My Dream

My Dream

Wednesday, May 30, 2012

memori lama

semua biasa biasa sahaja sehingga tiba-tiba saya sedar yang saya masih lagi sangat sedih kerana kehilangan dia. saya masih lagi belum dapat melupakan semua kenangan bersama dia. dia masih lagi berada dalam hati saya. dia masih lagi menjadi insan yang saya cintai. saya tak pasti jika mungkin persekitaran yang membuatkan saya berperasaan demikian. apa yang pasti, hari ini saya tahu saya sedih. saya tahu hati saya sangat mudah terusik, saya tahu titis titis air dah banyak bertakung dalam kelopak. menunggu masa yang sesuai untuk mengalir. Allah tahu segalanya, saya hanya insan kerdil yang hanya mampu merancang. 

ya allah, kuatkan hatiku. tanamkan sifat sabar dalam diriku dan tabahkan diriku ya allah.

nota hati : moga majlis esok semuanya lancar. amin

Sunday, May 27, 2012

IKEA

hari minggu ni memang best bila bangun pagi tak pagi sangat dan tiada komitmen kerja. budak-budak dah habis exam, progress master minggu depan sambung fikir. hehe. memang kosong, santai-santai. dah lama tak rasa santai di rumah, tengok tv sambil makan keropok. bila petang, ada pulak cadangan ke ikea, so apa lagi proceed sajo. jalan ldp mostly jem sebab banyak kereta dan kemalangan, tapi tu perkara biasa lah kan. so aktiviti weekend ni, habiskan duit sambil jalan-jalan cari makan di ikea. haha




hasil tangkapan di ikea. semua merah, kebetulan. hari ini, tema merah barangkali. best jalan-jalan. lapang ja rasa. tiada masalah perlu difikirkan.

nota hati : nikmati hidup selagi mampu. =)

Saturday, May 26, 2012

#2 kata semangat

berpegang pada " tiada apa yang mudah di dunia ini, kehidupan masih perlu diteruskan macam biasa"

moga diberikan kekuatan serta kesabaran atas segala liku yang sudah sedia tercipta.

tingkatkan semangat di dada, cekalkan diri untuk tempuh semua halangan yang ada.

yakin boleh farhana, baru hidup kau ceria.

nota hati : melangkah tanpa sesuatu yang pernah ada memang suatu yang luar biasa.


Thursday, May 24, 2012

Broga Hill

B R O G A     H I L L   : )


pertama kali sampai ke bukit broga. memang best. broga hill just 1.4km tetapi track dia memang 90% mendaki. saya bersama housemate ke sana jam 7.30 pagi lebih kurang. setibanya di kaki bukit broga, memang rasa excited nak mendaki. disebabkan kitorang pergi time weekdays so lalulintas untuk naik broga memang lengang. lancar sahaja. memang laju naik, nonstop asyik mendaki. sumpah penat, tercungap-cungap rasa. track dia pulak mostly suma mendaki memang takdak yang mendatar. so bayangkan lah. dengan excited mendaki tanpa henti lagi, serius rasa penat. lebih kurang 15 minit, kami sampai ke stage 2 bukit broga. rehat sekejap sambil menghidup udara yang segar kami terus mendaki ke stage 3. sampai di stage 3, kami pun berhenti, bukan apa risau pulak sebab memang tiada orang. lengang sangat. so rehat, baring baring kat batu atas bukit tu sambil tenangkan ffikiran. memang nyaman dan tenang rasa. tempat tinggi memang akan menggembirakan kita. kalau tak percaya, cubalah. :)

lama jugak berehat kat atas, cuaca pulak mendung. memang sejuk ja rasa. mungkin sebab tiada orang, so rasa tenang sikit. dengar kata, kalau weekend memang ramai so agak serabut la kot. agak dalam 45 minit menikmati udara segar, kami pun bergerak turun. semasa nak turun tu, terserempak pulak dengan orang yang dikenali. memang kecik laa dunia kan. 

perjalanan turun bukit hanya mengambil masa lebih kurang  lima minit sahaja kerana kami berlari. memang rasa bergegar satu badan bila berlari sambil turun bukit. buku lali terasa sakit sedikit, semangat sangat. haha. alhamdullilah akhirnya sampai ke kaki bukit dengan selamat tanpa sebarang perkara yang tak diingini.

nota hati. sihat sangat rasa. sumpah gembira. terima kasih ya allah.

