My Dream

My Dream

Thursday, December 22, 2011

kasih seorang ayah

kadang kala ketika kita terlalu sibuk dalam melakukan sesuatu pekerjaan mungkin kita sering kali alpa kepada mereka-mereka yang penting dalam hidup kita. sebagai contoh ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. kita juga mungkin sering kali alpa dan tidak menyedari yang usia mereka semakin meningkat hari demi hari dan untuk suatu ketika nanti mereka akan pergi meninggalkan kita menyahut seruaan Illahi. Suatu ketika nanti itu mungkin 10 tahun lagi, mungkin setahun lagi atau mungkin jua esok hari. Segalanya mungkin.
Ironinya begini.
Seorang ayah yang setiap hari dan setiap masa merisaukan keselamatan serta kesihatan anaknya selalu bertanya khabar anaknya. Mungkin di saat kesibukan melanda, anak itu merasakan bahawa dia sudah dewasa dan mungkin tidak perlu dilayan seperti usianya ketika kecil dahulu. saban hari berlalu, si ayah masih dengan sikap gigihnya mengambil berat akan si anak. Suatu  hari, si ayah ditimpa serangan jantung menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital. walaupun begitu, beliau masih memikirkan perihal anaknya dan bimbang jika si anak akan risau akan kesihatannya jika si anak mendapat tahu akan keadaannya. jadi, beliau merahsiakan keadaan kesihatan dirinya semata-mata tidak mahu anak kesayangannya itu risau. Segala proses ketika di hospital diuruskan oleh rakan baiknya memandangkan isterinya tidak tahu memandu. Selama dua hari si ayah berada di hospital dan ketika itu beliau tidak dapat 'call' anaknya disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selepas dua hari, beliau dibenarkan keluar dari wad dan beliau meneruskan rutin hariannya iaitu call anaknya. 

Persoalan di sini, tahukah si anak bahawa di sebalik kesibukan kerjanya ada seoarng insan yang terlalu penting dalam hidupnya sedang berjuang untuk meneruskan sisa-sisa beliau? Insan itu adalah yang acap kali bertanya, sihat ke? Dah makan belum? cukup duit tak? 

Di sini, saya sedar dan terfikir bahawa besarnya pengorbanan seorang ayah. dan tanpa saya sedari sebenarnya setiap panggilan telefon saya datangnya dari seorang ayah dan ibu. tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada mereka. Jarang sekali saya call mereka. Kalaulah si anak tadi seringkali call si ayah, di situ mungkin dia akan mendapat tahu tentang keadaan ayahnya. Apa yang saya lihat berdasarkan apa yang dilalui oleh insan yang bergelar bapa baru-baru ini.  Lantas, saya teringatkan ayah saya yang sama sikapnya seperti si ayah tadi. Sebak rasa hati apabila terfikir pengorbanan serta hebatnya beliau bergelar seorang ayah kepada saya. 

Mungkin disini, kita perlu belajar untuk menghargai insan-insan disekeliling kita. Setiap perbuatan, setiap kata-kata harus dijaga agar mereka tidak terguris. kerana sekali mereka pergi, mereka tidak akan kembali lagi. 

nota hati : jangan cari kesempurnaan tetapi belajarlah menghargai.

Friday, December 16, 2011

Lumrah Kehidupan

Kehidupan yang indah dengan kebahagiaan dirasai dan segalanya indah belaka hanyalah wujud di dalam igauan mimpi yang palsu. Hakikat sebenar segalanya adalah sebaliknya. Mahu ataupun tak, kehidupan masih perlu diteruskan walaupun seringkali terasa give up untuk melalui liku-liku serta selekoh yang sukar. Saat ketika saya terasa benar kehidupan ini perlu ditempuhi berseorangan kembali dirasai. Pengharapan mungkin akan hanya melukakan dan menyakitkan. 

nota hati : terima kasih untuk semua yang mencipta kesedihan ini. 

Wednesday, December 14, 2011

Patah Seribu by Shila Hamzah

walau kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu,
ku hidup seolah olah kau masih ada 
bisikan kata kepadaku,
bilakah kau akan utuskan surat buatku
aku terus menunggu tibanya kata cintamu
patah seribu hatiku 
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama 
haruskah aku lupa kerna engkau telah pergi..
biar pergimu tanpa relamu
namun hatiku tetap berasa kejamnya 
kau meninggalkanku dengan nota-nota cinta kita buat berdua
bilakah ku bisa menerima ketiadaan mu
kan ku bakar semua, hapuskan semua kenangan
patah seribu hatiku 
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
haruskah aku lupa kerna engkau telah pergi..
telah pergi..patah seribu hatiku bila mengenangkan..
Pasti ada hikmah buatmu, buat diriku. 



Monday, December 12, 2011

people, please be matured!

ya setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan demi kesilapan. mungkin ada kekhilafan di mana-mana tanpa disedari sehingga mengguris rasa mereka-mereka yang bergelar insan. maaf di pinta dari hujung kepala hingga ke hujung rambut ikhlas daripada saya. tiada guna ego di dada, tiada untungnya jika masih berkeras hati. yup, tepat. namun, maaf saya tidak bisa untuk menjadi sesempurna itu dengan melupakan segalanya dan mungkin ini kelemahan saya. 

nota hati : setiap permulaan ada pengakhiran, setiap kesabaran ada peng'limit'an. 

Wednesday, December 07, 2011

Tetap itu Pasti

apa maksud tetap? ada Qada dan Qadar Allah lebih luas maknanya. manusia mesti mati, itu adalah undang-undang yang telah ditetapkan. macam mana buat pun, kematian itu pasti, perkara yang manusia harus tempuh. Di Britain contohnya ada pasir yang dipercayai dapat memanjangkan umur hingga ke 100 tahun. Nonsense!Perkara yang tetap ini tak duduk mutlak di tangan kita. kadang-kadang kita relax dalam rumah kita dan tiba-tiba datang ribut taufan jatuh atas kita, kita mati. Demikian jua macam jodoh. Jodoh berada di sistem alam yang Allah tentukan.Ini adalah perkara yang manusia terikat. Sebagai contoh, kita sentiasa berdoa agar dapat menikahi seseorang tersebut tetapi mengapa doa itu tidak di makbulkan? sebenarnya tanpa kita ketahui mungkin ada lagi tujuh orang lain yang berdoa meminta yang sama.Selain itu, insan tersebut juga mempunyai hak untuk memilih jodohnya sendiri. Dan Allah lah yang mengatur doa-doa hambaNya itu. Setiap apa yang kita minta, kehendak kita, Allah membiarkan percaturan alam berlaku dengan disiplin alam. Mungkin Allah tak bagi apa yang kita minta oleh sebab yang tertentu tetapi disebabkan kita doa kat Dia sebenarnya Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik di tempat yang lain. Semua rezeki ada di tangan Dia. Sesiapa yang minta, Dia akan bagi dan sesiapa yang istifar Dia akan ampun.Insyaallah.

nota hati : alfatihah untuk arwah, moga beliau tenang di sana. 

Friday, November 25, 2011

School Holiday

Yeay cuti sekolah muncul lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya cuti sekolah ni selalu sibuk sket memandangkan banyak intensif class yang dibuka untuk  mengisi masa luang budak-budak. Jadi sebagai cikgu part time ni pun turut laaa sibuk jugak. Mana dengan kerja-kerja lab lagi, progress meeting yang tiba-tiba ada lagi, weeding kawan-kawan lagi. Aduhai rasa masa pulak tak cukup untuk buat semua benda. Huhu. So rasanya sekarang time management tu tersangat laaa penting. Kelam kabut rasa bila time management itu mencapai kegagalan!

Okeh, xpa. Rasanya school holiday ni ja sibuk sket. Sat saja kan. Relaksssss Farhana! :)

nota hati : seriously need kafeine!

