My Dream

My Dream

Wednesday, February 20, 2013

Darah muda.

darah muda. darah muda sering dikaitkan dengan tindakan seserang yang lebih menjurus mengikut emosi berbanding akal fikiran.

ya, terbukti saya masih lagi mengikut emosi serta mempunyai darah muda. kayu pengukurnya banyak, banyak lagi yang saya perlu belajar untuk mengurangkan darah muda yang mengalir dalam diri saya. saya masih memerlukan bimbingan mereka yang lebih matang mereka yang lebih tua dalam merencanakan hidup saya. tekanan memang ada di dalam jiwa. masalah kadang kadang kecil tetapi apabila diri tidak dapat mengawalnya ia seakan akan membiak menjadi sesuatu yang besar.

mak, ayah. mereka pembimbing saya. seringkali terfikir juga bagaimana nasib yang bakal menimpa andai Tuhan lebih sayangkan mereka? bagaimana dengan saya? sepi. tiada jawapan mahupun hati kecil yang ingin berbicara. pasti saat itu saya keseorangan. bukan nak kata tiada keluarga tetapi masing masing semua pasti dah ada keluanrga. abang pertama, kedua pasti dah ada kehidupan mereka. saya? sepi lagi.

saya percaya pada aturan Tuhan, pasti dia telah merencanakan kehidupan yang terbaik buat saya. maksudnya Dia tahu bila dan apa yang terbaik bagi diri saya. semuanya dia telah aturkan. jadi tak perlu risau hati. yakin sahaja dengan aturanNya.

nota hati : sepi. 


Friday, February 15, 2013

Mimpi.

Semalam setelah tiga bulan tak bermain squash, saya kembali aktif di gelanggang squash. Salah satu kesukaan saya yang amat sangat adalah sukan squash. entah mengapa saya sangat meminati squash. bagi saya, ketika hati saya berduka, ketika saya tiada sesiapa, squash dapat menenangkan saya. 

Semalam setelah penat bermain, saya tidur awal. Selalunya pukul 3,4 pagi baru nak tidur. Setelah hampir dua tahun lamanya, akhirnya semalam saya mimpikan beliau. Mimpi yang saya betul-betul berjumpa beliau. Dalam mimpi tersebut, saya terkejut apabila saya terjumpa beliau. Agak lama saya memerhatikan beliau, saya mengambil keputusan untuk mengekori beliau sehingga saya betul-betul yakin bahawa itu adalah beliau. Beliau nampak tenang dan biasa sahaja, dan hati saya mulai sedih. saya rindu dia. kemudian saya terus berpaling dan bergegas pulang dengan harapan saya dapat lupakan beliau. ketika itu ada beberapa rakan saya menenangkan saya. tiba tiba, kelibat seorang lelaki menghampiri saya. Ya Allah, beliau di hadapan saya. Cumanya beliau langsung tak bercakap. Hanya memandang saya dan cuba menenangkan saya. Saya seakan tidak percaya bahawa beliau masih ada di dunia tapi siapakah insan di hadapan saya? saya keliru, tetapi dalam masa yang sama saya gembira. saya masih ada dia. tiba tiba, saya terjaga. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Saya brmimpi rupanya. Ya Allah, beliau muncul juga. Sekurang kurangnya terubat rindu saya. 

nota hati : Alangkah bahagia jika benar mimpi tadii. tapi mimpi mainan tidur hakikatnya. 

Februari

Februari 2013 pasti berbeda jika dibandingkan dengan februari sebelumnya. Beberapa perkara yang terjadi membuatkan hati semakin ingin mencoretkan serba sedikit mengenai februari. februari merupakan kenangan yang pahit untuk dikenang. manisnya ada, pahitnya juga sama. ketika itu, februari adalah kenangan manis saya kerana pada ketika itu saya telah mengikat tali pertunangan dengan insan pilihan hati. ya, insan itu adalah beliau. seakan kebahagiaan ini milik saya, tiba tiba saya sedar itu semua tidak lama apabila beliau telah dahulu dijmput mengadap Illahi dua belas hari kemudian kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya. Hanya dua belas hari semuanya indah bagi saya.Semuanya berlaku sekelip mata, di bulan februari. 

