My Dream

My Dream

Monday, April 30, 2012

Titik noktah

Semoga segalanya baik-baik sahaja. Untuk dia, saya perlu kuat. saya perlu tabah. masa telah memberi kekuatan yang luar biasa kepada saya. alhamdullilah, saya sudah bersedia. Mungkin, Allah tahu ini masa yang terbaik untuk menamatkan segalanya. Saya yakin dan percaya ada sesuatu yang terbaik menanti di hadapan sana. Cumanya saya tidak tahu ianya dalam bentuk apa. 

teruskan hidup seperti biasa seperti sebelumnya. untuk mereka, untuk dia yang menanti di sana. tidak perlu kita mencari salah siapa, dan saya tidak kisah jika kesemua kesalahan diletakkan pada bahu saya kerana saya tahu Allah Maha Mengetahui segalanya. saya tidak rugi apa-apa jika saya dipersalahkan untuk segalanya. semua terjadi bersebab, dan kali ini saya tahu ini terjadi kepada saya kerana saya seorang yang sentiasa positif dan saya mampu menanggungnya. terima kasih ya Allah.

moga saya diberi kebaikan di atas musibah kali ini, saya diberikan ganti yang lebih baik darinya. Amin.

nota hati : chaiyok farhana! =)


Ujian Personaliti

Pilih gambar di bawah yang menggambarkan paling tepat tentang diri anda :


( no gambar : 1 bermula dari kiri ke kanan)




1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.



Sunday, April 29, 2012

PAC S41 (Hari Kedua)

bangun pagi, terasa letih dan tak larat untuk meneruskan pac hari kedua. namun, dikuatkan jua semangat, memaksa diri untuk bangun.

aktiviti 6 : public speaking. aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi tepat dimana kami diminta untuk berucap dalam bahasa inggeris selama 5 minit. tajuk sudah diberi pada hari sebelumnya, dan saya memilih untuk bercakap mengenai sports. 

aktivit 7 : perangcangan kerja sosial. aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada kami untuk merancang aktiviti yang bakal dijalankan pada sebelah petang bersama klient-klient dari klinik care & cure 1 malaysia bukit mertajam. mostly klient yang terdapat di kg selamat merupakan penagih dadah tegar manakala yang ditempatkan di bukit mertajam adalah yang baru terjebak dengan dadah. aktiviti ni best kerana saya mendapat ahli kumpulan yang sangat happening, saling membantu dan bekerjasama. 

rehat. berdebar menanti ketibaan klient seterusnya melaksanakan aktivti yang dirancang.

aktiviti 8 : kerja sosial bersama klient. aktiviti dijalankan, alhamdullilah semua klient memberi kerjasama kepada kami. memang best apabila diberi kesempatan untuk berada lebih dekat dengan mereka. sepanjang aktiviti, asyik gelak ja semua. di akhir aktiviti, kami dengan berat hati untuk berpisah dengan mereka. sempat lagi mereka mengambil no telefon saya, katanya untuk kegunaan masa depan. nak minta nasihat kononnya. pun boleh lah, asalkan mereka-mereka ini menjadi seorang yang berguna di masa akan datang. insyaallah.

aktiviti 9 : laporan kerja sosial. kami diberi masa satu jam untuk membuat satu ulasan mengenai aktiviti sosial yang dijalankan serta membuat ulasan berkenaan penyataan bahawa penagih dadah adalah pesakit.

jam menunjukkan 5.30 petang dan program pac siri ketiga telah sampai ke penghujungnya. semestinya , program ini telah memberi pengalaman yang manis buat saya. best dan banyak perkara yang telah saya belajar. banyak rakan baru yang sempat saya kenali, rata-rata mereke semuanya hebat belaka. ada rezeki bersama AADK insyallah panggilan temuduga akan diterima. apapun, selamat maju jaya buat semua! =)

nota hati : senang apabila dapat membantu mereka-mereka. mendoakan semoga mereka berjaya untuk keluar dari najis dadah. amin.

PAC S41 (Hari Pertama)

Bermula lah sesi PAC untuk Pegawai Antidadah siri ketiga, Zon Utara bertempat di Puspen Kg. Selamat. Masuk sahaja pagar puspen (dahulu dikenali sebagai pusat serenti kg selamat) semua alat elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk, termasuklah telefon bimbit. Keseluruhana kawasan dikawal ketat oleh anggota polis. Daripada jumlah 10 ribu peserta, seramai 812 telah lulus untuk ke pac. dan lebih kurang 100 orang calon telah hadir ke siri ketiga pac kali ini.

Pac di mulakan dengan menjalani ujian psikologi yang mengandungi 185 soalan dan calon perlu menjawab dalam masa 40 minit. Basicly, soalan hanya untuk mengetahui kecenderungan.teringat pesan cikgu fauzi, katanya jujur ja jawab insyallah berjaya.

Aktiviti 1 : Kajian kes. isunya adalah kes seorang rakyat tempatan yang telah ditangkap kerana telah menyeludup dadah ke luar negara atau lebih dikenali dengan keldai dadah. perbincangan dibuat selama 40 minit sambil diperhatikan oleh dua orang ahli panel. group saya memang best, walaupun baru berkenalan kami semua selesa berdiskusi bersama. 

