My Dream

My Dream

Thursday, March 14, 2013

Hijrah

Kadang-kadang terasa juga ingin memulakannya sekali lagi. Memulakan kehidupan sekali lagi dengan harapan semua yang akan berlaku berbeza berbanding sebelumnya. Berbaki hanya beberapa bulan untuk menamatkan pengajian, hati semakin bulat mengatakan saya wajar berhijrah. Kehidupan saya bukan di sini walaupun saya gembira di sini. Masih ada sebab yang kukuh untuk saya berhijrah. Sesuatu yang saya cari, mungkin tiada di sini. Entah, saya keliru. Moga Allah membuka pintu hati saya serta memberikan saya perjalanan hidup yang terbaik dari sisiNya. Sesungguhnya saya lemah untuk melihat apa yang terbaik dalam meniti perjalanan hidup.

Ya. Tak sabar rasanya untuk menamatkan pengajian. Saya tahu, hanya sedikit sahaja lagi. Ketekunan serta kesabaran yang tinggi diperlukan untuk memastikan semua nya seimbang. Pelajaran juga pengajaran. Pendidikan mereka, tanggungjawab saya. Pelajaran saya, harapan ibu bapa saya. Keduanya sama penting. Mohon, saya di berikan sedikit kesabaran untuk melalui semua ini. Amin.

Nota hati: benar, duit bukan segalanya. Duit tak dapat membeli hati manusia yang ikhlas. Duit tak dapat membeli kawan yang setia, duit tak dapat membeli kebahagiaan.