My Dream

My Dream

Thursday, September 22, 2011

perjalanan yang jauh barangkali

Silap. Disangkakan hati ini betul-betul kuat. rupanya ia masih lemah. mungkin tak selemah dahulu tetapi yang pasti ia masih lemah. masih terlalu mudah untuk membenarkan titis-titis air itu mengalir. kata orang proses pembelajaran itu sebenarnya adalah sepanjang hayat. setiap detik yang dilalui sebenarnya adalah ujian-ujian yang diciptakan untuk mengajar kita erti kesabaran, kesyukuran dan keyakinan kita terhadap Qada dan QadarNya. ya manusia itu tidak sempurna sifatnya. saya akui saya mempunyai banyak kelemahan. sedar ataupun tidak sebenarnya saya ada berusaha untuk perbaiki kelemahan saya itu. kalau dulu saya jarang untuk menghargai apa yang saya punyai, sekarang saya sangat menghargai untuk segala apa yang saya nikmati. banyak yang saya faham dengan perjalanan yang diaturkan oleh Yang Maha Esa. saya berusaha untuk bangkit pada suatu masa dahulu ketika saya betul-betul jatuh tersungkur. alhamdullilah ketika itu banyak tangan yang menghulurkan bantuan. syukur. cuma harapan saya, setelah saya melepasi ujian-ujian itu janganlah kalian memandang dan menganggap saya terlalu kuat dan tabah kerana sebenarnya saya masih lemah dan perlukan bantuan kalian semua untuk teruskan perjalanan hidup yang masih jauh barangkali.


nota hati : hati merintih, terkunci mulut membisu

2 comments:

  1. setiap insan akan berasa begitu bila berada dlm keadaan yg sangat2 sukar..seperti yg kamu telah lalui..sy pun telah lalui saat2 sukar seperti kamu...sentiasa ingat pd family dan paling ptng ingat pd Nya..kite hamba allah bertuah kerana terpilih utk diuji dugaan seperti ini..Nya sentiasa akan menguji dan ujian itu akan menjadikan kita semakin kuat & tabah :-)

    ReplyDelete
  2. thanx sahabat atas sokongan dan ingatan. semoga anda juga tabah. ;)

    ReplyDelete