Aktiviti 2 : case study, kami diberikan satu illustration yang menggambar suasana di airport di mana drug mule sedang menunggu seseorang. semua diskusi hendaklah dibuat dalam bahasa inggeris selama 40 minit dan 10 minit diberikan untuk pembentangan. susah jugak sebenarnya task ini memandangkan kami semua kurang faham erti sebenar 'drug mule'. rupanya drug mule itu adalah orang yang melakukan  drug trafficking.

aktiviti 3 : penyelesaian masalah. kami diberi kumpulan yang baru dan diminta untuk mengendalikan suatu mesyuarat untuk membincangan penglibatan pelajar dalam dadah. saya mendapat watak sebagai ketua pengawas sekolah. ahli kumpulan saya kali ini memang hebat-hebat kesemuanya. sangat petah berbicara, sangat intelektual dengan idea-idea yang diutarakan. 

aktiviti 4 : problem solving. kami diberi satu task, iaitu untuk mengnal pasti masalah dan mencari cara penyelesaian. isu yang diberi berkaitan dengan kes seorang rakyat malaysia yang ditahan di Australia kerana mengimport ubat-ubatan dalam suatu kuantiti yang besar. kali ini perbincangan dibuat dalam bahasa inggeris.

aktiviti 5 : pengucapan awam. sekali lagi kami dipecahkan kumpulan. sesi kali ini kami diberi masa 5 minit untuk berucap. 10 tajuk diberi dan saya telah memilih untuk bercakap mengenai penagihan dadah. pelbagai ragam calon-calon. tapi kesemua mereka suppotive dan sporting belaka.

penilaian disambung keesokkan hari. pagi public speaking dan pada sebelah petang aktivti sosial. rasanya aktiviti bersama penghuni puspen. moga segalanya dipermudahkan.

nota hati : kosongnya rasa hati. 

Thursday, April 26, 2012

Progress Master

Walaupun penat tapi rasa berbaloi. Perbincangan hampir dua jam bersama supervisor memberi laluan dan semangat baru untuk menghabiskan sisa-sisa labwork dan start tulis thesis. Supervisor dah bagi lampu hijau untuk menamatkan labwork. Katanya, tambah lagi sikit then cukup untuk master. Yang seterusnya, bagi pelajar PhD pulak fikir. Hehe. Berbunga-bunga rasa hati. Serius dah tak nak buat labwork, dah taknak buat master. Tapi apakan daya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan kan. kata supervisor lagi, sekarang dah boleh start tulis chapter 1, chapter 3 dan jugak results semua. Habis sahaja labwork, boleh hantar thesis notice submittion dan beliau akan terus cari external dan juga internal lecturer yang bakal jadi examiner time viva nanti. Dalam masa tiga bulan lepas tu, hantar thesis. Wahhhhhh. Kena kuatkan jugak diri ni, habiskan segalanya di upm. 

nota hati : Mudah-mudahan segala urusan belajar saya dipermudahkan. Amin.




26-04-12

bila dah selangkah ke depan, jangan cuba untuk menoleh lagi.

terus melangkah. melangkah. dan melangkah dengan gembira.

berusaha mengejar kejayaan di dunia, berusaha membaiki kelemahan diri untuk bekalan ke sana kelak.

itu sahaja yang ada di kepala.

chaiyok Farhana!

nota hati : penatnya cuma Dia yang tahu. banyak kerja, banyak komitmen, banyak janji-janji yang perlu ditunaikan.

Monday, April 23, 2012

Kesukaan Part 1


Banyak aktiviti sepanjang minggu, memang semuanya aktiviti kesukaan. hati asyik nak senyum-senyum tanpa motif. gembiranya lain macam. badan memberi respon berbeza,  sakit dan lenguh merata-rata. kesan riadah yang tiba-tiba mungkin puncanya.

#Kesukaan 1
hampir sebulan berehat fizikal dan minda sudah cukup untuk membuat mereka mengejar saya. kelas ganti sepanjang masa. tiada masa luang, tapi jadi cikgu memang saya gembira. 

#Kesukaan 2
tahniah pasukan badminton kolej15. jadi naib johan pun mampu membuatkan saya merasa bangga. bangga dengan kegagahan serta kegigihan kalian semua. walaupun kalah, tetapi kalah dengan penuh bangga. jadi supporter sukan, saya memang teruja.

#Kesukaan 3
Here we go, Port Dickson! best, tapi sumpah penat bila jadi cikgu pengiring. budak-budak memang sporting habis. cikgu-cikgu plak sempoi semua. perangai relax para cikgu yang semua sekepala. paling semangat mesti lah cikgu fauzi. excited bukan main mengalahkan budak-budak. bagus, yang penting kami semua gembira. gembira bekerjasama. 

*Cikgu Aimad gigih tarik tali kat belakang! Last-last kalah jugak. Sakit badan bukan main, pulun sangat tarik tali. Terima kasih kepada pemberi ubat sendi. ;)

#Kesukaan 4
Jadi organiser, planner untuk tournament badminton/ squash. Yang tak syoknya bila buat undian, tak memihak kepada diri sendiri. tapi adil itu saksama.


menanti untuk kesukaan yang seterusnya. welcome back happiness!! =)

nota hati : badan penat, otak sihat, hati senang, perut kenyang, jiwa tenteram. pejam mata, terus tidur dengan nyenyaknya.

