedihnya. itulah yang mematahkan semangat untuk bangun seperti biasa. namun begitu, saya kuatkan jua semangat. bangun, sarapan dan buat seperti biasa. ternyata hari ini lebih baik dari sebelumnya. terima kasih ya tuhan. sudah, sudah laa. tak perlu fikir benda yang sama. banyak lagi yang menanti untuk anda, tolong lah teruskan hidup seperti biasa. sumpah saya tengah cuba.

Senang cerita, tiada jodoh. Itulah sebenarnya. Tutup cerita. 

nota hati : titis-titis dalam hati hanya Allah yang tahu deritanya.

060412
seharian tidur tanpa memikirkan apa-apa memang sangat menyiksa. badan terasa lemah tak bermaya. entah kenapa terasa jatuh semula,mungkin kesan dari pelbagai perkara yang menimpa pada hari sebelumnya. fikiran entah ke mana sehingga terlanggar kereta orang. memang salah saya sebenarnya, jadi tak perlu kata apa-apa. hanya tahan telinga untuk mendengar orang itu berkata-kata. entah la, tak tahu lagi nak bahagi ke mana fikiran ini. sangat serabut, bukan tak cuba tetapi belum berjaya untuk berhenti memikirkannya. terasa nak tidur selama-lamanya, jadi tak perlu lagi merasa derita ini semua. dengan keadaan masih begini, terasa takut untuk pulang, takut menyinggung perasaan semua. tapi sampai bila? 

end up, dengan janji kepada diri sendiri. setelah hampir seminggu meninggalkan mereka semua alhamdullilah akhirnya berjaya bangun dengan sempurna.

080412
mulai esok, saat melangkah kaki kembali ke UPM jangan sesekali fikir benda yang dah lepas. hidup mesti diteruskan. live your life happily Farhana. fokus master, buat kerja dan cuba lawan perasaan tu. memang tak ada siapa kata ia mudah, tp untuk lawan tak salah kan? yakin pada ketentuan Allah, teruskan hidup. Insyaallah suatu hari nanti semua kembali seperti biasa. Kau kuat, kau tabah. Allah takkan membebani seseorang dengan ujian yang melebihi kemampuannya, Allah pilih kau kerana kau mampu, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang Dia kasihi. Cumanya sekarang kau percaya dan yakin pada janjinya, percaya dan yakin pada diri yang kau mampu tempuhinya. jangan tanya kenapa kau, kenapa ssemuanya terjadi kerana jawapannya kau pun tahu. ada sesuatu yang tersembunyi yang kita semua pun  tak dapat melihatnya kini, jadi bersabarlah. jangan kalah pada syaitan durjana Farhana.


090412--------------> BERJAYA
=)

nota hati : alhamdullillah syukur semua mimpi ngeri telah sampai ke penghujungnya.

Thursday, July 12, 2012

cerita hati



hati.
sekental mana pun hati manusia, pasti akan kecewa apabila ada yang menyakitinya. tetapi segala kesakitan pasti ada penawarnya. lupakan segala kisah lama. saya telah sempuh sepenuhnya, alhamdullilah Dia Maha Kuasa telah menghilangkan segala rasa kecewa, sedih dengan sekelip mata. Kata mereka, saya kuat, saya tabah kerana mampu melalui semuanya. semuanya kerana sokongan keluarga, sahabat handai serta insan-insan yang banyak memberi kata semangat. benar sahabat, hidup perlu diteruskan.

hati-hati
ya dia. dia comel pada pandangan mata. entah mengapa hati terdetik suka, suka dengan cara dia yang sentiasa mengundang tawa. dia biasa biasa sahaja tetapi cukup untuk membuatkan saya suka akan dia. biar hati menyimpan segala rasa kerana luka lama masih terpahat di minda. Allah mengetahui segalanya, insyallah kalau benar dia orangnya, jalan itu pasti ada. Allah Maha Besar, Allah Maha Bijaksana, bagaimana jalan cerita seterusnya serahkan pada tangan Sang Pencipta. Fokus pada yang ada di depan mata buat sementara, master yang hampir ke penghujungnya, ibu bapa yang perlukan kasih sayang anaknya, dan anak didik yang perlukan pembimbing gurunya. itu lebih utama. :)


dengan apa yang saya ada, saya bersyukur. alhamdullilah rasa bahagia itu masih ada. benar, Allah sangat sayang saya.


nota hati : terasa ingin menunaikan umrah sebelum dipanggil mengadap Sang Pencipta.

