My Dream

My Dream

Tuesday, August 23, 2011

Sebaris Doa Buat Arwah


Baru pulang dari Pahang setelah dua hari bermalam di sana. saya sempat menziarahi pusara arwah memandangkan raya ini saya akan pulang ke Alor Setar,Kedah. Segalanya alhamdullilah berjalan lancar cuma kadang-kadang terdetik jua hati ini untuk bertanya benarkah semua ini? lama juga termenung tatkala melihat batu nisan yang tertera nama beliau. Bagaikan mimpi semua ini. Alangkah baiknya jika otak kita seperti komputer di mana kita boleh menekan button 'delete' untuk membuang segala memori yang tidak diinginkan. Ingatan puasa pada tahun yang lepas masih terngiang di mana saya telah berada di sini bersama beliau. Ketika itu, arwah ayah beliau sedang nazak dan akhirnya telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 11 Ramadhan. Sudah genap setahun arwah ayah beliau pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan telah genap enam bulan beliau pergi mengadap Ilahi. (Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Khairul Azra bin Khairuddin). Ibu beliau sudah semakin pulih cuma nampak susuk tubuh badannya yang susut. Tak selera makan katanya. Saat kepulangan saya di sana, mak sangat berselera makan. Hajatnya saya ingin pulang ke upm semalam tetapi setelah didesak oleh ibunya untuk tinggal di sana lama sedikit,saya terpaksa akur. Tak sampai hati ingin mengecewakannya.


Esok sudah mau pulang ke kampung halaman sehingga 3 Septemper. Insyaallah agak lama kepulangan pada kali ini. Persiapan raya pada tahun ini biasa-biasa sahaja. Masih belum berkesempatan untuk membeli baju raya. Sejak meningkat dewasa, keinginan untuk memiliki baju raya semakin berkurang jika dibandingkan zaman kanak-kanak dahulu. Tambahan pula, sibuk dengan penyelidikan dan pengarajan menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk membuat sebarang persiapan raya. Okay, di kesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger, ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Islam. Mohon maaf dipinta andai telah terkasar bahasa sehingga mengguris rasa kalian semua.




Pesanan Ikhlas : Semoga selamat pulang ke kampung halaman. Berhati-hati di jalanraya. Saya fobia dengan jalanraya. Sekian.  

No comments:

Post a Comment