Thursday, April 19, 2012

Bisik pada hati

Sentiasa, bercakap dengan diri sendiri. Bukan apa, untuk bangun semula dengan positif minda itulah satu-satunya cara. Bisik pada hati, perkara baik-baik saja.

Kuatkan semangat, yakin dan percaya ada sesuatu yang Sang Pencipta rahsiakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segalanya.

Teruskan kehidupan seperti biasa, insyallah tiba masa yang terbaik dari sisiNya, cahaya itu akan menjelma. Tak pasti dalam bentuk apa, tetapi pasti ada.Usaha dengan sedaya upada, doa dengan seikhlasnya dan selebihnya tawakal kepada Allah Maha Kuasa.

*banyak yang menanti, semuanya saya suka. tak sabar untuk melaluinya. =)

nota hati : mencari semula semua-semua kesukaan saya. Alhamdullilah, jumpa. moga, gembira.

Wednesday, April 18, 2012

malam ini

Bila malam mesti tak boleh pejam mata. Buat lah kerja yang macam mana sekalipun, jogging la sebanyak mana round pun, mainlah seberapa peluh pun, hasilnya tetap sama. tenaga apa lah yang ada dalam badan ni, tak penat-penat rasa. atau, barangkali dua tiga minggu lepas dah terlalu banyak sangat tidur sampai sekarang otak dah tepu dan enggan lagi pejam lena? rasa rutin hari ini dah cukup tenaga dah guna, tapi kenapa mata masih juga segar?

dah penat untuk fikir benda sama, tetapi semua itu diluar kawalan saya. susahnya mengawal minda! sunyi rasa bila mata tak pejam lena kerana teman berbicara semuanya sedang mimpi indah di alam maya. mengingatkan diri hadirnya Dia, sentiasa tanpa mengira masa. Moga ditenangkan hati seperti hari yang sebelumnya dan diberikan cahaya setelah semua yang menimpa.

sebelum terlupa, selamat hari lahir buat Faqihah dan Cikgu Fauzi. Terima kasih untuk segala rezeki yang diterima. 

nota hati : cinta itu indah sebenarnya jika manusia pandai menghargainya. 

Monday, April 16, 2012

16-04-12

Cuba sedaya upaya, penuhkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Semuanya ok dan boleh sahaja kecuali lab work. entah kenapa, malasnya rasa bila kena buat lab work. Tapi kalau tak buat, macam mana nak abiskan master? rasa dah tak nak lagi hidup yang begini, rasa tak selamat dan tak da masa depan. kepala mendesak untuk bekerja, maksudnya kerja tetap. Tapi... Serabutnya rasa. Jangan ikutkan hati, kerana ikut hati pasti mati. Kena juga kuatkan hati, kuatkan semangat untuk habiskan labwork. Sebenarnya lagi sikit ja lagi, kamon laa Farhana!!!! Nasib laaa Dr Halim nak buat meeting so tak ada pilihan memang kena buat labwork. Kesian sebenarnya dengan Dr Halim, dahla baik gila tapi dapat student banyak masalah macam saya. 

Moga-moga si hati kecil sentiasa fikir positif serta berkeadaan baik-baik kerana serius saya mahu bangun semula. Melawan semua arus yang menimpa. tak mungkin saya kalah begitu sahaja, kerana Allah lagi berkuasa dari segala yang ada. yakin dengan Dia, Allah Maha Kuasa.

nota hati : saya neutral sebenarnya, tapi saya belum bersedia untuk bertentang mata. 

Sunday, April 15, 2012

Hidup tanpa cinta

Ekspesi cinta membuat begitu ramai insan terasa bahagia serta dihargai kerana ada sesorang yang ada berdiri dibelakang dikala semangat hidup semakin patah. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup yang selama ini kabur.

Numun, apabila cinta kian pudar disebabkan halangan serta sebab yang tertentu, kita terpaksa akur. Rasa pedih dan patah hati apabila dikecewakan adalah ketentuan yang pasti perlu ditempuhi. jadi, hidup tanpa cinta pastinya sukar. bagaimana caranya untuk menghadapai hidup tanpa cinta?

pertama sekali, latih minda supaya lupakan kenangan lalu. Tiada siapa mengatakan ia mudah, tetapi dengan masa serta disiplin diri yang kuat, insyaallah segalanya akan berubah.

kedua, belajar bersyukur. Bersyukur untuk apa sahaja yang ada. Ilmu di dada, cukup pancaindera, sihat sejahtera misalnya.  

ketiga, belajar menjadi pemaaf. Memaafkan kesalahan orang lain, memaafkan kesalahan diri sendiri dan seterusnya ketenangan akan mendekati diri.

keempat, cuba ketawa dan senyum sebanyak mungkin kerana kata mereka ketawa dapat menghilangkan kesedihan.

kelima, ubah fikiran. pastinya, kita tidak dapat mengubah keadaan, tidak dapat mengubah perasaan sedih, murung dan sebagainya. tetapi kita mampu mengubah fikiran. fikir yang baik-baik sahaja kerana ia akan memberi keuntungan jangka masa panjang.

akhir sekali, 'hati mesti keras'. Bukan keras sebarangan, tetapi maksud di sini kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi, dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka. sebelum tidur, cuba tetapkan minda untk menjadi ceria pada keesokkan hari.

nota hati : first time kena clamp kereta. bagus farhana!