Sunday, November 13, 2011

Sejarah

mungkin sejarah serta pengalaman lalu sedikit sebanyak mempengaruhi minda masa kini ianya hanya kerana trauma dan takut untuk menempuhi sekali lagi kehilangan lalu. hanya yang pernah melalui selekoh yang sama dapat memahami kesusahan ketika itu. apabila betul-betul jatuh dan usaha cuba untuk bangun dan melangkah ke hadapan gagal, tika itu kau datang menghulurkan bantuan. segala pesanan misteri yang telah ditinggalkan secara tiba-tiba yang menjadi punca kejatuhan satu per satu bermain di minda. di sebalik itu ada nasihat serta pengajaran yang berguna sebenarnya.  kekhilafan yang tak disengaja adalah biasa jika ia bernama manusia. namun hati cuba untuk menerima segala ketentuan dan belajar untuk menempuhi kehidupan yang kian sukar. terasa terlalu sukar. semuanya serba tak kena. perlu menerima hakikat kehidupan yang tak semuanya seperti apa yang kita sangkaan.


Nota hati : sekali lagi.

Saturday, November 12, 2011

=(

If i had to live my life without you near me
The days would all be empty, the night would seem so long
With you, i see forever so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now touch me now
I dont want to live without you

Nothing gonna change my love to you
You ought to know by now
How much i love you
The world may change my life through
but nothing gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy
Our love will lead the love for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me

You dont have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too


deep in my heart : you're so meant to me. that's the reason why i'm so sensitive with you. sorry!

Friday, November 11, 2011

Seroja


Terpancar sudah cahaya dikelopaknya seroja 
bak kemilau samarenda memukau mata
hati ini seketika
lamunanku tersentak, lalu ku mendongak
gemuruh rasa,terpaku sukma
terkena lontaran senyuman misteri




p/s : ok. nevermind!

Thursday, November 03, 2011

pH meter!

pH meter
loading
done
pH : 6.0
WEAK ACID

sangat memerlukan alkali yang sesuai untuk menjadi kembali normal. cumanya sekarang masih belum menemui alkali yang sesuai untuk meneutralkan keadaan yang agak berasid. seperti semua sedia maklum, ya asid itu pedih bukan. hanya yang merasa sahaja yang mengetahui dan dapat memahami dengan baik. secara saintifiknya asid itu pedih sesuai dengan sifatnya yang menghakis manakala alkali itu pahit. makanya untuk mencapai pH yang neutral asid yang pedih ini perlulah diubati dengan alkali yang pahit. akan tetapi bukan semua alkali sesuai untuk dijadikan ubat untuk merawat asid. kena pilih jugak. risau keadaan asid lemah ketika ini akan bertukar dengan perlahan-lahan menjadi asid kuat seterusnya semakin sukar untuk mencari alkalinya!


nota hati : asidosis.

Saturday, October 29, 2011

Realiti Hidup

Okay entry kali ini saya ingin berbicara sedikit berkenaan realiti hidup. Bukan apa, sejak dua menjak ni otak sering terfikir mengenai kehidupan. Diri seolah-olah kian sedar bahawa sebenarnya benar kita sentiasa diuji. Setiap insan yang bergelar manusia ada dugaan serta liku-liku hidup yang telah ditempuhinya. Cuma kadang-kadang bila kita menerima dugaan itu, kita sentiasa merasakan untungnya berada pada tempat orang yang sedang gembira itu, dan malangnya diri kita yang sedang berdepan dengan musibah ini. Untuk semua sahabat yang saya sayangi, saat kalian berdepan dengan dugaan dan ujian dari yang Maha Esa ingatlah sebenarnya diri kalian sangat bertuah kerana Allah sentiasa mengingati kalian. Apabila bercakap dari hati ke hati dengan kalian sebenarnya saya kagum kerana berdirinya wanita di hadapan saya adalah wanita yang sangat tabah dan cekal hatinya. Saya tidak pasti jikalau saya mampu menghadapinya jikalau saya berada di tempat kalian. Jadi apa yang dapat saya bantu pada ketika ini adalah memberi dorongan serta semangat buat kalian bahawa hidup ini sebenarnya tidak seperti yang kita sangkaan. Ya mungkin benar, kita sangkakan hujan hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Terlalu banyak perkara yang terjadi membuatkan saya sedar dunia ini tak seindah serta tak semudah yang disangkakan. Mungkin dahulu saya sangat naif dengan menyangkaan hidup ini sangat mudah perjalanannya. Kini semuanya terjadi dan saya akur dengan ketentuan yang Maha Mengetahui. Buat teman, mungkin kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan mungkin kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu. Allah lebih mengatahui segalanya. Serahkan segala perjalanan ini kepadaNya semoga kita semua hidup dalam keberkatan serta diredhaiNya. Insyaallah. :)

nota hati : pantasnya masa berlalu. semuanya telah berubah.

Friday, October 21, 2011

Dasar Pencuri!-

100 mungkin tak begitu banyak nilainya. tetapi sekeping note 50 itu lebih bernilai daripada nilai sebenarnya. kata mereka mungkin tiada rezeki. ya, saya mengakui hakikat itu. cumanya, saya hanya ada sekeping note itu untuk dijadikan kenangan. itu note yang terakhir. kepingan note yang lain suma telah diberikan kepada fakir miskin serta anak-anak yatim. beberapa hari yang lalu di kala kocek tidak mempunyai sebarang wang, hati terdetik untuk menggunakan note 50 itu. tetapi selepass berfikir sejenak, hasrat itu di batalkan. bukan apa, rasa sayang dan tak sampai hati untuk menggunakan note itu untuk keperluan sendiri. mungkin kecuaian saya sendiri tetapi masalah di sini si pencuri itu yang telah mencuri note itu dengan niat mencuri! ya, saya memang marah dengan pencuri itu. bukan kerana saya hilang 100 tetapi kerana saya kehilangan note 50 tersebut.

noha hati : sabar, sabar, sabar!

Wednesday, October 19, 2011

191011

Squash Interkolej telah pun berakhir. Praktis punya praktis lastly smpai semi sahaja. btw, okayla. tak ada rezeki kata mereka. Haha. Yang pasti squash menjadi hobi utama buat masa ni. Tak kisah sangat la tapi memang suka kalo bab bersukan. Terasa release semua stress serta tension. Ringan ja badan dan ringan ja otak after bersukan. Sakit-sakit badan pun terasa berbaloi sebab seronok sangat time main tu. So, after ni mungkin fokus untuk game basketball pulak. Tapi squash harus diteruskan. Hidup ibarat tak lengkap kalau tak bersukan. So far, yang lain-lain semua ok. Cuma mood untuk berlab work tu macam kurang sket sekarang. Al maklum la seminggu dua ni asyik fokus game squash ja. Dalam proses untuk mencari mood-mood yang hilang. Haa sebelum terlupa, special thanks for him for sweets and nice card before game aritu. love u! :)

Semuanya berada dalam landasan yang dirancang buat masa sekarang.

nota hati : setia pada hati, keluhuran cinta kekal selamanya. 

Thursday, September 22, 2011

perjalanan yang jauh barangkali

Silap. Disangkakan hati ini betul-betul kuat. rupanya ia masih lemah. mungkin tak selemah dahulu tetapi yang pasti ia masih lemah. masih terlalu mudah untuk membenarkan titis-titis air itu mengalir. kata orang proses pembelajaran itu sebenarnya adalah sepanjang hayat. setiap detik yang dilalui sebenarnya adalah ujian-ujian yang diciptakan untuk mengajar kita erti kesabaran, kesyukuran dan keyakinan kita terhadap Qada dan QadarNya. ya manusia itu tidak sempurna sifatnya. saya akui saya mempunyai banyak kelemahan. sedar ataupun tidak sebenarnya saya ada berusaha untuk perbaiki kelemahan saya itu. kalau dulu saya jarang untuk menghargai apa yang saya punyai, sekarang saya sangat menghargai untuk segala apa yang saya nikmati. banyak yang saya faham dengan perjalanan yang diaturkan oleh Yang Maha Esa. saya berusaha untuk bangkit pada suatu masa dahulu ketika saya betul-betul jatuh tersungkur. alhamdullilah ketika itu banyak tangan yang menghulurkan bantuan. syukur. cuma harapan saya, setelah saya melepasi ujian-ujian itu janganlah kalian memandang dan menganggap saya terlalu kuat dan tabah kerana sebenarnya saya masih lemah dan perlukan bantuan kalian semua untuk teruskan perjalanan hidup yang masih jauh barangkali.


nota hati : hati merintih, terkunci mulut membisu

Wednesday, September 21, 2011

Aku permata by salma



nota hati : apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya.