Wednesday, July 11, 2012

who are you?


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah oranmg yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, “Inna lillahi wainna illahi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “ Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekua tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaiakn.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.

Monday, July 09, 2012

July is coming

sekarang ni sekejap sangat masa berlalu. sekarang dah kembali Julai, lagi beberapa hari dah nak puasa. masih banyak perkara yang perlu dilakukan. persediaan yang masih belum disempurnakan sebelum tibanya ramadhan kali ini. pasti setiap kali menjelang ramadhan, hati terdetik lain. teringat kenangan ramadhan yang lalu. semua, dari kecil hingga dewasa.

ICXRI dah selesai. Semester telah berakhir. Menghitung hari, dan menyusun jadual semula supaya segala perancangan terlaksana dengan sempurna.

Matlamat telah ada, tiada ragu memang itu lah yang saya suka. Melihat senyuman di muka serta riak hati yang riang ria, segalanya kian jelas bahawa matlamat itu yang harus diutama. Moga segalanya dipermudah sahaja oleh Allah s.w.t

nota hati : wajar hati hati, takut takut terluka kembali.

Monday, June 25, 2012

PHUKET 2012

lali lali terbeli tiket setelah berminggu-minggu bergigih usaha untuk committe metting serta final presentation. 












nota hati : siap-siap untuk icxri 2012 pula.

Tuesday, June 19, 2012

alhamdullilah

ringkas, tepat dan padat.
hanya satu perkataan yang ada ketika ini.

A L H A M D U L L I L A H, 
syukur kepada Allah. S.W.T

=)

nota hati : masa untuk berehat seketika. here we go, Phuket.

Wednesday, June 13, 2012

Manusia banyak tipudaya

Jangan mudah percaya, manusia banyak tipu daya. Terima kasih ya Tuhan kerana memberi ujian, sekurang-kurangnya saya kenal apa itu makna sabar, apa itu keluarga bahagia dan siapa mereka bergelar sahabat. Manisnya ujian, setelah pahit dipaksa telan kerana tiada pilihan untuk meneruskan hidup.

Banyak kerenah manusia, ya kerana kita diciptakan berbeza. Dibesarkan dalam suasana berlainan sama sekali. Indah rupa bayangan yang diimpikan hanya berkekalan jika kita masih berada dalam khayalan mimpi indah. bukan kerana apa, semuanya tipu belaka. hakikat dunia, tiada seindah itu yang pastinya kerana kadangkala manusia memang tiada sempurnanya. terlalu mementingkan diri kadangkala, sehinga tiada ruang untuk merasa apa yang dirasa oleh si mangsa. sumpah nak kata, kecewa itu ada. tapi tidak lah sehingga nak membalas rasa. takut-takut jika terlebih pula batasnya. senang,biar Allah uruskan segalanya kerana Dia Maha Kuasa.

cumanya, ambil pengajaran yang sudah ada. jangan terlalu percaya pada mereka. jangan terlalu mengalah sewenangnya. manusia perlu kuat, manusia perlu tabah. 

nota hati : sangat neutral rasa jika tiada yang tanya, tiada yang mempersoalkannya. 


Sunday, June 10, 2012

weekend yang kosong

bermalas-malasan di rumah pada hujung minggu. menunggu permulaan minggu yang baru, minggu yang bakal sibuk kiranya. bersusun-susun jadual menanti. permulaan minggu ini bakal di tempuhi dengan progress metting untuk semester keempat. berbaki labwork yang tak seberapa sebelum melangkah ke bilik mesyuarat. esok juga sekolah mula beroperasi bermakna tugas sebagai cikgu main-main ni bermula kembali setelah dua minggu berehat. 

jadi, hargai cuti di hujung minggu yang hanya berbaki berbelas jam farhana! rehat, rehat, rehat. walaupun dah tak larat nak rehat. sampaikan mata pun menunjukkan reaksi berbeda dari sebelumnya. stress jugak sebenarnya kalau tak boleh tidur ni. adeh. 

otak ligat berfikir untuk melakukan aktiviti yang meletihkan. jogging? squash? broga? shopping? labwork?

searching searching searching..

nota hati : bosan rupanya hidup single single. kadangkala sahaja. okbye! =)