Saturday, April 14, 2012

Tiada rasa

Jam menunjukkan 4:59 pagi. Serius, mata masih segar mahu menbaca dan mencari. Otak masih ligat berfikir dan menganalisis info yang diterima. Tiada rasa yang ada. Hebatnya kuasa Tuhan, sekelip mata hilang semua rasa. Rasa kecewa, rasa putus asa, rasa duka, rasa derita seperti sebelumnya, semua sudah tiada.

syukur.
senyum-senyum bila teringatkan kisah lama. 

bila kembali berjumpa mereka, terasa nak gelak sepuasnya. bukan apa, terasa bersalah sebenarnya. kerana saya, semua terkena tempiasnya. banyak menyusahkan mereka-mereka, mengucar kacirkan tugas mereka. maaf ya, saya tidak sengaja. itu bukat sifat saya, entah kenapa saya sedemikian rupa. yang terharunya, mereka-mereka sangat memahami saya. masih menyokong saya sepenuhnya. terima kasih kalian semua. 

Entah kenapa ketika itu saya tidak dapat melihat dan memahami hikmah di sebaliknya. Hakikatnya, saya tahu tetapi apabila terjadi kepada diri sendiri ternyata saya jahil lagi sebenarnya. Memahami segalanya cara Sang Pencipta untuk mendidik saya, saya bersyukur. Mungkin saya terlalu banyak berdosa dan degil orangnya, menyebabkan Dia terpaksa memukul saya sekuatnya untuk mengembalikan saya ke jalanNya. Begitulah bukti betapa kuatnya cinta Dia kepada hambaNya.


nota hati : selamat pengantin baru Cikgu K. moga bahagia dunia akhirat. :)

14-04-12

Seperti yang saya bicara sebelum ini, masa memang dapat merubat segalanya. Ternyata, semakin hari saya semakin menerima apa yang terjadi sebagai ujian dari yang maha kuasa. Jangan risau semua, saya baik-baik sahaja sekarang. Hati saya, masih seperti biasa. Cumanya, alhamdullilah ia semakin tenang. Besarnya kuasa Tuhan, benarnya janji Dia. Mintalah apa sahaja, sesungguhnya Dia akan tunaikan.

terasa sebak bila mengingati kebesaran Tuhan. Pelbagai ujian yang diberikan Dia, tujuannya hanya untuk mengajar saya. Mengajar saya untuk mengingatiNya. Sentiasa dan jangan alpa dengan kesenangan dunia kerana semuanya dusta belaka. Terima kasih ya Allah.

Moga segala urusan dunia dipermudah selagi saya masih bernyawa. Yang penting, kuatkan hati. Tenangkan jiwa. Ya, terasa sangat tenang sekarang. Insyallah, saya sangat ok sekarang. tiada rasa yang tak sepatutnya. Tiada marah di jiwa, tiada dendam berbisa. Rasanya seperti tiada apa yang pernah berlaku, seperti saya hilang ingatan untuk semua yang terjadi sebelumnya. Pelik kan? Itulah kuasa Tuhan.

nota hati : rindu itu biasa bagi insan bernama manusia.

Friday, April 13, 2012

13-04-12

Sakit kepala yang teramat sangat sejak dari semalam berlarutan sehingga hari ini. hanya terperuk dalam rumah, tidur dan terus tidur. cuba avoid untuk mengambil ubat. teringat pesanan seorang insan tentang bahaya pengambilan ubat.

dengar motivasi dari Dr. Fadzilah Kamsah tadi mampu buat saya tersenyum. dalam menghadapi dugaan, kita mesti tenang dan jangan cepat melenting bila berdepan masalah. katanya, jangan bersedih jika gagal dalam sesuatu perkara. senyum-senyum sambil rasa memang macam terkena pada batang hidung sendiri. 


nota hati : cukuplah Dia sebaik-baik pelindung di dunia. 

Thursday, April 12, 2012

Mimpi lagi

Kata orang mimpi mainan tidur. Tapi kalau mimpi yang sama berulang kali bagaimana ya? Dari minggu lepas mengalami mimpi yang sama. Hati terasa takut, takut untuk menghadapi jika benar kata mimpi. Atau mungkin mimpi disebabkan kepala yang asyik memikirkan benda-benda sama sejak dua tiga minggu ini. Tiada jawapan, 

Bangun, ambil wuduk dan mengadap Ilahi pohon petunjuk darinya. Benar, tikar sejadah adalah tempat yang paling dekat untuk tenangkan hati. 

Bangun dari mimpi-mimpi semua, terus capai telefon. Taip beberapa sms, buat beberapa panggilan. bukan apa, kerana saya percaya kata hati saya. dari dulu, banyak bukti yang ada. kata hati tak pernah berdusta. semoga semuanya baik-baik sahaja hendaknya. 

nota hati : mohon cuti dari segalanya, sakit kepala ya amat. :(

Wednesday, April 11, 2012

Dugaan Tanda Allah Sayang

Lumrah kehidupan memang begitu. Alhamdullillah hati semakin tenang bila kita menyerah segala tugas itu kepada Sang Pencipta. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya percaya segala yang berlaku kepada kita baik ataupun buruk, ada hikmah yang tersembunyi. Saya yakin. Cukuplah saya ada Dia untuk menjadi tempat mengadu kerana Dia sentiasa ada. 