Tuesday, September 20, 2011

Bersukan

Ayuh bersukan. Mahu kembali cergas seperti dahulu. Badan cergas, otak cerdas. :)


p/s : majulah sukan untuk negara.

Friday, September 16, 2011

Mimpi?

Mungkin masalah cuaca yang tak menentu dan jerebu di ibukota menyebabkan ketidakselesaan tekak dan mulai selsema. Nak pejamkan mata pun payah semalam. Bila keadaan diri yang kurang sihat ni mula laa nak mimpi macam-macam. Semalam setelah sekian lama beliau muncul lagi sekali di dalam mimpi. kali ini berbeza kerana saya tak berpeluang melihat beliau, cumanya yang saya ingat dia telah sms saya untuk bertanya khabar. Ketika itu, saya tahu dan saya sedar saya sudah tidak bersama beliau tetapi saya tidak tahu mengapa dia telah lama menghilangkan diri. Kemudian saya membalas sms itu dengan bertanyakan khabar beliau dan bagaimana dengan pekerjaannya sekarang. tak cukup dengan itu, saya terus call beliau tetapi panggilan tak dijawab. Selang beberapa minit kemudian, beliau membalas sms dengan memohon maaf kerana tak sempat menjawab panggilan tersebut, tengah sibuk mengemas katanya.. Maklumlah nak raya..Alhamdullilah katanya beliau sihat..Ketika membaca sms tersebut, hatiku terdetik untuk menghubungi kamu. Hati terdetik siapakah beliau dan kamu dalam hidup ini?..ding ding..Tetiba saya terjaga..Jam menunjukkan 6.35 pagi.. Tekak terasa pedih dan badan mulai sakit-sakit.. Ouuhhhh..Ya Allah,mimpi rupanya..Berdoa segalanya dipermudahkan untuknya di sana dan segalanya berjalan lancar untuk kami. Amin~

nota kaki : tido mau basuh kaki baru tak mimpi bukan-bukan lagi. . =)

Monday, September 12, 2011

Semester baru, semangat baru! :)

Okay, sekarang officially dah start semester tiga selepas empat bulan semester break. Hopefully, semester ni semuanya berjalan lancar, maju ke hadapan tanpa mengenang lagi kisah-kisah semester lalu. Terlalu banyak kisah yang telah terbuku pada semester lalu. Harap-harap tiada lagi tragedi yang berlaku. Tiada lagi drama kisah benar yang perlu diharungi. Mau fokus dengan setiap kerja yang dilakukan dan berusaha lakukan yang terbaik untuk setiap subjek yang dipertanggungjawabkan. Saya BOLEH!!!!!!!! :)


nota hati : pejam celik, pejam celik dah tujuh bulan rupanya beliau telah pergi. Al-Fatihah..

Tuesday, August 23, 2011

Sebaris Doa Buat Arwah


Baru pulang dari Pahang setelah dua hari bermalam di sana. saya sempat menziarahi pusara arwah memandangkan raya ini saya akan pulang ke Alor Setar,Kedah. Segalanya alhamdullilah berjalan lancar cuma kadang-kadang terdetik jua hati ini untuk bertanya benarkah semua ini? lama juga termenung tatkala melihat batu nisan yang tertera nama beliau. Bagaikan mimpi semua ini. Alangkah baiknya jika otak kita seperti komputer di mana kita boleh menekan button 'delete' untuk membuang segala memori yang tidak diinginkan. Ingatan puasa pada tahun yang lepas masih terngiang di mana saya telah berada di sini bersama beliau. Ketika itu, arwah ayah beliau sedang nazak dan akhirnya telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 11 Ramadhan. Sudah genap setahun arwah ayah beliau pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan telah genap enam bulan beliau pergi mengadap Ilahi. (Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Khairul Azra bin Khairuddin). Ibu beliau sudah semakin pulih cuma nampak susuk tubuh badannya yang susut. Tak selera makan katanya. Saat kepulangan saya di sana, mak sangat berselera makan. Hajatnya saya ingin pulang ke upm semalam tetapi setelah didesak oleh ibunya untuk tinggal di sana lama sedikit,saya terpaksa akur. Tak sampai hati ingin mengecewakannya.


Esok sudah mau pulang ke kampung halaman sehingga 3 Septemper. Insyaallah agak lama kepulangan pada kali ini. Persiapan raya pada tahun ini biasa-biasa sahaja. Masih belum berkesempatan untuk membeli baju raya. Sejak meningkat dewasa, keinginan untuk memiliki baju raya semakin berkurang jika dibandingkan zaman kanak-kanak dahulu. Tambahan pula, sibuk dengan penyelidikan dan pengarajan menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk membuat sebarang persiapan raya. Okay, di kesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger, ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam. Mohon maaf dipinta andai telah terkasar bahasa sehingga mengguris rasa kalian semua.




Pesanan Ikhlas : Semoga selamat pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalanraya. Saya fobia dengan jalanraya. Sekian.  

Thursday, August 18, 2011

tidak pasti

kenapa perlu berdalih jika tidak boleh? kenapa perlu mendengar jika tidak mampu? sukar kan untuk pulih, tetapi kenapa mudah biarkan ia bersedih? bolehkan untuk berdalih seketika tanpa perlu menjawab soalan yang dikemuka. tu lah tu. saya tetap saya. saya tidak reti untuk berdolak dalih. tetapi saya sangat pandai menyembunyikan perasaan saya. mungkin kalian tidak tahu bila saya marah, bila saya sedih dan bila saya kecewa. mungkin saya nampak cool tapi saya tetap manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. jangan terlalu mudah untuk menilai saya kerana saya bukan seperti yang kalian sangkaan. maaf saya tidak sempurna.

*sekurang-kurangnya saya tahu


nota hati : Tolonglah tegas.

Saturday, August 13, 2011

Masih neutral kah saya?

Mungkin bukan selalu tetapi kadang-kadang ia terlintas. Terdetik. Secara tak sengaja. Dapat membayangkan segalanya masih seperti kebiasaan apabila ia melintas. Tetapi maaf ia tidak boleh dilayan atau terus melayan. Maaf. Saya harus tinggalkannya untuk kebaikan semua.  

Kadangkala saya terasa seperti sendirian. Ketika itu saya menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang saya lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Saya kecewa dengan ketentuan yang diciptakan dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan minda. Lalu saya hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Mungkin ketika itu jua, saya hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Namun, sebenarnya tanpa saya sedari dugaan tersebut sebenarnya banyak telah mengajar saya. Mengajar erti menerima, mengajar erti kesabaran dan mengenal apa itu janji-janji Allah. Sesungguhnya tiada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan pasti akan ada bayaran. Contohnya Allah hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Tiada guna kaya harta kalau tidak reti bersyukur.
Tiada guna pandai kalau tidak reti berterima kasih.
Tiada guna dipuji dan berstatus tinggi jika tidak reti menghargai.
Tiada guna hidup lama jika tidak reti bertafakur.
Tiada guna kita mengejar nikmat dunia semata-mata dan lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan yang tidak pasti


(sumber : iluvislam.com)


nota hati : Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah 

Monday, August 01, 2011

Lost

Benar kata mereka. Sesekali perasaan fedup tu akan muncul. Sedang mencari kembali mood-mood yang hilang entah ke mana. kerja di lab sedang tertanggung hampir 3 minggu. Arghhhh. Risau jika keadaan ini berterusan. Semangat semangat Fana !!!

Okey. Sempena Ramadhan yang kembali menjelma, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menempuh ramadhan Al-Mubarak. Semoga sama-sama kita perbaiki diri masing-masing.

Nota hati : Tidak dilupakan al-fatihah buat beliau. Semoga Ramadhan ini dapat membahagiakan beliau di sana. Amin.

