My Dream

My Dream

Thursday, December 22, 2011

kasih seorang ayah

kadang kala ketika kita terlalu sibuk dalam melakukan sesuatu pekerjaan mungkin kita sering kali alpa kepada mereka-mereka yang penting dalam hidup kita. sebagai contoh ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. kita juga mungkin sering kali alpa dan tidak menyedari yang usia mereka semakin meningkat hari demi hari dan untuk suatu ketika nanti mereka akan pergi meninggalkan kita menyahut seruaan Illahi. Suatu ketika nanti itu mungkin 10 tahun lagi, mungkin setahun lagi atau mungkin jua esok hari. Segalanya mungkin.
Ironinya begini.
Seorang ayah yang setiap hari dan setiap masa merisaukan keselamatan serta kesihatan anaknya selalu bertanya khabar anaknya. Mungkin di saat kesibukan melanda, anak itu merasakan bahawa dia sudah dewasa dan mungkin tidak perlu dilayan seperti usianya ketika kecil dahulu. saban hari berlalu, si ayah masih dengan sikap gigihnya mengambil berat akan si anak. Suatu  hari, si ayah ditimpa serangan jantung menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital. walaupun begitu, beliau masih memikirkan perihal anaknya dan bimbang jika si anak akan risau akan kesihatannya jika si anak mendapat tahu akan keadaannya. jadi, beliau merahsiakan keadaan kesihatan dirinya semata-mata tidak mahu anak kesayangannya itu risau. Segala proses ketika di hospital diuruskan oleh rakan baiknya memandangkan isterinya tidak tahu memandu. Selama dua hari si ayah berada di hospital dan ketika itu beliau tidak dapat 'call' anaknya disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selepas dua hari, beliau dibenarkan keluar dari wad dan beliau meneruskan rutin hariannya iaitu call anaknya. 

Persoalan di sini, tahukah si anak bahawa di sebalik kesibukan kerjanya ada seoarng insan yang terlalu penting dalam hidupnya sedang berjuang untuk meneruskan sisa-sisa beliau? Insan itu adalah yang acap kali bertanya, sihat ke? Dah makan belum? cukup duit tak? 

Di sini, saya sedar dan terfikir bahawa besarnya pengorbanan seorang ayah. dan tanpa saya sedari sebenarnya setiap panggilan telefon saya datangnya dari seorang ayah dan ibu. tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada mereka. Jarang sekali saya call mereka. Kalaulah si anak tadi seringkali call si ayah, di situ mungkin dia akan mendapat tahu tentang keadaan ayahnya. Apa yang saya lihat berdasarkan apa yang dilalui oleh insan yang bergelar bapa baru-baru ini.  Lantas, saya teringatkan ayah saya yang sama sikapnya seperti si ayah tadi. Sebak rasa hati apabila terfikir pengorbanan serta hebatnya beliau bergelar seorang ayah kepada saya. 

Mungkin disini, kita perlu belajar untuk menghargai insan-insan disekeliling kita. Setiap perbuatan, setiap kata-kata harus dijaga agar mereka tidak terguris. kerana sekali mereka pergi, mereka tidak akan kembali lagi. 

nota hati : jangan cari kesempurnaan tetapi belajarlah menghargai.

No comments:

Post a Comment