Saya ingin meneruskan hidup secara positif kerana saya percaya dan yakin gaya hidup itulah yang membolehkan saya masih berdiri sehingga ke saat ini. Kata orang tua, pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Setelah apa yang terjadi dalam tempoh beberapa tahun ini, banyak rencah kehidupan yang sempat saya pelajari, dan segalanya telah menjadikan saya semakin tabah. Kadang-kadang saya terasa takut untuk menempuh hari esok kerana tidak sanggup menempuhi dugaan demi dugaan di luar sana. Tapi kita tiada pilihan, kehidupan harus diteruskan walau sepahit manapun perjalanan. Setiap liku kehidupan seorang insan adalah berbeza mengikut apa yang mampu ditanggungnya dan apa yang terbaik untuknya. Itulah janji yang telah diberikan oleh Yang Maha Kuasa sejak terciptanya kita. 

Kita hidup sekali sahaja, jadi tidak berbaloi sekiranya kehidupan yang satu ini tidak kita hargai, tidak kita nikmati. Ya nikmati, maksud saya kehidupan yang bahagia tanpa ada rasa hasad, amarah yang entah apa-apa ataupun dendam kepada sesiapa. Semua itu adalah sifat si syaitan durjana yang ingin menyesatkan kita untuk bersama-samanya di neraka sana. Saya yakin dan percaya jika kita berfikiran secara positif insyaAlah segala sifat itu dapat kita hindari. Teruskan kehidupan seperti biasa, pasti bahagia akan menanti disana sama ada di dunia ataupun  akhirat kerana Dia telah menjanjikan syurga untuk mereka-mereka yang sabar. 

Kesimpulannya, walau apa yang terjadi, baliklah kita kepada asas Yang Maha Kuasa. InsyaAllah kehidupan kita takkan sia-sia.

nota hati : esok belum pasti bernyawa seperti hari ini. maaf andai tersalah silap sehingga mengguris rasa sesiapa sahaja.

Lara Lagi


dengar-dengar lagu. menghabiskan cuti yang ada. masih berbaki berbelas jam.

nota hati : melayang entah ke mana-mana.

Alfatihah

Belum terlambat untuk mengucapkan takziah untu keluarga allahyarham abg adi yang pergi mengadap illahi pada minggu lepas pada usia muda iaitu awal 30-an. Pada hayatnya, arwah memang seorang yang sangat baik sepanjang saya berurusan dengannya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

nota hati : memang kematian tidak mengenal usia.

Kesimpulan Sebuah Kehidupan

Hidup di pentas dunia, kata mereka macam di pentas drama. Akan tetapi bukan semua babak lakonan setiap insan diketahui orang lain. Sebahagiannya adalah rahsia kehidupan, hanya dia dan Tuhan.

Hari-hari yang pergi dengan penuh dengan tangisan dan kesedihan tidak semestinya mewarisi airmata derita dan wajah duka untuk hari-hari yang menjelma selepasnya. Tangisan dari sepasang mata mungkin terus mengalir pada hari yang berbaki, tetapi disebabkan gembira dan bahagia. Bukan lagi disebabkan sengsara.  Bahkan derita semalam, memuncakkan kenikmatan apabila kebahagiaan menjelma pada hari ini. Siapakah penentu segalanya? Allah. Allah. Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Menguasai segalanya. Maka jangan hairan wahai teman, jika anda melihat yang miskin bertukar menjadi kaya, yang sengsara bertukar bahagia. Juga jangan hairan, jika berlaku hal yang sebaliknya. 

Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, akan dibukakan baginya pelbagai keajaiban yang tidak disangka. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan detik dan waktu. Kita semua akan sampai pada saat bilangan detik yang terakhir. Di kala itu tamatlah segala drama dan babak-babaknya yang kita lalui di atas pentas dunia yang fana. Menunggu saat perhitungan Tuhan atas segala cerita yang kita lakonkan.

Tiada lagi teman, tiada lagi harta dan tiada lagi senyum tawa. Derita dan derita. Atau pun, tiada lagi derita, tiada lagi sengsara. Di kala itu kita akan hidup dalam bilangan hari yang tiada kesudahan, dan waktu yang tiada berbaki. Ya Allah! Ampunilah kami ini.

nota hati : sakit dan lenguh badan menguasai segalanya, mengalahkan hati untuk merasa duka.

Rindu

Saya rindu mereka. Saya sayang mereka. Walau saya tak pernah ucapkan kepada mereka, ikhlas saya sayang mereka semua. Walau berlain bangsa, mereka yang bergelar student saya, sumpah saya rindu! Rasanya hampir sebulan tidak ketemu mereka-mereka, tidak melihat gelagat dan kerenah mereka yang sering cuai, lupa dan sebagainya. Semua itu cukup untuk membuatkan saya rindu mereka. Walaupun mereka suka tak dengar kata, malas juga kadang-kadang tapi mereka hormat saya. Itu yang saya suka. Hanya dengar khabar berita bahawa mereka sudah bersuara, rindu akan saya. Begitu juga sebaliknya. Tunggulah sedikit masa, pasti kita berjumpa. Belajar baik-baik ya kamu semua. Cikgu doakan yang terbaik buat semua!

nota hati : ikhlaskan minda, belajar bukan sekadar mahu berjaya.

Selamat Hari Lahir Ayahanda Tercinta

11 April 2012

Semoga Allah memanjangkan umur beliau, semoga Allah memudahkan urusan beliau untuk dunia dan akhirat.
ya, pertama kali ambil telefon taip message berbunyi "adek sayang ayah sgt3".