Friday, July 29, 2011

saya rindu mereka. :(

Pagi Jumaat yang mendung membuat hati tersentuh tatkala mendengar sebuah lagu. Fikiran tertumpu kepada mak ayah di Alor Setar, Kedah. Mereka adalah ibu bapa yang terbaik pernah saya ada, Mereka sangat hebat, mereka sangat tabah, mereka sangat saya kagumi.



Buat Ayah : Abu Osman B. Awang dan Ibu : Fatimah Bt. Hj. Mohd Zain
Adik sayang mak ayah sangat². Terima kasih untuk segalanya mak ayah. Salam Ramadhan buat mak ayah di kampung. 


nota hati : Ya Allah, saya sangat perlukan mereka. Janganlah Engkau uji aku dengan mereka Ya Allah panjangkan umur mereka, berikan kesihatan yang baik kepada mereka dan bahagiakanlah mereka untuk dunia dan akhirat. . Amin.

Wednesday, July 27, 2011

Kem Pedati 22-24 Julai 2011

Kem Pedati : Sebuah pengalaman yang tidak ternilai harganya. Berpeluang bertemu dengan adik-adik yang sedang berjuang untuk mencari sebatang jalan yang lurus. Sangat bersyukur. Buat kumpulan Telur, tempoh tiga hari bersama rasanya terlalu singkat untuk mendekati kalian semua. Segala kenangan yang kita ada bersama tidak mungkin dilupakan. Kenangan ketika sama-sama bertukus lumus menyiapkan menara, kenangan bekas kacang panas yang aney buat, makan bersama-sama dan semuanya. Terima kasih adik-adik kerana menunjukkan perubahan dalam diri adik-adik. Terharu sangat. Bila dah 3rd day tu, akak nampak perubahan korang. Teruskan ya. Selamat berjuang semua kepada adik-adik SMV Kota Tinggi. Sayang adik-adik semua.

p/s : Yang penting SABAR kerana orang yang sabar tak pernah rugi, pasti ada ganjaran disebalik kesabaran itu. Allah tak pernah menguji seseorang melebihi kemampuan beliau.

dedikasi khas buat Group Telur ::

*cuba dulu macam akak cakap malam tu, tengok berhasil ke tak. Semoga berjaya*

Wednesday, July 20, 2011

happy birthday mis fana

20 JULAI 2011

Alhamdullilah hari ini telah genap 23 tahun. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki diri sebelum diminta menemui Illahi kelak. 


Cinta itu Milik Kita

nota : nothing important to be remember yet. 

Tuesday, July 12, 2011

Alip & Fiza :)

Alhamdullilah mereka telah selamat bertunang pada 09 Julai 2011. Tahniah korang. Selamat menempuh alam pertunangan. Semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin ya.

Selamat Bertunang Mohd Alif dan Norhafizza :)
nota hati : mendoakan segalanya dipermudahkan buat mereka. Amin.

Monday, July 04, 2011

040711

Lab work asyik tak jadi. tak jadi dan terus tak jadi ja ni. Huhu. Risau dengan keadaan ini menyebabkan mood yang tak seberapa baik sejak dua tiga hari yang lalu. Hati terasa ingin pulang ke kedah untuk relaks. Sedang mencari masa yang sesuai untuk pulang. Terasa bosan dengan kesibukan dunia. Huhu. :(


nota hati : cepatlah pergi ion-ion negatif. huhu.

Saturday, June 25, 2011

Bercampur-aduk

mood :: bercampur aduk.

Semakin banyak perkara yang bermain di fikiran. Setiap kesulitan pasti adanya kemudahan. Saya percaya pada itu. Cuma kadang-kadang terasa kesenangan banyak melalaikan saya. Aturan Allah itu sudah cantik. Setiap pertemuan dan perpisahan pasti bersebab. Pasti ada objektifnya. Pasti ada sesuatu di hadapan. Pemikiran secara positif mungkin dapat menenangkan fikiran yang agak serabut pada ketika ini. serabut dengan perkara yang saya pun tidak pasti. cuma yang saya tahu, saya keliru, saya tersepit. huhu. melihat itu, melihat ini dan melihat sekeliling menyebabkan saya keliru. apakah tindakan serta ucapan yang patut dikeluarkan supaya tiada yang terguris? tiada yang menyimpan rasa di dada. saya insan biasa, maafkan saya untuk segala kelemahan saya.

nota hati :: al-fatihah untuk arwah Mohd Khairul Azra. Semoga beliau bahagia di sana. Amin.

Thursday, June 23, 2011

hitam atau putih

hanya dua. hitam atau putih. tiada kelabu. sentiasa berbelah bagi antara hitam atau putih. mungkin itu yang telah diaturkan untuk saya. hopefully, dipermudahkan untuk memilih hitam atau putih dan diberikan kekuatan untuk membebaskan diri daripada kelabu. saat ini, mungkin perlukan ruang seketika untuk berfikir secara bersendirian. itu yang lebih baik.

Wednesday, June 15, 2011

Beliau

Beliau.
Cantik kan ciptaan ini. Tak perlu fikir masalah kehidupan. Tak perlu menjaga hati sesiapa. Tak perlu didesak oleh apa-apa. Terdetik untuk menulis mengenai beliau memandangkan beliau berada dekat dengan saya pada ketika ini menyebabkan saya teringat akan beliau. Sesungguhnya beliau sungguh indah bagi saya. Saya suka beliau !


p/s : bercampur-aduk.

Thursday, June 09, 2011

090611

rahasia-jodoh
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk akan kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada.
Usahlah memandang semua dengan pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dengan pandangan hati kerana hati menjamin kebahagiaan sepanjang hayat.  


p/s : esok mau pulang ke kedah. semoga segalanya selamat. :)

Wednesday, June 08, 2011

Insan itu Insan.

Insan. Terdedah kepada kesusahan, kesenangan, kesedihan, kegembiraan dan lain-lain. Itu realiti kehidupan di dunia. Insan bukan Tuhan yang kebal kepada panahan duka dan sengsara. Namun insan mempunyai Allah yang sentiasa ingin mendengar rintihan hambanya. Setiap kesusahan pasti disusuli dengan kesenangan. Bersabar ketika menghadapi dugaan dariNYA insyaallah ada kemanisan yang menanti di hadapan. Alhamdullilah kehidupan saya sekarang lebih baik dari sebelumnya. Sangat bersyukur dengan pemberian Allah swt.  

nota hati : insan itu istimewa rupanya. bersyukur dilahirkan sebagai seorang insan. :)

Wednesday, May 25, 2011

Sayang mereka !

Ayah.
Saya sayang ayah saya. He's everything for me. Kasih seorang ayah memang sangat hebat. Ya Allah, bertuahnya  kerana dapat merasai nikmat dibelai seorang yang bernama ayah. Beruntungnya, bertuahnya badan. 

Ibu.
Sekarang saya mempunyai TIGA orang ibu yang sangat sayangkan saya. Ketiga-tiganya sangat mengambil berat akan diri saya. Saya dapat merasai betapa sayangnya mereka terhadap saya. Masing-masing sibuk bertanyakan kesihatan saya, dan sebagainya. 

Abang.
Mohd Fairuz dan Mohd Faiz. Kedua-duanya cool. Silih berganti bertanyakan "adik ada duit lagi tak?kalau xda, nak masukkan." Mereka sangat caring terhadap saya. Mereka sangat prihatin akan saya
Sepupu.
Najwa dan anas. Kedua-duanya adalah sepupu yang banyak berkongsi suka dua bersama saya. Sejak kecil mereka banyak mendengar luahan hati saya. Mereka adalah tempat saya mengadu domba. Dan mereka juga sangat-sangat prihatin tentang perkembangan diri saya. Ikatan yang bagai isi dengan kuku. Apabila cubit paha kiri, paha kanan terasa. Itulah kami bertiga.

