My Dream

My Dream

Saturday, October 29, 2011

Realiti Hidup

Okay entry kali ini saya ingin berbicara sedikit berkenaan realiti hidup. Bukan apa, sejak dua menjak ni otak sering terfikir mengenai kehidupan. Diri seolah-olah kian sedar bahawa sebenarnya benar kita sentiasa diuji. Setiap insan yang bergelar manusia ada dugaan serta liku-liku hidup yang telah ditempuhinya. Cuma kadang-kadang bila kita menerima dugaan itu, kita sentiasa merasakan untungnya berada pada tempat orang yang sedang gembira itu, dan malangnya diri kita yang sedang berdepan dengan musibah ini. Untuk semua sahabat yang saya sayangi, saat kalian berdepan dengan dugaan dan ujian dari yang Maha Esa ingatlah sebenarnya diri kalian sangat bertuah kerana Allah sentiasa mengingati kalian. Apabila bercakap dari hati ke hati dengan kalian sebenarnya saya kagum kerana berdirinya wanita di hadapan saya adalah wanita yang sangat tabah dan cekal hatinya. Saya tidak pasti jikalau saya mampu menghadapinya jikalau saya berada di tempat kalian. Jadi apa yang dapat saya bantu pada ketika ini adalah memberi dorongan serta semangat buat kalian bahawa hidup ini sebenarnya tidak seperti yang kita sangkaan. Ya mungkin benar, kita sangkakan hujan hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Terlalu banyak perkara yang terjadi membuatkan saya sedar dunia ini tak seindah serta tak semudah yang disangkakan. Mungkin dahulu saya sangat naif dengan menyangkaan hidup ini sangat mudah perjalanannya. Kini semuanya terjadi dan saya akur dengan ketentuan yang Maha Mengetahui. Buat teman, mungkin kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan mungkin kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu. Allah lebih mengatahui segalanya. Serahkan segala perjalanan ini kepadaNya semoga kita semua hidup dalam keberkatan serta diredhaiNya. Insyaallah. :)

nota hati : pantasnya masa berlalu. semuanya telah berubah.

No comments:

Post a Comment