Sumpah, ayah adalah yang ibubapa terbaik bagi saya. Semoga ayah sihat sentiasa, jangan risau akan saya.
Selamat Hari Lahir, ayah!

nota hati : doa moga ayah bahagia, saya nak jadi anak yang solehah seperti mereka!

Tuesday, April 10, 2012

Pelik

manusia mana yang baik hati berkali kali tolong isikan kredit ni?  bila sekali, terfikir mungkin ada insan yang tersilap mungkin. tapi kalau dah berkali-kali, selang dua tiga hari masuk topup. memang serius pelik.

walau sesiapa pun yang baik hati ni, terima kasih ya. :)


bila tenaga dan fikiran bersatu

Serius penat bila terpaksa mengerah tenaga dan memerah kepala untuk menentukan hala tujunya. Percaya tiada apa yang mudah di dunia, semuanya perlu usaha. Hari ni belajar teknik baru untuk lebih fokus dan berjaya. Penatnya lain macam bila melibatkan kepala. Training yang berterusan insyallah dapat menguatkan tenaga, dan meningkatkan semangat yang sedia ada. 

lenguh serta bisa semalam masih terasa, padah bila sambil lewa 'warming up'.  dah macam orang tua gayanya, sakit sana sini, lenguh merata-rata.

Hidup ibarat bola, bila dipukul tuannya ke atas ia terpaksa terima. Bila dipukul ke bawah ia terpaksa redha.

nota hati : pelan-pelan cuba terima. macam dah ok sebenarnya. chaiyok Farhana!

PAC Pegawai Antidadah S41

Google-google terjumpa blog orang yang dah pernah menghadiri PAC ni. So, ni info-info yang serba sedikit dapat membantu.

(untuk S41, pegawai penerangan. Lebih kurang sama kot dengan pegawai antidadah)
Aktiviti 1 = Membuat ringkasan artikel
Aktiviti 2.1 = Mengalih bahasa artikel BM ke BI
Aktiviti 2.2 = Mengalih bahasa artikel BI ke BM
Aktiviti 3 = Ujian Personaliti
Aktiviti 4 = Simulasi Mesyuarat
Aktiviti 5 = Pengucapan Awam
Aktiviti 6 = Group discussion
Aktiviti 7 = Public Speaking

Aktiviti 7-9 ( Pakaian sukan ), so maybe bukan public speaking lah. Mungkin apa-apa yang berkaitan dengan ujian fizikal untuk aktiviti 7-9 tu.

Basically masa PAC benda yang diuji:
Kemahiran berbahasa (English/Melayu)
kemahiran pengucapan
Kepekaan terhadap isu-isu
Kecergasan fizikal
Kerjasama berkumpulan.

#sedang cari-cari, so sapa ada maklumat lagi, jom kita kongsi.


nota untuk hati

Okay tutup kisah untuk hari ini kerana hati mulai titis-titis kembali. Sudah-sudah jangan layan, jangan ikutkan perasaan. itulah tadi gembira bukan main. selagi saya adalah saya, ia tetap sama sebenarnya.

Hati,
hati bak kaca yang rapuh. kuat lah sikit hati  pencetus masalah utama dalam diri.

ya hati. 
kalau lah boleh ganti hati dengan sesuatu yang lebih keras dan teguh pasti jalan cerita kau lain kan? 
kenapalah hati ini lembut sangat? 
kenapa? 
kenapa ia tak seteguh wanita-wanita cekal di luar sana? 
acuan hati kita sama pada asasnya,
tetapi mengapa yang punya dalam diri ini begitu lembut rasanya?

nak marah tak reti, 
nak berlawan tak berani, 
nak buat jahat tak sampai hati, 
nak berdendam jauh sekali, 
nak menangis senang ya rabbi
itu bukti kau sangat lemah kan, hati? 

tolonglah jangan lemah sangat hati.
banyak duri yang menanti, takut-takut kau jatuh lagi di kemudian hari. 
kau janji,kau takkan nangis lagi.
kau janji kau nak kuatkan diri.
kau janji, kau nak bulatkan diri.
tapi kenapa kau masih berdusta, hati?
kau masih lemah sebenarnya!

nota hati : titis-titis airmata memang peneman abadi, dari dulu lagi. tiada apa yang anehnya, saya masih saya. tiada beza walau masa berganti masa.

10-04-12

Seperti malam sebelumnya, rancang dulu semoga esok hari lebih bermakna. hari ini ternyata berjaya. buat mereka-mereka yang menerima nasib yang sama, saya faham apa yang anda rasa, empati itu mungkin lebih dekat sebenarnya. cuma, bersabarlah. itu mungkin ungkapan biasa, tetapi mendalam maknanya. Fasa pertama, ya kita akan menolak dan enggan menerima hakikat permasalahan, tetapi yakin dan percaya setiap perkara ada penghujungnya. sama seperti manusia, yang hidup bernyawa pasti ada pernghujungnya iaitu mati. indah dunia ada penghujungnya iaitu kiamat. yang abadi cuma kehidupan di sana. ingatlah wahai manusia. (pesanan buat diri sendiri juga). Begitu juga, penghujung derita adalah bahagia. lalui dengan jalan yang termampu, pasti ada penghujungnya nanti. Dugaan itu hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa, objektifnya adalah sama. untuk menguji sama ada hambanya teguh atau rapuh imannya.

buat hati, teruskan seperti biasa. Jalan ini rasanya berjaya, alhamdullilah. Repeat tiga hari kalau berjaya kesemuanya, baru dikira success berjaya.

buat kesemua mereka, terima kasih terima kasih terima kasih tak terkata.

nota hati : ubat pencetus dosa adalah doa yang meresap kedalam jiwa.