Sahabat karib.
Thuraya-Aina-Amirah-Yana. Bersahabat sejak di bangku sekolah, mereka adalah sahabat yang sangat-sangat rapat dengan saya. Suka duka bersama. Persahabatan yang mencecah 6-7 tahun, sesungguhnya saya sangat beruntung kerana mempunyai sahabat seperti mereka.
Moon. Sahabat ketika zaman matrikulasi sehingga menjejakkan kaki ke alam universiti bersama-sama. Beliau sering memberi nasihat2 berguna kepada saya. Saya tahu dia sentiasa doakan yang terbaik untuk saya. Thanks moon. 
Wawa-Azzarul-Ana. Segalanya mereka tahu. Mereka teman yang istimewa buat saya. Mereka cool. Mereka memahami. Mereka baik. Mereka sering memberi sokongan kepada saya. Tak putus-putus. 
K.Siti-K.Emy-K.Yana. LabMate yang sering memberi sokongan. Mereka adalah kakak saya.

Cinta.
Ia muncul lagi. secara tiba-tiba mungkin dengan izin Allah. Alhamdulliah dipermudahkan. Semoga ini yang terbaik. Sebaris doa dipanjatkan semoga segalanya adalah yang terbaik di sisi Allah. Terima kasih cinta. Terima kasih Mohd Rashidie Ramli. 


Ps : Alhamdullilah, banyaknya nikmat yang diperoleh. Terima kasih kalian semua. Benar, jika Allah telah mengambil sesugguhnya Dia telah memberi. :)

Tuesday, May 24, 2011

Kembali

Ujian demi ujian yang mendatang menandakan Allah sangat sayangkan kita. Alhamadullilah. Menghabiskan masa hari ini untuk berkongsi info-info bersama teman. Info yang sangat berguna barangkali. Sejak 2,3 bulan kebelakangan ini, saya sangat berminat untuk mengikuti koleksi2 ceramah Dr. Asri. banyak pengajaran yang dapat diperoleh. di saat-sat berhadapan dengan ujian buat yang sekian kalinya. Pelbagai jalan yang Allah berikan untuk mengatasinya. Alhamdullilah. Terima kasih keluarga. Terima kasih cinta. terima kasih sahabat. Semuanya memberi mesej yang sama, kamu harus kuat. Pasti. Cabaran hidup, kalu tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya. Tepat sekali. 

di sini saya ingin berkongsi satu blog yang sangat menarik dan dapat membimbing kita untuk terus dan sentiasa mengingatinya. (link diperolehi dari seorang sahabat. terima kasih kerana berkongsi. ♥)


Minda Tajdid

nota hati : Allah sentiasa melihat kamu Siti Farhana.

Saturday, May 21, 2011

Probation

PROBATION.

itu sudah cukup untuk membuat air ini mengalir lagi.
Terima kasih MZH.

what goes around will comes around.
bukan niat untuk berdendam.
sekadar melahirkan rasa hati.
sesungguhnya dugaan itu sangat suka mendekatiku.
alhamdullilah diuji lagi.


Ps : Berusaha untuk positif. :)

Thursday, May 12, 2011

UBAT

Pelbagai masalah yang berlaku akhirnya mendesak saya ke Pusat Kesihatan buat kesekian kalinya. Alhamdullilah tekanan darah yang sebelum ini sangat rendah sudah kembali normal. Segalanya normal, dan mungkin akan kembali seperti biasa setelah menghabiskan kesemua ubat yang diberikan Dr. Aun. ;) Dr memang versatile lah. 

Sibuk mengisi massa dengan aktiviti kesukanan. saya enjaoy dengan kehidupan sekarang. Alhamdullilah. Terima kasih tak terhingga kepada ahli kelab squash 103. saya bahagia bersama kalian semua. ;) banyak sangat jalan yang Allah telah beri. Ya Allah, bersyukurnya. Semoga hari esok saya terus dirahmati dan jalan saya dipermudahkan.

MZH
Mungkin anda tertanya-tanya siapakan beliau. 1st impression saya, beliau adalah seorang yang tersangat baik. Dan sehingga kini saya masih percaya kepada naluri saya. Pagi-pagi esok, perlu mengadap beliau memandangkan saya berhadapan dengan masalah yang agak besar implikasinya. Segala biasiswa bakal ditarik gara-gara keputusan subjek yang di coordinate oleh beliau. Keputusan yang teruk dalam sejarah pelajar-pelajar master mungkin. Di manakah silapnya? semoga segalanya dipermudahkan. Prof. MZH, semoga naluri saya tentang anda terus menerus tepat dan betul. terima kasih dengan kata-kata semangat ion-ion positif. ;)

Ion-ion positif sedang mengalir. Sila pergi jauh ion-ion negatif. Saya gembira, saya bahagia. Alhamdullilah. 
**tengkiu Mr. Penasihat. ;)

Monday, May 09, 2011

I N S O M I A

penyakit insomia merebak di dalam diri sejak 2 minggu yang lalu. pelbagai aktiviti telah dilakukan, badan terasa penat tetapi mata tetap degil. degil untuk terus berjaga dan jaga. ouh. sangat penat jika berterusan. mungkin perbagai perkara sedang bermain di kepala. atau mungkin saya yang terlalu memikirkan perkara itu. perkara itu baik, cuma saya rasa terkejut dengan ia. terkejut dan tidak disangka tentang perkara itu. apa-apa pun, terima kasih untuk itu. mungkin ini hikmahnya. kita merancang Allah menentukan. insyallah semoga segalanya dipermudahkan. wahai hati, bertenanglah. wahai fikiran, berehatlah. saya sangat letih. 

mood : saya OK ! ;)

9-5-2011

majlis tahlil telah selesai. hati terasa lega melihat riak wajah ibunya yang begitu gembira dengan kepulangan saya bersama family saya (mak ayah dan abang). sudah lama saya tidak melihat wajahnya yang begitu gembira. sesekali terasa sebak apabila memikirkan pahit kehidupan yang harus beliau tanggung. mak, harus kuat! mungkin, ini hadiah Hari Ibu yang dapat saya berikan kepada beliau. saya dan anak2 mak yang lain masih berdiri teguh di belakang mak. itu janji saya.

sudah hampir 3 bulan berlalu.

alhamdullilah saya semakin kuat untuk menenpuh hari-hari yang mendatang. saya harap mak juga kuat. pelbagai urusan berkaitan arwah masih perlu diuruskan. mungkin, sekarang adalah masanya. saya sudah kuat untuk berbicara tentang kejadian. semoga segala urusan dipermudahkan. amin.

nota hati : Jodoh itu di tangan Tuhan. Terima  Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan dan moga kebahagiaan menanti di hadapan.

Friday, May 06, 2011

Tahlil

Esok malam kenduri tahlil akan diadakan di pahang. sedang berkemas2 untuk berangkat ke sana bersama family. ayah mak dan abang. terima kasih keluarga kerana banyak memberi sokongan. sedar ataupun tak sudah hampir 80 hari arwah pergi meninggalkan semua. doakan yang terbaik buat arwah di sana. kita di sini bakal menyusuli beliau. dan alhamdullilah kini banyak urusan saya telah dipermudahkan.

nota hati : terima kasih cinta.

Tuesday, May 03, 2011

030511

Pengajaran untuk hari ini, setelah menjelajah blog demi blog di sini saya ingin berkongsi. khusus untuk rakan2 saya yang sedang mengalami saat-sat getir dalam hidup, sesungguhnya Allah sentiasa berada di sisi kita.

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya.”


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

(al-Baqarah: 286)

Kita seharusnya gembira dengan janji Allah itu,


Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

(al-Syarh: 5)

nota hati : beribadatlah seolah-olah kita akan mati pada esok hari, berkerjalah seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya. dalam kepala sedang memikirkan pilihan yg diberikan seseorang. bekerja smbil belajar atau fokus dulu belajar. konfius. semoga dipermudahkan jalan saya, saya perlukan sokongan dan doa sahabat semua. amin. ;)

Sunday, May 01, 2011

.::Weeding Kak Ainis::.