Jalan Mencari Cinta


Cinta itu fitrah. seringkali kita ungkap, seringkali kita singkap betapa besar perasaan cinta. cinta juga apabila ditanya maksudnya, akan timbul pelbagai definisi dari setiap orang yang menbicarakannya. 

jalan cinta bukan suatu jalan yang mudah. barangkali berliku-liku perjalanannya.
Amat besar nikmat cinta jika yang dicari adalah demi mendapat keredhaan Ilahi. Inilah perjalanan kehidupan, cinta mencipta seribu satu persoalan. Cinta Ilahi adalah segalanya. Cinta kerana Allah akan sampai ke penghujungnya. Biar dirasai kepahitan dalam mencari cinta agar mendapat kemanisan hikmah di sebalik kisah cinta.
Mohon doa dan keredhaan daripada Allah semoga dikurniakan seorang insan yang akan membuatkan kita bahagia di akhirat kelak. Ingatlah, iman, ikhlas dan sabar adalah kunci kepada cinta yang suci.
nota hati : belajar dari kesilapan, hati-hati dengan hati. 

Tuesday, June 05, 2012

Outdoor Wedding Myrah & Addz


3 Jun 2012, Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

setting-setting

okay, yang baju putih tu adalah crew untuk membantu melancarkan lagi sesi pengambaran. haha
Raja Sehari, Amirah & Azhar
Kami :)
Penat menunggu, gigih sangat nak ikut. ;p
Kredit to photographer, Pait Picturesyndicate.
Kredit to photographer junior, Aisamudin. haha

Dengan kak thuraya yang lawa tapi masih single. ;p



Add caption




 nota hati : masih mood cuti-cuti, wedding-wedding, shoting-shoting. haha =)

Saturday, June 02, 2012

Manusia, Jangan Give Up!

liku hidup yang telah dilalui mungkin banyak mematangkan diri. pengajaran yang lalu mengajar erti kehidupan yang sebenar. memberi ruang untuk mencuba menampakkan segalanya baik-baik sahaja supaya tiada yang bimbang serta gundah gulana lagi. sudah cukuplah saya menyusahkan mereka. manusia, memang mudah untuk melafazkan kata. hanya dengan sebaris kata sahaja, seolah-olah segalanya Tuhan telah mentakdirkannya.

Ya, saya tak menafikan itu semua. tapi cuma, senangnya manusia melepaskan tangan tanpa usaha yang terlebih dahulu di utama? kalau begitu mudah untuk melafazkan segalanya takdir Tuhan, mudah jadinya hidup ini. pergi mencuri, alasannya Tuhan telah mentakdirkannya menjadi pencuri. sedarkan manusia bahawa mereka memiliki pilihan. diberi akal melebihi makhluk Tuhan yang lain, tujuannya untuk membuat pilihan dalam melakukan sesuatu perkara. pandangan saya mungkin berbeza atau mungkin jua salah. tapi itulah yang saya rasa. sebagai manusia, jangan terlalu menyalahkan Tuhan atas segalanya.

kita istimewa, kita sempurna akal fikiran, kita patut berusaha. jangan mudah mengalah. Allah tak suka. setiap perjuangan ada halangan kerana Tuhan mahu menguji sejauh mana kita akan bertahan. untuk menguji kesabaran kita. semua yang buruk terjadi sebenarnya atas pilihan kita. kesalahan yang kita lakukan sebenarnya atas kelemahan kita. tak mengapa, kerana peluang sebenarnya masih ada. tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. sebab itu jugalah ada kata maaf dalam bicara.

bagi saya, tidak sukar untuk memaafkan manusia kerana saya mahu suatu hari nanti manusia juga mudah memaafkan saya. kita hidup hanya sekali di dunia, ketepikan semua ego di dada. tiada rugi mengalah dalam bicara selagi tidak melampaui batasnya, Allah kan tiada cacat cela. Dia tahu segalanya. cuma kita sebagai manusia cuba lah berusaha dulu sedaya upaya, akhir sekali jadikan doa dan tawakal sebagai penghujungnya. jangan sesekali mengatakan tidak selagi tiada usaha yang terlaksana. itu rugi namanya. 

ini prinsip saya, insyallah saya akan mencuba selagi terdaya kerana saya risau saya akan menyesal kelak jika tidak mengambil peluang yang ada. saya hidup hanya sekali. selagi saya masih bernafas, insyallah saya akan mencuba dan memberi yang terbaik untuk semua mereka. lumrah manusia, pasti ada jua kekhilafan di mana-mana. jadi maaf di pinta dari pihak saya untuk semua manusia yang pernah kenali saya.


nota hati : memang tak patut tangisi untuk setiap yang tiada setelah usaha tetapi patut tangisi untuk setiap yang tiada tanpa usaha.