Cinta Teragung

ku percaya kata janjimu
kerana ku yakin apa digenggammu
keharuman setanggi syurga
bukan kilauan sebilah belati

tersiksa jiwa merindu
bagai terkurung dibasah tengkujuh
kewangian aroma bunga
tak mengugat keteguhan iman

cinta tak pernah tergugat dan terlebur
pada redup renung mata yang menipu
tuntas ku mendaki puncak cinta teragung

izinkan aku melafazkan kata
bicara hati yang mudah diterjemah
betapa aku kering pada teduh untuk bernaung
kerana awal itu rapuh

bahagia buat mereka yang bertemu
cinta yang teragung
yang membawa ke syurga hakiki dan abadi


nota hati : mencari cinta teragung, cinta hakiki dan abadi.

Monday, April 09, 2012

Welcome back

Welcome back, farhana! 

Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya.Cukup untuk menjanjikan yang hari ini hidup lebih bermakna. Senyum itu indah sebenarnya, mampu merawat luka hati menderita.


nota hati : macam orang gila, bagi semangat untuk diri sendiri. 

Wednesday, April 04, 2012

Kudrat Tuhan

Ya, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah sebagai pengatur urusannya. Ketika menyerah pasrah dirinya kepada Allah, insan mungkin mempunyai pelbagai bayangan bagaimana kehendak atau hajatnya akan tercapai. 

Namun kuasa, kudrat dan kehendak Allah merentasi segala bayangan dan igauan insani.

Dalam menunai hasrat seseorang insan, Allah kadang-kala takdirkan pelbagai kejadian dan episod hidup agar insan belajar, mendapat ganjaran pahala, menemui pelbagai hikmat dan menjadi hamba yang lebih bersyukur dan akur dengan keagungan-Nya. 

Cara sesuatu hasrat itu muncul dan menjelma juga, tidak semestinya sama. Pelbagai warna dan rupa. Mungkin insan ingin sesuatu, Allah gantikan yang lain yang lebih baik daripadanya.

Mungkin insan tidak tahu kejelekan di sebalik sesuatu yang indah pada matanya sehingga dia mengidamnya.

Apabila insan menyerah diri kepada Tuhan dengan jiwa yang luhur dan akur, Allah akan memberikan ganti yang lain, yang mungkin insan kurang suka, tapi itu lebih baik untuknya.

Demikian Allah menegaskan (maksudnya):"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya". (Surah al-Baqarah: 216).

Jom hayati nasyid ini :


#dengar nasyid sambil kemas-kemas agar tak lupa atau tertinggal apa-apa yang berharga. lama pergi, itu hajat hati tetapi tengok lah keadaan serta masa yang ada. dengan wang yang sedemikian rupa, jauh manalah sangat bumi yang dapat terima. 

bangunlah sendiri Farhana! 

nota hati : glukosa pemberi tenaga, terima kasih.

Tuesday, April 03, 2012

maaf dari yang berdosa

saya tahu diri banyak berdosa, banyak bersalah dengan insan-insan terpenting dalam hidup saya. andai diberi peluang, saya mahu memohon ampun. tolong jangan paksa saya buat kesekian kalinya. sumpah saya rasa nak gila! hidup begini memang tiada kesudah sampai bila-bila. ya rabbi, tunjukkanlah jalan-jalan kepada hambaMu yang lemah ini. 

mahu cari ketenangan diri, tapi saya pasti sini bukanlah tempatnya. bukan di sini, bukan di sana. paling penting, saya mahu ke suatu tempat di mana hati saya terasa tenang, hati saya terasa aman biarpun seribu duri yang cuba menusuk kedalamnya. moga diberi tempat yang selamat dan dilindungi dari segala bahaya manusia durjana. 

buat mak ayah, jangan risau. suatu hari pasti tiba untuk anak ini bersuara. ya anak yang durhaka ini, maaf sekali lagi dipinta kerana tidak mampu menjadi anak yang soleh seperti mereka-mereka diluar sana. titis-titis sambil memohon mak ayah baik-baik saja. adek sayang mak ayah sebenarnya.

buat teman-teman, maaf sebab banyak menyusahkan kalian semua. jasa kalian tak mampu saya balas melainkan memohon moga Allah membalasnya. benar, untuk mengetahui lawan dan kawan masa inilah ujiannya. 

buat abang, kakak ipar dan keluarga. tiada kata melainkan maaf dipinta,tolong jaga mak ayah sebaiknya.

nota hati : hati kecewa bagai tiada penawar di dunia.