Wednesday, May 23, 2012

#1 kata semangat

hayati lagu ini sebentar.


serius, kalau betul menghayati rasa pilu mampu singgah di hati. sedih itu salah satu pancaindera yang Dia kurniakan. jadi biasalah jika kadangkala perasaan itu singgah. lumrah buat seorang insan bergelar manusia. sebagai insan, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. apabila kebaikan dibalas dengan keburukan. apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki. namun percaya, Allah itu ada untuk mengadilinya suatu hari nanti. sabar dan positif adalah kunci untuk meneruskan liku hidup yang kian mencabar. chaiyok farhana!

nota hati : ramai sangat nak kawin sebenarnya cuti sekolah ni. tahniah kalian-kalian yang sangat beruntung kerana segalanya lancar sahaja.

Tuesday, May 22, 2012

22052012

ya kehidupan sebenarnya banyak mengajar kita. saban hari, tanpa kita sedari dugaan demi dugaan yang direncanakan untuk kita sebenarnya telah menguatkan kita serta mengajar kita mengenal apa itu erti kehidupan yang sebenar. realiti kehidupan sebenar dengan apa yang kita jangkakan adalah sesuatu yang amat berbeza sama sekali. kata orang, mereka yang lebih tua banyak makan garam. as time going on, baru kita sedar apakah maksud sebenarnya ungkapan tersebut.

setelah segala yang berlaku dalam hidup saya, saya sedar hidup ini memang tak semudah yang disangkakan. untuk meneruskan liku-liku pada masa hadapan, saya perlu lebih kuat. Dia Maha kuasa, Dia memperkasakan diri saya dengan memberi pelbagai dugaan dan cubaan. Redha dengan ketentuan Dia Yang Maha Mengetahui, hidup masih perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan. jangan terlalu lemah sehingga terpedaya dengan hasutan syaitan durjana. 

alhamdullilah untuk kesekian kalinya. alhamdullilah atas nikmat kurniaan yang telah Dia hadiahkan.

nota hati : saya rindu dia. saya rindu dia. doa moga dia baik sahaja di sana.

Wednesday, May 16, 2012

TAK SUKA!

Lumrah manusia kalau tak suka, seribu alasan akan diberikan. seribu dalih akan difikirkan. ya, saya manusia jadi saya juga tak terkecuali. sumpah benda yang saya tak suka, memang sukar untuk saya lakukan. kerja? masuk lab untuk buat kerja adalah salah satu daripadanya. nak belajar teori, nak guna kepala kenapa tindak balas tersebut terjadi, memang saya tiada masalah. tetapi untuk melaksanakan labwork memang tak suka. tak suka, tak minat! streessssnya rasa bila banyak keja labwork yang kena buat, labwork yang dr halim bagi untuk analisis sampel baja syarikat mana entahnya. keja mudah, tapi leceh sangat. memang kena mengadap dengan solution2 ni, mengadap bikar, mengadap volumetric flask, buat beribu kali dilution, dan sebagainya lah! memang stress gila rasa. ya la, takkan nak bercakap dengan bikar pulak kan. ish!. 

due date minggu ni, kalau tak siap memang tak tahu nak jawab apa dengan dr halim. so minggu ni ada lagi dua hari. dalam masa dua hari mesti siap jugak analisis baja ni. syarikat tu kata nak urgent! ahhhhh! pegi la suruh chemist syarikat sendiri buat. adoi tak paham kenapa la perlu baja ni dihantar ke fakulti sains?

calm down, relaks farhana! dengan bebel kat sini kerja tak siap jugak kan. tak siap! ok sambung buat.

nota hati : nak menjerit rasa hati, stress yaaaa amat!


