My Dream

My Dream

Tuesday, August 23, 2011

Sebaris Doa Buat Arwah


Baru pulang dari Pahang setelah dua hari bermalam di sana. saya sempat menziarahi pusara arwah memandangkan raya ini saya akan pulang ke Alor Setar,Kedah. Segalanya alhamdullilah berjalan lancar cuma kadang-kadang terdetik jua hati ini untuk bertanya benarkah semua ini? lama juga termenung tatkala melihat batu nisan yang tertera nama beliau. Bagaikan mimpi semua ini. Alangkah baiknya jika otak kita seperti komputer di mana kita boleh menekan button 'delete' untuk membuang segala memori yang tidak diinginkan. Ingatan puasa pada tahun yang lepas masih terngiang di mana saya telah berada di sini bersama beliau. Ketika itu, arwah ayah beliau sedang nazak dan akhirnya telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 11 Ramadhan. Sudah genap setahun arwah ayah beliau pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan telah genap enam bulan beliau pergi mengadap Ilahi. (Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Khairul Azra bin Khairuddin). Ibu beliau sudah semakin pulih cuma nampak susuk tubuh badannya yang susut. Tak selera makan katanya. Saat kepulangan saya di sana, mak sangat berselera makan. Hajatnya saya ingin pulang ke upm semalam tetapi setelah didesak oleh ibunya untuk tinggal di sana lama sedikit,saya terpaksa akur. Tak sampai hati ingin mengecewakannya.


Esok sudah mau pulang ke kampung halaman sehingga 3 Septemper. Insyaallah agak lama kepulangan pada kali ini. Persiapan raya pada tahun ini biasa-biasa sahaja. Masih belum berkesempatan untuk membeli baju raya. Sejak meningkat dewasa, keinginan untuk memiliki baju raya semakin berkurang jika dibandingkan zaman kanak-kanak dahulu. Tambahan pula, sibuk dengan penyelidikan dan pengarajan menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk membuat sebarang persiapan raya. Okay, di kesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger, ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam. Mohon maaf dipinta andai telah terkasar bahasa sehingga mengguris rasa kalian semua.




Pesanan Ikhlas : Semoga selamat pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalanraya. Saya fobia dengan jalanraya. Sekian.  

Thursday, August 18, 2011

tidak pasti

kenapa perlu berdalih jika tidak boleh? kenapa perlu mendengar jika tidak mampu? sukar kan untuk pulih, tetapi kenapa mudah biarkan ia bersedih? bolehkan untuk berdalih seketika tanpa perlu menjawab soalan yang dikemuka. tu lah tu. saya tetap saya. saya tidak reti untuk berdolak dalih. tetapi saya sangat pandai menyembunyikan perasaan saya. mungkin kalian tidak tahu bila saya marah, bila saya sedih dan bila saya kecewa. mungkin saya nampak cool tapi saya tetap manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. jangan terlalu mudah untuk menilai saya kerana saya bukan seperti yang kalian sangkaan. maaf saya tidak sempurna.

*sekurang-kurangnya saya tahu


nota hati : Tolonglah tegas.

Saturday, August 13, 2011

Masih neutral kah saya?

Mungkin bukan selalu tetapi kadang-kadang ia terlintas. Terdetik. Secara tak sengaja. Dapat membayangkan segalanya masih seperti kebiasaan apabila ia melintas. Tetapi maaf ia tidak boleh dilayan atau terus melayan. Maaf. Saya harus tinggalkannya untuk kebaikan semua.  

Kadangkala saya terasa seperti sendirian. Ketika itu saya menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang saya lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Saya kecewa dengan ketentuan yang diciptakan dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan minda. Lalu saya hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Mungkin ketika itu jua, saya hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Namun, sebenarnya tanpa saya sedari dugaan tersebut sebenarnya banyak telah mengajar saya. Mengajar erti menerima, mengajar erti kesabaran dan mengenal apa itu janji-janji Allah. Sesungguhnya tiada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan pasti akan ada bayaran. Contohnya Allah hadirkan pelangi yang indah dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Tiada guna kaya harta kalau tidak reti bersyukur.
Tiada guna pandai kalau tidak reti berterima kasih.
Tiada guna dipuji dan berstatus tinggi jika tidak reti menghargai.
Tiada guna hidup lama jika tidak reti bertafakur.
Tiada guna kita mengejar nikmat dunia semata-mata dan lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan yang tidak pasti


(sumber : iluvislam.com)


nota hati : Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah 

Monday, August 01, 2011

Lost

Benar kata mereka. Sesekali perasaan fedup tu akan muncul. Sedang mencari kembali mood-mood yang hilang entah ke mana. kerja di lab sedang tertanggung hampir 3 minggu. Arghhhh. Risau jika keadaan ini berterusan. Semangat semangat Fana !!!

Okey. Sempena Ramadhan yang kembali menjelma, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menempuh ramadhan Al-Mubarak. Semoga sama-sama kita perbaiki diri masing-masing.

Nota hati : Tidak dilupakan al-fatihah buat beliau. Semoga Ramadhan ini dapat membahagiakan beliau di sana. Amin.