Aturan takdir menyebabkan saya akur dengan Qada dan Qadar Yang Maha Esa. Sayang saya pada beliau, sayang lagi Sang Pencipta kepada beliau. Itulah pesanan bonda. "Adik kena redha, adik kena bersabar banyak-banyak. Allah sayangkan dia. Ingat Allah selalu, insyaallah hati kita tenang." Itu pesan bonda. Saya redha, semua terjadi ada hikmah di sebaliknya. 

Tahun berikutnya, saya mengharapkan semuanya bebeza apabila kau hadir dengan tiba-tiba. Entah dimana silapnya, kau juga sama. pergi meninggalkan semua yang telah terbina. beza kau masih ada di dunia. ya masih laagi februari tetapi di tahun yang berbeza. 

Kini, februari menjelma lagi. Keadaan yang berbeza, kerana saya sudah tak percaya adanya cinta. Di awal februari tahun ini saya dikejutkan dengan pemergian ibu kepada bakal isteri abang saya. ibu beliau pergi mengadap Sang Pencipta selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. "Ya Allah, engkau tempatkan lah arwah dalam kalangan orang yang beriman dan kau berikanlah kekuatan kepada Kak Fy untuk meneruskan hidup dengan membawa gelaran anak yatim piatu."



nota hati : saya rindukan beliau sebenarnya. walaupun dua tahun masa berlalu.. Al-fatihah buat arwah Mohd Khairul Azra.

Tuesday, February 05, 2013

Success or Failure


Everything depends on our mind.

nota hati : Thesis still in progress. Entah bila nak habis. Hmm.

Sunday, February 03, 2013

Thesis oh Thesis

demam thesis kian terasa. hampir sebulan leka dan bersahaja, sekarang baru sedar yang sebenarnya sudah tiada masa. Walau bagaimana pahit rasa, thesis ini wajib disiapkan jua. Kalau nak ikutkan hati, malasnya bukan main. Tapi apakan daya prinsip hidup tak pernah mengajar membuat sesuatu perkara dan berpaling di tengah perjalanan. Ya, saya seorang manusia yang hidup berdasarkan beberapa prinsip hidup yang telah saya gariskan. Alang- alang membuat sesuatu kerja buatlah sampai ke penghujungnya. Jadi, minggu ini walau apa yang terjadi thesis perlu disiapkan. Perlu dilengkapkan serta submit before last dateline 8februari.


" 'reward' yang kita dambakan pasti mempunyai pelaburannya. senang kata, tiada apa yang mudah di dunia sebenarnya. segalanya perlu berusaha. mahu berjaya, mahu kaya, mahu bahagia semua itu perlu ada usaha. perlu ada maharnya. usaha pula pasti akan ada ganjarannya."

Ya, banyak yang saya perlu korbankan dalam masa seminggu ini. Antaranya, kesukaan saya yang ketara iaitu tidur! Tidur, sukan, socializing semua kena hold dulu. Movie kena buat buat lupa, shopping, karaoke, lepaking semua kena lupakan. Seminggu sahaja Farhana!!! Masa untuk benar benar fokus sudah tiba. Langkah pertama, FB serta twitter telah deactivate kan bagi mengelakkan saya terus leka. Tiada siapa yang ada untuk membimbing saya melainkan prinsip hidup saya. Semoga segala usaha saya tidak sia-sia.

Sebenarbya fun bila bercerita berkenaan research master ni but bila dah lama sangat tinggal almost 6month semua benda seakan berkarat. Everything dah lupa and saya terpaksa baca balik segala paper and journal. Itu sahaja sebenarnya. Saya dah terbiasa dengan kehidupan yang sambil lewa. Enjoy setiap masa sehingga tak biasa untuk belajar semula.

Harap-harap semangat yang baru terbina bertahan lama. Kalau tak lama pun seminggu pun jadilah sehingga sebuah thesia lengkap dapat dihasilkan.

Chaiyok Farhana.