Tuesday, May 15, 2012

weekend

weekend, lepas extra class jalan-jalan lepas tension. :)


nota hati : penat sangat rasa.

Sunday, May 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Kartini

Selamat Pengantin Baru Tini.

(12.5.12 : Majlis Perkahwinan Tini)

alhamdullilah, adik bongsu beliau telah selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan pada 12.5.12. saya pasti jika arwah masih ada beliau adalah manusia yang paling gembira hari ini. jika dahulu, beliau sering risau perihal adiknya yang bongsu ini tapi kini adiknya telah bergelar seorang isteri. banyak perubahan yang berlaku sejak beliau pergi selamanya. 

majlis berlangsung dengan sempurna. cuma saya yang terlewat sampai kerana banyak hal yang perlu diuruskan. setibanya di sana, rupanya masih ramai yang kenal dan ingat akan saya. ramai yang tegur dan bertanya khabar tentang saya. saya baik-baik sahaja. ada seorang makcik bertanya samaada saya dah ada pengganti atau belum setelah arwah meninggal. saya hanya mampu tersenyum. senyum ikhlas kerana tiada kata yang terlintas. tepat jam 1 petang lebih kurang ketibaan pengantin. perasaan gembira tadi secara tiba-tiba telah bertukar. entah kenapa pertanyaan makcik tadi terngiang-ngiang di kepala dan mengingatkan saya kepada arwah. teringat detik dahulu ketika adiknya yang kedua berkahwin beliau lah yang bertukus lumus melayan tetamu, menjadi tuan rumah. tetapi kini, segalanya telah berubah. tiada lagi kelibat beliau. tiada lagi seorang abang yang begitu penyayang. tiada lagi seorang anak yang taat kepada ibunya, tiada lagi seorang insan yang sentiasa meluang masa mendengar keluh kesah saya. titis titis air memenuhi ruang kelopak mata saya tika mereka semua bergembira menyambut ketibaan pasangan raja sehari. saya cuba mengawal segalanya supaya saya tampak biasa-biasa sahaja.

(Gambar kenangan beliau ketika majlis perkahwinan adik beliau yang kedua, haizam.)
(November, 2010)

setelah menjamu selera, saya kembali seperti biasa. cuma perasaan letih memang tak dapat dibendung. kepala masih memikirkan banyak perkara berkaitan kerja dan tanggungjawab. setelah petang, saya dengan berat hati meminta untuk mengundur diri kerana saya mempunyai kelas tambahan. kalau ikutkan hati, memang nak bermalam di sana tapi komitmen kerja membatasi segalanya. sebelum pulang, saya sempat menziarahi pusara beliau. entah bagaimana beliau di sana, saya doakan semuanya baik sahaja untuk beliau di sana. semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. sesungguhnya dariNya kita datang, dan kepada Dia jualah kita kembali.

nota hati : beliau adalah salah satu yang terindah pernah saya ada. terima kasih ya Allah.

Saturday, May 12, 2012

11-05-12

penatnya rasa. memang full day hari ni bekerja. berjmpa mereka-mereka yang berbeza. pada sebelah pagi sesi dimulakan dengan berjumpa ustaz. agak lama juga sesi kaunseling beliau. terima kasih ustaz, beliau memesan supaya saya menjaga diri baik-baik. benar, Allah sangat sayangkan saya. begitu banyak cara yang Dia berikan untuk tujuan mengajar saya. pesannya lagi, "balik ni awak terus buat sujud syukur, sebab Dia menyelamatkan awak". Alhamdullilah atas segalanya, insyallah ustaz saya akan cuba ikut pesanan ustaz.