Jumaat, 29 April 2011

Tahniah kak ainis 4 ur weeding.

minggu yang agak kelam kabut sebenarnya. sempat jugak smpai untuk menghadiri majlis akad nikah kakak kepada kawan baik saya. alhamdullilah semuanya selesai dan beliau dengan sahnya bergelar seorang isteri. melihat gelagat-gelagat manusia di sekitar majlis membuatkan saya faham erti sebenar bahawa kita manusia hanya merancang tetapi Allah menentukan segalanya. Ya segalanya. Kita hanya mampu lakukan yang terbaik namun segalanya berserah kepada kuasa yang Maha Esa. Mungkin itu yang telah diri ini lakukan sekarang. Cuba untuk merancang namun segala perancangan terletak di tangan Allah. Apabila dugaan datang menimpa terasa diri sangat dekat denganNya, namun hati risau apabila hari-hari berlalu. Risau dengan kelalaian duniawi yang tidak dapat menjamin masa depan di sana nanti. Mudah-mudahan, kita semua dijauhi daripada kelalaian. 

p/s : janji Allah itu pasti. Yakin! Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

Saturday, April 30, 2011

(;

Proses pertumbuhan fotosintesis sedang berlaku. P O S I T I F chayok2 fana. *_*

Tuesday, April 26, 2011

260411

Alhamdullilah exam sudah selesai. ringan kepala, hilang segala tekanan. keputusan hanya diletakkan di tgh yg Maha Kuasa. Moga dipermudahkan segalanya.

bila exam sudah tamat, terasa tempoh belajar pun dah abis. sangat malas untuk ke lab. committe meeting menanti. sgt risau memandangkan tak banyak progress yg dapat dibentangkan. 3 minggu lg, mungkin sempat untuk mendapatkan result yg baik.

minda terasa berkobar2 utk kehadapan. dengan semngt dr rakan2. terasa perubahan yg berlaku kepada diri ini. moga2 semuanya ke arah positif. (;

kata rakan tak salah mencuba. segala ketentuan hanya dariMu ya Allah. aku berserah.

p/s : alfatihah utk arwah abg. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

Friday, April 22, 2011

workaholic.

kerja kerja kerja. untuk melupakan mungkin tidak, tetapi untuk menyesuaikan diri tanpa kehadiran dia di sisi mungkin boleh. saya harus bergerak pantas. masa semakin suntuk. committee meting, seminar dan exam. mungkin ini peluang terbaik untuk menghilangkan sebentar rasa sunyi dan sepi tanpa dia.pagi ptg siang malam. kerja dan terus kerja. gembira dengan kerja yang dilakukan. mungkin banyak telah dipermudahkan oleh Allah. Alhamdullilah. dugaan banyak mengajar erti kesabaran. teriam kasih ya Allah kerana masih tidak melupakan hambaMu yang sering lalai ini.

kawin. ouh. sungguh berat hati untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan2. mintak maaf. saya tak cukup kuat lagi. serba salah. kalo tak pergi, kesian plak. kalo pergi nanti mesti sedih. jadi jadi bagaimana yaa? ):
jumaat hadapan. dah berjanji untuk menghadiri majlis akad nikah kakak kepada sahabat karib saya. semoga kalian bahagia ke akhir hayat. hargailah apa yang telah kalian dapat kerana tak semua orang beruntung seperti kalian.

di sini suka saya ingatkan kalian yang bergelar sahabat. hargai hubungan kalian bersama orang yang tersayang. hargai setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kerana peluang hanya datang sekali. sesungguhnya kalian sangat beruntung kerana masih mempunyai pasangan yang dicintai di sisi kalian. ikhlas saya katakan saya sangat cemburu dengan kalian. saya doakan kalian semua bahagia. amin.

p/s : rindu-serindunya. jauh di mata tetapi dekat dihati. ;)

Monday, April 18, 2011

17-04-11

Baru tiba ke UPM dari Pahang. Jauh perjalanan pada minggu ni, tenang dan gembira rasa hati. alhamdullilah, sudah semakin pulih. hari-hari dilalui seperti biasa. ke lab, bersukan dan pergi mengajar. Segalanya dipermudahkan. Syukur sangat. Semoga hari-hari berikutnya akan terus dipermudahkan jalan. Amin.

Abg, 61 hari telah berlalu.
berpuluh-puluh kuntum bunga telah berputik di pusara abang,
berbagai bagai kata kata semangat telah diucapkan,
tetapi abg tetap di hati,
tiada siapa dapat menandingi abg di hati ini,
rindu abg hanya Allah yang mengetahui.

:(


p/s : seminggu lg final exam. fuhh!

Friday, April 08, 2011

.080411.

Jumaat.
Dah hampir seminggu tak update berikutan keadaan emosi yang tak mengizinkan. Bagai hujan yang turun secara tiba-tiba, itulah gambaran jernihan air yang jatuh. secara tiba-tiba tidak kira waktu serta tempat. Seperti kata kaunselor, bantuan Allah ada disekeliling saya. sangat luas.

50-50, nak belajar lagi atau defer dulu sekejap? penat berfikir, jawapan tetap sama. 50-50. 

kadang-kadang rasa tak mampu nak teruskan hidup. 
tak mampu untuk melakukan. 
namun, mati bukan jalan penyelesaian. 
betul, saya setuju. entahla. 
just flow the procees like flow of fluid. maybe it is better. 
terlalu ramai insan yang prihatin
tak putus-putus memberikan semangat serta sokonga moral.
masalah sekarang bukan kalian semua, 
saya yang bermasalah. 
maaf.
saya yang sangat lemah. ):
terima kasih air, kerana mengalir lagi.

Wednesday, April 06, 2011

DOA

Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud: 
Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.

Ya Allah, ampunilah Mohd Khairul Azra, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Friday, April 01, 2011

1 APRIL 2011

12.00 am.
1 April dah menjelma. Sungguh mulia sekali kerana ia jatuh pada hari jumaat.

Abg, SELAMAT HARI LAHIR yang ke-28.
Semoga abg bahagia di alam sana, dan syg pun bakal mengiringi abg.
Setulus doa dipanjatkan buat abg sebagai hadiah ulang tahun kelahiran pada tahun ini.

*sejernih air mengalir. mungkin itu menjadi peneman pada hari ini. Anda harus kuat!

p/s : tidak dapat mempercayai segalanya telah berubah. dia masih ada lagi bukan? alangkah bagus kalau semua ini hanyalah mimpi seketika. sesungguhnya aku ingin bangun dari segala mimpi yang ngeri ini. ):

Thursday, March 31, 2011

310311-18

31 march. End of march for 2011. Tak pernah terlintas april yang bakal menjelma ini harus dilalui tanpa abg di sisi. Ya Allah, tak sangka begitu sekali rancangan yang telah Engkau aturkan untuk hambaMu yang lemah ini. Hanya sempat 2 kali meraikan hari lahirnya. yang ke-26 dan yang ke-27. Ya 27. Angka keramat bagi abg. Abg pergi meninggalkan segalanya pada angka itu. Ya Allah. Kelu. Sungguh tak dijangka. tetapi walau apa yg terjadi, aku redha. ):

sedih.
rindu.
sepi.

1 April bakal menjelma.

Selamat Ulang Tahun ke 28 abg.
*hanya doa sebagai hadiah buatmu abg. al-Fatihah.

Monday, March 28, 2011

280311

Alhamdullilah pagi tadi selamat sampai ke UPM setelah selama 3 hari berada di Pahang. Segalanya telah berubah. Ya segalanya. Segala impian dan jalan cerita saya telah berubah seluruhnya. Apabila kembali menjelajah page kawan2 di FB, airmata kembali menemani diri ini apabila terlihat majlis perkahwinan kawan2. Sesuatu yang tak kesampaian walaupun segala perancangan telah kemas di aturkan. Perasaan itu, hanya Allah Maha Mengetahui. Mungkin mudah bagi kalian semua memberi kata-kata semangat, namun berat mata memandang berat lagi bahu ini memikul. Jadi, hati telah membuat keputusan. Tidak mahu mendengar atau melihat apa2 yang berkaitan dengan pertunangan atau perkahwinan. Ia tahu, ia tak mampu untuk mendengar. Semua itu ketetepan yang harus ia terima walaupun pahit. Pahit akhirnya manis bukan. Insyaallah manis itu menyusul seiring dengan kesabaran. 

Beberapa hari lagi bakal menjelang ulang tahun kelahiran arwah. Perancangan untuk memberikan beliau hadiah telah dibuat namun manusia hanya mampu merancang Allah menentukan.

