My Dream

My Dream

Friday, March 11, 2011

110311-04

Jumaat yang mulia dimulai dengan hujan membasahi bumi UPM.
Indah sekali hari ini jikalau ada dia bukan. Tapi itu sama sekali tidak mungkin berlaku. Pagi-pagi lagi hati ini dah mula bertanya, kenapa aku? kenapa dia? kenapa kami? pasti ada hikmah bukan. cuma hati ini terasa terlalu berat untuk menerima, mata ini terlalu payah untuk berkelip, mulut ini terlalu berat untuk bercakap, otak ini terlalu malas untuk berfikir, dan kaki ini terlalu berat untuk melangkah. ya melangkah ke hadapan. tapi bagaimana? terima kasih buat ahli keluarga yang tidak jemu untuk memberikan sokongan, begitu juga rakan2. kata mereka, saya harus kuat dan banyakkan bersabar. suma ini pasti ada hikmah. ya, saya mengerti maksud kalian semua. cuma saya sudah tidak mampu. saya sangat rindukan dia. saya betul2 perlukan dia. tetapi hati saya yakin Allah sedang menguji saya, Allah ada bersama saya, Allah lebih tahu segalanya.Saya dan dia hanya manusia biasa. Kami merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. ya, cubalah. belajarlah untuk menerima wahai hatiku. Ya Allah jika ini adalah yang terbaik buatku, kau berikanlah petunjuk kepada ku ya Allah. Mudahkanlah hati ini untuk menerima, kuatkanlah ia dengan iman kepadamu ya Allah.

p/s : berfikir sejenak, ke manakah hendak membawa diri ini pada esok hari? sangat perit untuk membiarkan diri ini berada di sini lagi.

4 comments:

  1. kak na,,
    jgn sedeh2 lagy kakna~
    kakna kuat kan~
    kakna tabah!
    azra pn respcet sgt ngn kakna!!!

    ReplyDelete
  2. huhu tq azra. insyaAllah. sama2 kita doakan arwah ya. huhu

    ReplyDelete
  3. Ain yang terlebih Comei12 March 2011 at 18:28

    orang lain hanya bleh mberi nasihat dan dorongan, yang perlu melaluinya diri sendiri.. jadi, kuat dan tabahlah untuk diri sendiri bukan kerana orang lain.. dan adakalanya, menangis la klau ia dapat melepaskan bebanan yang tersimpan tapi jangan pernah menyerah dan berputus asa..

    ReplyDelete
  4. askum farhana..
    nie aku mat klantan..
    takziah..
    aku xtau pon..
    nie pon aku terbaca td..
    apa pon aggp la ni salah satu dugaan yang tuhan nak bagi kt kita..

    ReplyDelete