tengahari saya cuba untuk meluangkan masa bersama family, kerana bagi saya family adalah yang utama. tanpa mereka saya tiada dsini. walaupun saya sibuk, saya cuba untuk meluangkan masa. kepala memang banyak yang difikirkan. antaranya tugasan yang dr halim tinggalkan. agak serabut sebenarnya kerana saya tak familiar dengan analysis sample baja. dalam masa yang sama, bayangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan memenuhi ruang legar kepala. esoknya pula saya perlu ke Pahang. keadaan ini memaksa saya untuk mengambil kafeine walaupun kesihatan kepala tidak mengizinkan. dalam minggu ini sahaja dah dua kali terlanggar tembok dan tadi terlanggar tiang. memang nasiblah si kereta.

pengajaran hari ini bermula dengan class transit fizik. pujukan mereka telah berjaya membuatkan saya akur untuk mengadakan kelas pada keesokkan malam. sepatutnya saya di pahang, jadi esok terpaksa lah pulang awal. memang itu kelemahan saya, sukar mengatakan tidak kepada mereka yang meminta. tak sampai hati, kesian, semua lah. pandai pulak mereka mencari kelemahan saya. saya, memang dalam mood bercerita jadi tak ada masalah sangat untuk mengajar. terasa enjoy gila. bila dah masuk jam yang kelima dan keenam bercakap, memang susah nak berhenti bercakap. excited terlebih si cikgu ni nak fahamkan anak murid. cikgu sayang kamu semua, cikgu nak kamu berjaya sebab tu cikgu gigih bercakap, membebel dan menconteng muka-muka kamu. haha

nota hati : esok pagi pagi, terus gerak ke pahang. semoga perjalanan selamat segalanya.

Thursday, May 10, 2012

jawatan kosong

Minggu ni seperti dijangka, sangat sangat la sibuk. bertambah satu kerja yang tiada dalam list bila Dr Halim memberi tugasan yang perlu disiapkan dalam masa seminggu. Mana dengan start minggu ni jugak lah budak-budak start mid term exam. Weekend ni perlu ke Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan, weekend ni jugak wajib buat extra class fizik untuk budak-budak form 4 yang exam fiziknya isnin ni. memang, rasa nak bahagi badan untuk selesaikan semua tugasan. biasa lah kalau sibuk sangat ni macam-macam benda yang terlupa dan jadual kadang-kadang terclash sana sini. maaf ya, saya tak sengaja.

so dengan itu timbullah angan-angan mat jenin ni :

terasa nak hired seorang pembantu. kalau lah kan. kalau lah ada seorang pembantu yang boleh tolong lipatkan baju, basuhkan baju, isikan angin kereta, hantar kereta ke car wash, jadi driver tolong bawak ke sana ke sini alangkah bertambah bahagia hidup ini. haha. lepas tu, ada pembantu yang tolong arrange kan jadual untuk lab work, deal untuk booking slot sample, slot utk squash dan gym, tolong mark kertas exam budak-budak, tolong fotostatkan nota-nota, tolong kemas bilik dan suma lah. wahhhh, bila nak dapat pembantu angan-angan ni taktau laa. hahahhaha. semakin hari macam semakin diperlukan pembantu yang mempunyai ciri-ciri berikut, baik hati, sedia tolong tanpa mengira masa, rajin, mesra dan peramah, penyabar, berpengetahuan luas mengenai masalah kereta dan berpewatakan menarik. hahahahhaahaha

ok stop imagination farhana! kah kah kah.

nota hati : calon yang sesuai dan memenuhi syarat akan dipertimbangkan untuk mengisi jawatan kosong tersebut. haha. selamat malam semua. =)


Tuesday, May 08, 2012

Cuti dua hari

Dua hari tak pergi lab. Sakit kepala kembali menyerang. Tak pasti apa puncanya. Banyak yang tertangguh di lab. Moga esok semua kembali normal. banyak due date yang perlu dikejar.

