My Dream

My Dream

Wednesday, July 24, 2013

24 Julai 2013

Kadangkala apabila akal kita menidakkan satu perkara, hati sering tak setuju lalu mengikut nalurinya yang songsang dengan keputusan akal. Itulah manusia. Kiri atau kanan sebenarnya jawapan sudah terang di depan mata tetapi bila hati mula berbicara semuanya berubah menyebabkan kita keliru tentang haluan yang harus di pilih. Tak mengapa kerana saya percaya masa adalah segalanya. Kesabaran menanti segala masalah yang menimpa haruslah ada supaya kita kuat mengharungi hari hari yang sukar. Dia. Perasaan itu sepatutnya tak wujud antara saya dan dia kerana masing masing tahu endingnya bagaimana. Cuma ada ketika hati masih degil. Pengalaman lama menyebabkan saya tahu untuk memujuk hati bagaimana untuk melupakan serta meneruskan kehidupan seperti biasa. Alhamdullilah saya okay dan jujur saya akui saya sebenarnya takut. Takut untuk menyerah hati sewenang wenangnya kepada insan bergelar manusia. Cukuplah hati saya pada Yang Maha Esa dan keluarga. itu lebih berbaloi pastinya. 

Tipu jika saya katakan saya tak inginkan kehidupan seperti rakan rakan yang lain yang mendirikan rumahtangga, mempunyai cahaya mata serta fokus kehidupan bersama insan yang disayangi. Masanya mungkin belum tiba, pujuk hati kecil. Pandanglah dari sudut berbeza, bukan apa masih banyak lagi insan yang lebih tak bernasib baik daripada saya. Itulah kata kata semangat. Semangat pada diri supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Sang Pencipta. 

Allhamdullilah semoga senyuman ikhlas yang mampu saya ukirkan pada saat dan waktu ini kekal selamanya. Amin :)

nota hati : biar sendiri hingga hujung nyawa agar tak sepi dari kasihNYA.

No comments:

Post a Comment