Ya Allah, beratnya ujianMu ini. Aku hanya mampu pasrah dan memohon keampunan serta keredhaanMu ya Allah

Disaat-saat hati mengalami penyakit yang serius ini, ada juga insan yang menjadikan kesedihan hati ini sebagai bahan jenaka. Semoga Allah memberikan kalian sedikit rasa belas kasihan pada diri kalian. 

Airmata menjadi peneman setia pada ketika ini. Ia mengalir tatkala sedih, marah, risau, gelisah dan gembira. Segalanya berubah. YA. Sungguh mudah ia mengalir. 

Tolonglah pergi jauh wahai kalian2 yang menjadikan kematian itu suatu bahan jenaka. Saya tidak mampu untuk bersahabat dengan kalian. Namun hati tidak menyimpan sebarang dendam terhadap kalian. Cuma itu sahaja, tolong pergi jauh. Hati ini telah berubah. Maaf jika menyinggung perasaan kalian. 

nota hati : Sahabat itu suci. Suci itu bersih. Bersih dari segala hasad dengki dan perkataan yang mengguris rasa. 

Thursday, March 24, 2011

240311-14

Semalaman berjaga. Mata segar dan tak boleh terpejam lena. pelbagai perkara bermain di fikiran. Jam sekarang hampir menunjukkan 7 pagi. Fikiran berkecamuk. Hati kecil terasa sesuatu yang aneh, berdebar-debar kerisauan tanpa sebab yang munasabah dan sesekali aimata menemani pagi yang hening. Aneh bukan? 

p/s : apa yang sedang berlaku atau bakal berlaku ni? Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini. ):

Wednesday, March 23, 2011

220311-13

Pagi hari ini dimulakan dengan menjadi demo untuk CHM 3201. Terasa berat ja kaki ini untuk melangkah tetapi tanggungjawab yang dipikul lebih penting daripada perasaan hati anda. Otak masih sedang memikirkan kereta yang berada di bengkel berikutan kemalangan yang berlaku pada ahad lepas. "Macamnana nak p lab ni?" Alhamdullilah pagi2 lagi sahabat telah datang untuk menjemput kami untuk ke makmal bersama-sama. Tengkiu sahabat! )^_^(
Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Hati semakin berdebar-debar. Keputusan SPM bakal diumumkan. Apalah nasih anak2 muridku. Semoga mereka berjaya memperoleh kejayaan seiring dengan usaha mereka. Setelah selesai menjadi demo, panggilan pertama dijawab. Daripada sepupuku, beliau memaklumkan keputusan SPM beliau. Agak OKla. tahniah ya Ilham. Hati masih berdebar-debar memikirkan nasib Alfie dan Lanna. Berjaya kah mereka? Kemudian, bersama-sama sahabat kami pergi ke bengkel untuk mengambil kereta. Alhamdullilah semuanya selesai. Lega seketika. Namun panggilan seterusnya menyebabkan hati sedikit gusar memandangkan keputusan anak murid tak mencapai apa yang saya jangkakan. Namun, mungkin ada hikmah di sebalik. jangan putus asa, usaha lagi buat semua yang bergelar anak muridku. (:

Mungkin tahun ini, diri yang bergelar cikgu perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan anak murid berjaya di masa akan datang. Insyaallah, saya akan berusaha ke arah itu.

p/s : kan bagus kalo abg ada di sisi pada saat ini, indahkan dunia. ):

220311-12

Rabu. 
Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. Insyaallah. Segalanya adalah suratan yang telah tertulis, terimalah wahai hati. Perjalanan hidup masih lagi perlu diteruskan. Pelbagai persiapan masih lagi perlu dilakukan untuk dijadikan bekalan ketika diminta menghadap Illahi kelak. Setelah banyak menjelajah blog demi blog, motivasi demi motivasi, hati ini sedar ia perlu kuat, ia perlu tabah. Hidup ini masih panjang. Kehidupan adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Jadi belajarlah menerima wahai hati. 
"sesiapa saja yg melatih dirinya utk bersabar, nescaya Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kekuatan sehingga mampu bersabar..." (al-insan:12)
nota hati : rindu yang teramat sangat kepada beliau. =(

Tuesday, March 15, 2011

150311-09

Selasa. Tiada ada yang istimewa, kehidupan yang mendatar sejak sebulan yang lalu. Hati mulai terdetik, salahkah jikalau hati ini tetap untuk menyimpan segala kenangan lama di dalam hati? Hati ini begitu keras untuk dipujuk supaya melupakan kisah lama. Hati ini tetap dengan pendiriannya bahawa dia, dia dan dia adalah selamanya. Adakah hati ini melakukan kesilapan? Seperti yang saya nyatakan dalam entry sebelum ini, dia mungkin insan biasa bagi anda tetapi tidak bagi saya. Tidak pernah saya jumpa insan sepertinya. Namun saya tak nafikan dia hanyalah manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan. Namun hati ini dah terlalu menyayanginya. Terlalu sukar untuk melupakan bahkan semakin hari perasaan menyayanginya semakin mendalam. Jadi biarlah hati ini dengan caranya. Allah Maha Kuasa. Segalanya mungkin terjadi. InsyaAllah.Terima kasih teman atas nasihat. Luruskan jalan saya jikalau teman merasakan ianya bengkok. Semoga kita sama-sama menuju syurga abadi kelak. Amin.

150311-08

Alhamdullilah berjaya melalui hari ini (14March) dengan jayanya. 
Memulakan hari dengan mengajar. Hati lebih tenang. Terima kasih mak ayah. Terima kasih kepada teman yang sentiasa di sisi. Pada sebelah petang, saya mengunjungi pusat terapi bersama teman. Dan pada sebelah malam, pergi mengajar. Masih btemankan sahabat. Alhamdullilah sekali lagi kerana masih diberi kesempatan untuk merasai kehidupan sebagai seorang hamba dan diberikan kesempatan untuk berkenalan para sahabat yang sememangnya baik. Semoga Allah membalas budi kalian semua. Sesekali, fikiran masih terganggu. Masih teringatkan dia. Sentiasa. Tetapi hati lebih tenang bila saya mengingatkan Allah. Ya Allah, nikmatMu semakin dekat denganku. Kemanisan iman terhadapMu semakin meresap ke dalam jiwaku. Subhanallah, Maha Suci Allah. Mohon dipermudahkan jalan untukku. Doa adalah senjata orang mukmin. Senjata untuk diri yang lemah ini ya Allah. Semoga hari esok dapat dilalui dengan lebih baik, dikurniakan iman yang lebih kuat dan hati yang lebih tabah. 

Kepada abg,
Dah hampir sebulan pergi meninggalkan diri ini sendirian. Sedar ataupun tidak, diri ini masih mampu untuk menjalani hidup. Maknanya, diri ini kuat. YA, itu yang Allah aturkan untuk kita. Untuk abg dan juga diri ini. Sebagai jambatan menuju ke akhirat kelak.Perasaan kerinduan yang amat sangat memanglah perit. Tetapi itu keperitan dunia kan. Seringkali, hati bertanya, abg macamana kat sana? abg bahagia? apa perasaan abg menghadapi sakratul maut? YA, Allah, semoga abg berada pada keadaan yang paling baik di sisiNya. Diri ini, diri abg dan segalanya adalah milik Allah. Perasaan syg kita, perasaan cinta kita semua adalah milikNya. Bersyukurnya kerana dipinjamkan kenikmatan itu walaupun hanya sekejap. At least kita sempat merasa kan. 

nota untuk hati : sila tabah okeh farhana !

Sunday, March 13, 2011

130311-06

Alhamdullilah selamat sampai setelah pulang dari kampung arwah. Sebaik tiba di sini, hati mulai sebak. Saya sangkakan hati ini mulai sembuh. Tidak rupanya. Ya Allah. Buntu sangat sekarang. Sesungguhnya diri ini mengalami kejatuhan motivasi diri yang teruk pada ketika ini. Dah hampir sebulan dia pergi. Pergi untuk selamanya. Dia dah selamat di sana. Tetapi saya? Astafirullahalazzim. Lagi sebak rasa hati ini apabila melihat maknya. Aku perlukan petunjukMu ya Allah.