minggu ni pulak budak-budak start mid term exam. so terpaksa berkorban untuk membahagi masa kepada mereka. cikgu doakan semua dapat menjawab dengan cemerlang ya.

lain-lain perkara, checking.. semua on track, senyum-senyum seperti biasa. nikmati hidup kurniaan illahi dengan bahagia. :)

nota hati : hey, im already 24 la. jangan nak lupa. haha

Monday, May 07, 2012

Ahli baru :)



ahli baru, S100. hehe. rasanya dalam seminggu dua ni ja dok pulun gigih sayang dengan s100. tunggu lagi sebulan memang dah tak tahu laa nasib s100. haha

apa-apa pun, memang syok dengan s100. walaupun tak sehebat dslr, tapi tetap puas hati.

ding dong, 1st week of may dah sampai penghujung. cepatnya masa berlalu! alhamdullilah, syukur. syukur dengan kurniaan nikmat dari Ilahi. moga-moga ia berterusan tumbuh bahagia

nota hati : esok bermula, berbaki 21 hari lagi. disiplin!

Sunday, May 06, 2012

S100

Dah beli. senyum lagi. bertambah lagi satu barang kesukaan. barang kesayangan. moga dia sedia berkhidmat dengan baik untuk tuan barunya. :)

gayanya tak ambil tau langsung pasal dunia photography, memang kesian la nasib salesman tadi. macam-macam soalan bodoh terpaksa dia jawab. sorry encik, saya memang blur-blur sikit. penat bercerita, last-last tak pedulikan function atau kelebihan yang satu lagi. cinta pandang pertama memang tak dapat dikalahkan. kalau dah suka, cakap lah panjang berjela mana pun saya tetap pilih yang itu. itu lah itu, farhana. 

yang simple-simple, yang tak complicated, itu ciri yang saya suka. yang relax-relax sahaja rupanya. tak perlu bergaya sangat kerana saya tak sepadan dengannya. janji boleh buat saya gembira, dan menyenangkan hidup saya. itu sudah memadai sebenarnya. 

nota hati : cas kembali tenaga. cas kembali rasa. selamat malam semua. =)


Saturday, May 05, 2012

Alkisah seorang cikgu

cikgu nampak gembira sangat. cikgu mengingatkan saya masa saya di tadika. cikgu ajar kitorang macam cikgu tadika saya. demi cikgu, saya sanggup buat. cikgu ni macam ustazah. cikgu baik sangat. cikgu best laa. saya suka perempuan macam cikgu. cikgu reti marah ke? cikgu lawa. sayang cikgu. rindu cikgu. cikgu ni lawak laa. cikgu ni bla bla bla.

seronok kan bila dapat peluang dengar ayat-ayat ni? haha. alhamdullilah, sangat gembira rasa hati sekarang. terkadang tetap risau dengan kesenangan yang diberi, risau takut-takut suatu hari terjatuh kembali. moga diri tidak alpa akan kesenangan ini.

nota hati : biar rasa itu tumbuh demi untuk memadam rasa yang lalu.

Wednesday, May 02, 2012

senyum-senyum

hari ni sehari suntuk bekerja. penat, sampai rasa tak selera nak makan. selesai semua, memang masa untuk merehat minda. ikhlas memberi senyuman, bergelak ketawa, memang itulah rasa bahagia.terima kasih kerana segalanya. 

sebenarnya, bila Allah itu memberi kesusahan, ia sebenarnya seiring dengan pertolongan. Cumanya kita manusia, tahu ataupun tidak untuk merasainya. alhamdullilah, segalanya dipermudahkan buat saya.

ya, saya neutral sahaja. maaf jika saya terlalu neutral. buat kali kedua, antara kita tiada apa perlu dikata, cumanya saya sudah tidak kenal kalian berdua. tiada langsung sisa dalam sejarah hidup saya. sekian.

nota hati : penat gelak-gelak ketawa, jom tido. esok menanti untuk hari baru yang seterusnya. =)