03-04-12

Ya Allah, macam-macam yang berlaku rupanya tanpa saya ketahui. Ya mereka lakukan kerana mereka risau, mereka sayang. Terima kasih, cuma seperti yang saya sudah kata cukupla. Serius saya tak mahu berbicara lagi dengan sesiapa mengenainya. Apa pun cara serta perkara, biar saya dan Tuhan yang menyimpannya. Bagi ruang, bagi masa untuk saya pulih seperti sediakala. Jangan paksa serta desak lagi, mungkin saya akan gila jika terus diberi tekanan. Kalau sayang saya, tolong biarkan saya sendirian. Jangan lakukan apa-apa lagi kerana saya takut akibatnya. Cukuplah Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, insyallah.



nota hati : maaf saya bukan sempurna

02-04-12

Kalau lah segala gundah, resah gelisah, rindu, sayang ini dapat dihembus pergi. Usaha, usaha, usaha dengan doa. maaf. memang banyak yang terluka dengan keadaan begini. jangan dilayan saya jika saya sedang begini, takut-takut saya menyinggung perasaan kalian walaupun saya tidak sengaja. masa yakni mampu merawat segalanya, berilah saya sedikit lagi masa. masa saya untuk bersendirian, makan minum saya biar saya yang derita. usah ditanggung atau dirisau sedemikian rupa kerana tiada apa dapat memujuk saya kecuali masa. Insyaallah kalau saya tiada, saya bukan ke mana-mana. hanya pergi menenangkan jiwa. saya tidak tahu apa yang bakal saya tempuhi pada esok hari. cumanya jangan desak saya, jangan desak saya sedemikian rupa. saya tekanan lagi sebenarnya!

saya tengah cuba, walaupun nampak saya tidak bermaya hanya Tuhan yang tahu betapa saya cuba untuk bangun semula. Cumanya, kali ini berbeza. Saya tidak tahu mengapa, saya jatuh tersungkur sebenarnya.

nota hati : doa moga dia bahagia hendaknya.

Sunday, April 01, 2012

01-04-12

 owh ya, harini dapat satu surat. insyaallah kalau ada rezeki, segalanya dipermudahkan. aneh sekali, kerana perasaan itu telah lama tidak saya rasai. terpesong jauh agaknya. suatu ketika dahulu, memang terasa dekat. semakin kesenangan yang dilimpahi, semakin rasa menjauhi. itulah kejahilan diri. hati hiba bila mengenangkan. mengenangkan dosa-dosa yang di lakukan.

moga terus tabah.
titis-titis kesedihan.

#mahu siap-siap. hidup perlu diteruskan untuk insan-insan yang masih memerlukan diri ini. moga semuanya dirahmati, maaf dipinta andai Allah lebih mengasihi.

nota hati : yakinkan diri sendiri, berjuang sejiwa murni

Hati Hiba

Cukup, genap seminggu tanpa sebarang bicara sudah cukup untuk bangun semula. Memang, selama ni hati tak tenang hati tak tenteram bila pertanyaan bersarang di kepala. Tiada guna mencari jawapan yang tiada keuntungannya. setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, cuma Dia mohon kita sabar untuk tempuhi. Memang sekarang terasa lemah, hampir seminggu tanpa makanan pemberi tenaga. Dalam diri, seringkali terdetik "farhana kuat, farhana kuat, farhana kuat." Kenyataan yang pasti, kerana itu saya masih di sini. Bertahan lah Farhana, derita dunia yang sementara. Ibarat alami masalah jiwa yang kronik, Perasaan bercampur baur. Marah, sedih, putus asa, kecewa dan sebagainya. hati tak teguh sebenarnya. mencari-cari punca ujian bertimpa-timpa. "aku jahat? apa aku dah buat? kenapa setiap kali hanya aku yang terima?". Perlahan-lahan kesat titis airmata, sambil percaya semua ada hikmahnya. Ya memang tiada sesiapa yang dapat membantu melainkan diri sendiri. Tekanan demi tekanan dewasa ini cukup untuk membuatkan hati tidak mahu meneruskannya lagi. Takut untuk meneruskan liku ini lagi.

Ya Rabbi, beratnya dugaan-dugaanMu ini.
*kesat airmata

nota hati : tiada kata untuk memujuk hati, hanya mohon petunjuk Illahi.

Taubat Seorang Hamba

Selamat Hari Lahir

1 April 2012.

 Selamat Hari Lahir buat insan yang pernah menakluki hati. tak banyak yang ingin diperkata melainkan mendoa agar beliau bahagia di sana. Tak perlu hadiah pelbagai rupa, cukup sedekahkan alfatihah dari dunia yang fana. Perginya beliau dengan tiba-tiba, memang memeranjat kami semua. Tak dapat bayangkan saat itu, saat itu dan saat itu. beliau buat saya percaya yang saya kuat, saya tabah.

"Ya Allah, Engkau tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kau terangilah kuburnya, Engkau lindungilah beliau dari segala azab siksa. Sesungguhnya kepadamu aku meminta"


nota hati : dariNya kami datang dan kepadaNya kami kembali. Innalilah.

Lukisan

Nak jadi rumput yang lemah lembut, tak terusik walau dilanda ribut. Tetap dengan fungsinya, memberi oksigen untuk segenap manusia. Menghiasi taman tanpa mengharapkan pujian, tak rebah walau dilanda badai. Kata mereka, pupuklah sifat sabar di dalam jiwa. Aturan Tuhan, jangan dipersenda. harus percaya hakikat takdir. Dalam sukar, hitunglah kesyukuran. Sesungguhnya setitis derita yang melanda, segunung kurniaanNya akan tiba.



nota hati : akibat terlalu percaya duniawi, sekali lagi kau jatuh.