Firman Allah swt :
(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Al-'Imran)


Hati, belajarlah untuk tabah. Kematian itu pasti, cuma masanya adalah berbeda. Semoga imanku sentiasa dipelihara dan diri ini menemui kebahagiaan di akhirat kelak. Kebahagiaan yang dirasai di dunia ini hanyalah ibarat setitik air di lautan. Semoga diberi kesempatan untuk bertemu bersamanya di syurga abadi. Amin.

Saturday, March 12, 2011

120311-05

Jam menunjukkan 2:46 AM. 
Mata masih lagi segar. Hati masih lagi dalam keadaan sama. Sangat merindui dia. Kenangan demi kenangan silih berganti. Di setiap pelusok, selagi bernama UPM kenangan masih segar di ingatan. Indahnya ketika itu.. Bahagianya ketika itu. Kini baru saya sedar, dia sangat penting bagi saya, dia begitu istimewa di hati saya. Kata kawan saya, cuba lakukan sebaik mungkin di dunia ini, untuk kamu dan dia di akhirat yang abadi nanti. Ya! terima kasih teman. Terima kasih sahabat. Insyaallah. Saya memang ingin bertemu lagi bersama dia. Kali ini kekal abadi, semua itu tidak mustahil bukan? Allah itu Maha Mengasihi, Maha Mendengar. Betul kata Pait (my bro), masa dia sudah tiba. Jalan cerita dia sudah ada bukan, kita ini bagaimana pula nanti? Saya mmg mengerti setiap perkataan dan maksud kalian semua. Serius saya memahami. Cuma saya terlalu sedih, terlalu rindukan dia. Dia begitu sempurna bagi saya. Saya sayangkan kebaikan dan kelemahan dia. "Tetapi yang pergi tidak akan kembali lagi. Jangan putuskan hubungan dengannya wahai sahabat. Berdoa dan beramal jariah utuk dia. Itu sahaja yang dapat kamu lakukan jika kamu sayangkan dia. Dia sentiasa menunggu sesuatu daripada kamu." ujar sahabatku. 

Hati saya masih lagi terasa begitu dekat dengan dia. Di setiap langkah, masih lagi terasa dia ada di sisi. Seringkali termenung, dan sesekali air mata mulai membasahi pipi. Haruskan kaki ini melangkah jauh, lari seketika dari bumi yang penuh dengan kenangan ini? Dia seakan akan sudah mengerti bahawa dia akan meninggalkan diri ini buat selamanya. Segalanya telah lengkap ditinggalkan untuk kemudahan diri ini semasa ketiadaannya. Ya Allah, aku tahu aku mampu menghadapinya. Aku memerlukan pertolongan darimu ya Allah. Bantulah diri yang lemah ini ya Allah.

Friday, March 11, 2011

110311-04

Jumaat yang mulia dimulai dengan hujan membasahi bumi UPM.
Indah sekali hari ini jikalau ada dia bukan. Tapi itu sama sekali tidak mungkin berlaku. Pagi-pagi lagi hati ini dah mula bertanya, kenapa aku? kenapa dia? kenapa kami? pasti ada hikmah bukan. cuma hati ini terasa terlalu berat untuk menerima, mata ini terlalu payah untuk berkelip, mulut ini terlalu berat untuk bercakap, otak ini terlalu malas untuk berfikir, dan kaki ini terlalu berat untuk melangkah. ya melangkah ke hadapan. tapi bagaimana? terima kasih buat ahli keluarga yang tidak jemu untuk memberikan sokongan, begitu juga rakan2. kata mereka, saya harus kuat dan banyakkan bersabar. suma ini pasti ada hikmah. ya, saya mengerti maksud kalian semua. cuma saya sudah tidak mampu. saya sangat rindukan dia. saya betul2 perlukan dia. tetapi hati saya yakin Allah sedang menguji saya, Allah ada bersama saya, Allah lebih tahu segalanya.Saya dan dia hanya manusia biasa. Kami merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. ya, cubalah. belajarlah untuk menerima wahai hatiku. Ya Allah jika ini adalah yang terbaik buatku, kau berikanlah petunjuk kepada ku ya Allah. Mudahkanlah hati ini untuk menerima, kuatkanlah ia dengan iman kepadamu ya Allah.

p/s : berfikir sejenak, ke manakah hendak membawa diri ini pada esok hari? sangat perit untuk membiarkan diri ini berada di sini lagi.

Thursday, March 10, 2011

100311-03

Khamis.
Semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Ya Allah, sukarnya melaluinya tanpa dia.. Setelah 22 hari setiap malam masih tidur bermimpikan dia. Sebenarnya diri ini sangat rindukan dia, suara dia, nasihat dia, perhatian dia. Berikanlah kekuatan kepadaku ya Allah.

Entry kali ini saya ingin menceritakan kisah bagaimana kami saling mengenali antara satu sama lain. Mesti pelik bukan. Semuanya berlaku secara kebetulan dan semestinya telah diaturkan dengan cukup sempurna oleh yang Maha Kuasa. Disember 2008, saya secara kebetulan ingin menghantar sekeping borang di Pusat Sukan dan kehadiran dia membuatkan hati ini bertanya siapakah dia kerana saya tak pernah melihat kelibatnya sebelum ini. Dia melihat saya dengan suatu pandangan yang pelik (detik hati kecilku) dan disebabkan tiada seorang pun di dalam opis saya terpaksa menyerahkan borang tersebut kepada dia. Lantas dia seakan-akan terkejut dan terus bertanya nama awk farhana ke? "Ya Allah lelaki ini, tak reti baca ke, dah sah-sah kat borang tu ditulis Siti Farhana mestila nama aku farhana.Pelikkah nama aku?" detik hati kecilku. Akhirnya pertemuan yang singkat itu diakhiri dengan ucapan terima kasih.
Setelah itu, semester pun bermula. saya mulai sibuk dengan menghadiri meeting demi meeting. Dan setiap kali meeting di Pusat Sukan, kelibat dia mesti kelihatan. Saya tidak pasti siapakah dia, apakah namanya tetapi hati ini penuh dengan tanda tanya namum saya biarkan ia berlalu. Di setiap kejohanan sukan, pandai betul hati ini untuk menggerakkan mata supaya mencari dia. Pelik kan. Dan setiap kali bertembung, dia pasti akan cuba untuk bercakap dengan saya. Namun perbualan kami biasanya ringkas sahaja memandangkan hati ini yang gelisah setiap kali dia cuba menghampiri saya.
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana kami mula menghubungi antara satu sama lain bukan? Kisahnya semua bermula di gelanggan tenis. Ya tenis.
*airmata tolong sabar ya! ):
Pada suatu petang, hujan yang lebat menyebabkan saya terpaksa menghubungi dia setelah pegawai yang in charge game tersebut memintaku menghubungi abg panjang. Abg panjang? Hatiku mula gelisah, lelaki itukah? oh tidak, terasa malu sangat untuk menghubungi dia walaupun hati ini tak sabar untuk mendengar suara dia.Lantas panggilan pertama pun dibuat ke handphone dia. "Owh sweetnya caller ringtone dia, sama dengan aku," Detik hati kecilku. panggilanku dijawab dengan begitu sopan santun sekali dan apabila saya memperkenalkan diri dia terus mengenali saya, baiknya lelaki ini, dengus hati ini lagi. 
Tenis,
Punca kami saling menghubungi dan saling mengenali dengan lebih rapat. Secara kebetulan, saya telah menyertai game ini bersama my best partner, noorain mohamad dan dia selaku pegawai pemantau tenis pada ketika itu. Di sini, dia mula mendekati saya. (: pernah suatu ketika, dia datang ke gelanggang saya untuk melihat saya bermain. Dan dia adalah arwah Mohd Khairul Azra yang telah pulang ke pangkuan Ilahi pada tanggal 16 Februari 2011. 

p/s : TENIS. Di sini, segalanya bermula. Sungguh indah pada saat itu. Andai masa itu boleh diputarkan....