*Jika kau fikirkan kau bole, kau pasti boleh melakukan"

Nota hati: ketepikan hati seketika, tumpuan kepada minda. Mind set is the most important indeed.

Saturday, February 02, 2013

Umpama roda putaran dunia

Sedar atau pun tak, dah nak masuk dua tahun untuk peristiwa pertama dan dah nak masuk setahun untuk peristiwa kedua. Macam tak percaya pun ada, kerana saya masih lagi bertahan. Mungkin kerana sokongan dari keluarga serta sahabat yang tak putus putus rasanya. Jika direnung serta di muhasabah seketika, ada sinarnya. Ada sebabnya kenapa Sang Pencipta mengaturkan pertemuan serta perpisahan sedemikian rupa. Unik kan kehidupan. Tika kecil, memang segalanya tampak sempurna. Sehingga ada seorang sahabat pernah mengatakan beliau cemburu dengan saya. Ya itu dahulu ketika segala yang saya rancang berjalan sempurna. Kini semuanya berbeza. Ungkapan hidup umpama roda, memang benar. Suatu ketika dahulu, ketika zaman zamam di upm saya sentiasa menjadi tempat mengadu domba untuk mereka yang tak berjaya dalam cinta. Demi persahabatan, saya memberi kata semangat bahawa hidup penuh onak dan duri. Walau ketika itu saya tak pernah merasa. Saban hari, segalanya bertukar. Mereka sudah bahagia, tetapi saya masih saya. Setiap apa yang kita beri, ya ada balasannya. Syukur, saya masih ada keluarga. Saya masih ada sahabat yang setia. Susah nam ungkap dengan kata kata betapa mereka ini sangat bermakna dalam hidup saya. Tuhan sentiasa adil. Banyak buktinya. Tuhan mengurniakan saya dengan keluarga sebahagia ini serta teman sesetia ini. Saya masih bahagia dengan kurniaan Tuhan.

Sebagai manusia biasa, tipu jika saya tak mengimpikan sebuah keluarga sendiri. Maksud saya sebuah perkahwinan. Tapi, rasa kepercayaan saya kepada suatu rasa yang dinamakan cinta sudah tiada. Entah, saya rasa cinta itu semuanya dusta. Itu bagi saya, tetapi mungkin benar bagi mereka diluar sana. Indah semua yang dilihat mungkin ada jika di dalam drama. Tetapi realitinya saya tak percaya rasa cinta itu ada.

Rasa suka yang ada mungkin satu petanda bahawa persepsi saya akan bertukar suatu masa nanti. Tetapi rasa suka masih jauh untuk mencapai tahap cinta. Suka bererti suka. Cinta itu suci, cinta itu sebenarnya lahir dari ketelusan hati seorang manusia yang sukar dilahir dari kata kata. Saya mencari, mencari seorang manusia yang saya nampak ketelusan hatinya sehingga saya jumpa erti cinta yang saya lihat di dalam drama.

Nota hati : hati sering ingin berbicara tentang dia

Ketelusan hati

Bibir memang mudah untuk berbicara, melafaz janji yang entah dimana kebenarannya. Riak muka serta tingkah laku jua tidak mampu menilai sejauh mana ketelusan hati si empunya diri. Kadang segalanya tampak benar tetapi hakikat sebenar semuanya dusta. Bagaimana hendak menilai ketelusan hati manusia jika ini sejarahnya? Manusia tetap manusia. Sering berdusta, cumanya berbeza niat serta tujuannya. Ada yang berdusta demi kebaikan ada pula demi kepentingan dirinya. Tiada siapa yang tahu tujuan sebenar melainkan Yang Maha Kuasa.
Susahkan kehidupan. Saban hari, pelbagai pentas drama manusia terpaksa kita tempuhi. Yang mana kita sendiri tidak sedar mana duri atau madunya. Yang nyatanya pun sukar dinilai inikan pula ketelusan hati insan yang bernama manusia. Tak terdaya untuk menilai. Saya masih percaya, jika kita mempunyai ketelusan hati pasti kita tidak mudah terpedaya. Walau pernah kecewa, saya masih percaya dengan kata hati saya.

Nota hati : tiada manusia yang sempurna