Friday, June 01, 2012

Birthday kakyana

Rabu, 30 May 2012



Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nor Ilyana, Allah selamatkan kamu.

Selamat Hari Lahir, housemate/labmate! Love you so much sis.


Broga kali kedua

Khamis, 31 May 2012





nota hati : kan senang kalau penat terus tido lena. =)

Wednesday, May 30, 2012

memori lama

semua biasa biasa sahaja sehingga tiba-tiba saya sedar yang saya masih lagi sangat sedih kerana kehilangan dia. saya masih lagi belum dapat melupakan semua kenangan bersama dia. dia masih lagi berada dalam hati saya. dia masih lagi menjadi insan yang saya cintai. saya tak pasti jika mungkin persekitaran yang membuatkan saya berperasaan demikian. apa yang pasti, hari ini saya tahu saya sedih. saya tahu hati saya sangat mudah terusik, saya tahu titis titis air dah banyak bertakung dalam kelopak. menunggu masa yang sesuai untuk mengalir. Allah tahu segalanya, saya hanya insan kerdil yang hanya mampu merancang. 

ya allah, kuatkan hatiku. tanamkan sifat sabar dalam diriku dan tabahkan diriku ya allah.

nota hati : moga majlis esok semuanya lancar. amin

Sunday, May 27, 2012

IKEA

hari minggu ni memang best bila bangun pagi tak pagi sangat dan tiada komitmen kerja. budak-budak dah habis exam, progress master minggu depan sambung fikir. hehe. memang kosong, santai-santai. dah lama tak rasa santai di rumah, tengok tv sambil makan keropok. bila petang, ada pulak cadangan ke ikea, so apa lagi proceed sajo. jalan ldp mostly jem sebab banyak kereta dan kemalangan, tapi tu perkara biasa lah kan. so aktiviti weekend ni, habiskan duit sambil jalan-jalan cari makan di ikea. haha




hasil tangkapan di ikea. semua merah, kebetulan. hari ini, tema merah barangkali. best jalan-jalan. lapang ja rasa. tiada masalah perlu difikirkan.

nota hati : nikmati hidup selagi mampu. =)

Saturday, May 26, 2012

#2 kata semangat

berpegang pada " tiada apa yang mudah di dunia ini, kehidupan masih perlu diteruskan macam biasa"

moga diberikan kekuatan serta kesabaran atas segala liku yang sudah sedia tercipta.

tingkatkan semangat di dada, cekalkan diri untuk tempuh semua halangan yang ada.

yakin boleh farhana, baru hidup kau ceria.

nota hati : melangkah tanpa sesuatu yang pernah ada memang suatu yang luar biasa.


Thursday, May 24, 2012

Broga Hill

B R O G A     H I L L   : )


pertama kali sampai ke bukit broga. memang best. broga hill just 1.4km tetapi track dia memang 90% mendaki. saya bersama housemate ke sana jam 7.30 pagi lebih kurang. setibanya di kaki bukit broga, memang rasa excited nak mendaki. disebabkan kitorang pergi time weekdays so lalulintas untuk naik broga memang lengang. lancar sahaja. memang laju naik, nonstop asyik mendaki. sumpah penat, tercungap-cungap rasa. track dia pulak mostly suma mendaki memang takdak yang mendatar. so bayangkan lah. dengan excited mendaki tanpa henti lagi, serius rasa penat. lebih kurang 15 minit, kami sampai ke stage 2 bukit broga. rehat sekejap sambil menghidup udara yang segar kami terus mendaki ke stage 3. sampai di stage 3, kami pun berhenti, bukan apa risau pulak sebab memang tiada orang. lengang sangat. so rehat, baring baring kat batu atas bukit tu sambil tenangkan ffikiran. memang nyaman dan tenang rasa. tempat tinggi memang akan menggembirakan kita. kalau tak percaya, cubalah. :)

lama jugak berehat kat atas, cuaca pulak mendung. memang sejuk ja rasa. mungkin sebab tiada orang, so rasa tenang sikit. dengar kata, kalau weekend memang ramai so agak serabut la kot. agak dalam 45 minit menikmati udara segar, kami pun bergerak turun. semasa nak turun tu, terserempak pulak dengan orang yang dikenali. memang kecik laa dunia kan. 

perjalanan turun bukit hanya mengambil masa lebih kurang  lima minit sahaja kerana kami berlari. memang rasa bergegar satu badan bila berlari sambil turun bukit. buku lali terasa sakit sedikit, semangat sangat. haha. alhamdullilah akhirnya sampai ke kaki bukit dengan selamat tanpa sebarang perkara yang tak diingini.

nota hati. sihat sangat rasa. sumpah gembira. terima kasih ya allah.

