(Hidup bagaikan layang-layang, bila angin membadai ia terus terbang mencecah awan. Namun bila talinya terputus, ia hanyut dibawa angin, menyerah kepada takdir.)
Pagi Jumaat yang mendung membuat hati tersentuh tatkala mendengar sebuah lagu. Fikiran tertumpu kepada mak ayah di Alor Setar, Kedah. Mereka adalah ibu bapa yang terbaik pernah saya ada, Mereka sangat hebat, mereka sangat tabah, mereka sangat saya kagumi.
Buat Ayah : Abu Osman B. Awang dan Ibu : Fatimah Bt. Hj. Mohd Zain
Adik sayang mak ayah sangat². Terima kasih untuk segalanya mak ayah. Salam Ramadhan buat mak ayah di kampung.
nota hati : Ya Allah, saya sangat perlukan mereka. Janganlah Engkau uji aku dengan mereka Ya Allah panjangkan umur mereka, berikan kesihatan yang baik kepada mereka dan bahagiakanlah mereka untuk dunia dan akhirat. . Amin.
Kem Pedati : Sebuah pengalaman yang tidak ternilai harganya. Berpeluang bertemu dengan adik-adik yang sedang berjuang untuk mencari sebatang jalan yang lurus. Sangat bersyukur. Buat kumpulan Telur, tempoh tiga hari bersama rasanya terlalu singkat untuk mendekati kalian semua. Segala kenangan yang kita ada bersama tidak mungkin dilupakan. Kenangan ketika sama-sama bertukus lumus menyiapkan menara, kenangan bekas kacang panas yang aney buat, makan bersama-sama dan semuanya. Terima kasih adik-adik kerana menunjukkan perubahan dalam diri adik-adik. Terharu sangat. Bila dah 3rd day tu, akak nampak perubahan korang. Teruskan ya. Selamat berjuang semua kepada adik-adik SMV Kota Tinggi. Sayang adik-adik semua.
p/s : Yang penting SABAR kerana orang yang sabar tak pernah rugi, pasti ada ganjaran disebalik kesabaran itu. Allah tak pernah menguji seseorang melebihi kemampuan beliau.
dedikasi khas buat Group Telur ::
*cuba dulu macam akak cakap malam tu, tengok berhasil ke tak. Semoga berjaya*
Alhamdullilah mereka telah selamat bertunang pada 09 Julai 2011. Tahniah korang. Selamat menempuh alam pertunangan. Semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin ya.
SelamatBertunangMohd Alif dan Norhafizza :)
nota hati : mendoakan segalanya dipermudahkan buat mereka. Amin.
Lab work asyik tak jadi. tak jadi dan terus tak jadi ja ni. Huhu. Risau dengan keadaan ini menyebabkan mood yang tak seberapa baik sejak dua tiga hari yang lalu. Hati terasa ingin pulang ke kedah untuk relaks. Sedang mencari masa yang sesuai untuk pulang. Terasa bosan dengan kesibukan dunia. Huhu. :(
Semakin banyak perkara yang bermain di fikiran. Setiap kesulitan pasti adanya kemudahan. Saya percaya pada itu. Cuma kadang-kadang terasa kesenangan banyak melalaikan saya. Aturan Allah itu sudah cantik. Setiap pertemuan dan perpisahan pasti bersebab. Pasti ada objektifnya. Pasti ada sesuatu di hadapan. Pemikiran secara positif mungkin dapat menenangkan fikiran yang agak serabut pada ketika ini. serabut dengan perkara yang saya pun tidak pasti. cuma yang saya tahu, saya keliru, saya tersepit. huhu. melihat itu, melihat ini dan melihat sekeliling menyebabkan saya keliru. apakah tindakan serta ucapan yang patut dikeluarkan supaya tiada yang terguris? tiada yang menyimpan rasa di dada. saya insan biasa, maafkan saya untuk segala kelemahan saya.
nota hati :: al-fatihah untuk arwah Mohd Khairul Azra. Semoga beliau bahagia di sana. Amin.
hanya dua. hitam atau putih. tiada kelabu. sentiasa berbelah bagi antara hitam atau putih. mungkin itu yang telah diaturkan untuk saya. hopefully, dipermudahkan untuk memilih hitam atau putih dan diberikan kekuatan untuk membebaskan diri daripada kelabu. saat ini, mungkin perlukan ruang seketika untuk berfikir secara bersendirian. itu yang lebih baik.
Cantik kan ciptaan ini. Tak perlu fikir masalah kehidupan. Tak perlu menjaga hati sesiapa. Tak perlu didesak oleh apa-apa. Terdetik untuk menulis mengenai beliau memandangkan beliau berada dekat dengan saya pada ketika ini menyebabkan saya teringat akan beliau. Sesungguhnya beliau sungguh indah bagi saya. Saya suka beliau !
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk akan kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada.
Usahlah memandang semua dengan pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dengan pandangan hati kerana hati menjamin kebahagiaan sepanjang hayat.
p/s : esok mau pulang ke kedah. semoga segalanya selamat. :)
Insan. Terdedah kepada kesusahan, kesenangan, kesedihan, kegembiraan dan lain-lain. Itu realiti kehidupan di dunia. Insan bukan Tuhan yang kebal kepada panahan duka dan sengsara. Namun insan mempunyai Allah yang sentiasa ingin mendengar rintihan hambanya. Setiap kesusahan pasti disusuli dengan kesenangan. Bersabar ketika menghadapi dugaan dariNYA insyaallah ada kemanisan yang menanti di hadapan. Alhamdullilah kehidupan saya sekarang lebih baik dari sebelumnya. Sangat bersyukur dengan pemberian Allah swt.
nota hati : insan itu istimewa rupanya. bersyukur dilahirkan sebagai seorang insan. :)