Wednesday, May 23, 2012

#1 kata semangat

hayati lagu ini sebentar.


serius, kalau betul menghayati rasa pilu mampu singgah di hati. sedih itu salah satu pancaindera yang Dia kurniakan. jadi biasalah jika kadangkala perasaan itu singgah. lumrah buat seorang insan bergelar manusia. sebagai insan, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. apabila kebaikan dibalas dengan keburukan. apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki. namun percaya, Allah itu ada untuk mengadilinya suatu hari nanti. sabar dan positif adalah kunci untuk meneruskan liku hidup yang kian mencabar. chaiyok farhana!

nota hati : ramai sangat nak kawin sebenarnya cuti sekolah ni. tahniah kalian-kalian yang sangat beruntung kerana segalanya lancar sahaja.

Tuesday, May 22, 2012

22052012

ya kehidupan sebenarnya banyak mengajar kita. saban hari, tanpa kita sedari dugaan demi dugaan yang direncanakan untuk kita sebenarnya telah menguatkan kita serta mengajar kita mengenal apa itu erti kehidupan yang sebenar. realiti kehidupan sebenar dengan apa yang kita jangkakan adalah sesuatu yang amat berbeza sama sekali. kata orang, mereka yang lebih tua banyak makan garam. as time going on, baru kita sedar apakah maksud sebenarnya ungkapan tersebut.

setelah segala yang berlaku dalam hidup saya, saya sedar hidup ini memang tak semudah yang disangkakan. untuk meneruskan liku-liku pada masa hadapan, saya perlu lebih kuat. Dia Maha kuasa, Dia memperkasakan diri saya dengan memberi pelbagai dugaan dan cubaan. Redha dengan ketentuan Dia Yang Maha Mengetahui, hidup masih perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan. jangan terlalu lemah sehingga terpedaya dengan hasutan syaitan durjana. 

alhamdullilah untuk kesekian kalinya. alhamdullilah atas nikmat kurniaan yang telah Dia hadiahkan.

nota hati : saya rindu dia. saya rindu dia. doa moga dia baik sahaja di sana.

Wednesday, May 16, 2012

TAK SUKA!

Lumrah manusia kalau tak suka, seribu alasan akan diberikan. seribu dalih akan difikirkan. ya, saya manusia jadi saya juga tak terkecuali. sumpah benda yang saya tak suka, memang sukar untuk saya lakukan. kerja? masuk lab untuk buat kerja adalah salah satu daripadanya. nak belajar teori, nak guna kepala kenapa tindak balas tersebut terjadi, memang saya tiada masalah. tetapi untuk melaksanakan labwork memang tak suka. tak suka, tak minat! streessssnya rasa bila banyak keja labwork yang kena buat, labwork yang dr halim bagi untuk analisis sampel baja syarikat mana entahnya. keja mudah, tapi leceh sangat. memang kena mengadap dengan solution2 ni, mengadap bikar, mengadap volumetric flask, buat beribu kali dilution, dan sebagainya lah! memang stress gila rasa. ya la, takkan nak bercakap dengan bikar pulak kan. ish!. 

due date minggu ni, kalau tak siap memang tak tahu nak jawab apa dengan dr halim. so minggu ni ada lagi dua hari. dalam masa dua hari mesti siap jugak analisis baja ni. syarikat tu kata nak urgent! ahhhhh! pegi la suruh chemist syarikat sendiri buat. adoi tak paham kenapa la perlu baja ni dihantar ke fakulti sains?

calm down, relaks farhana! dengan bebel kat sini kerja tak siap jugak kan. tak siap! ok sambung buat.

nota hati : nak menjerit rasa hati, stress yaaaa amat!


Tuesday, May 15, 2012

weekend

weekend, lepas extra class jalan-jalan lepas tension. :)


nota hati : penat sangat rasa.