My Dream

My Dream

Saturday, June 02, 2012

Manusia, Jangan Give Up!

liku hidup yang telah dilalui mungkin banyak mematangkan diri. pengajaran yang lalu mengajar erti kehidupan yang sebenar. memberi ruang untuk mencuba menampakkan segalanya baik-baik sahaja supaya tiada yang bimbang serta gundah gulana lagi. sudah cukuplah saya menyusahkan mereka. manusia, memang mudah untuk melafazkan kata. hanya dengan sebaris kata sahaja, seolah-olah segalanya Tuhan telah mentakdirkannya.

Ya, saya tak menafikan itu semua. tapi cuma, senangnya manusia melepaskan tangan tanpa usaha yang terlebih dahulu di utama? kalau begitu mudah untuk melafazkan segalanya takdir Tuhan, mudah jadinya hidup ini. pergi mencuri, alasannya Tuhan telah mentakdirkannya menjadi pencuri. sedarkan manusia bahawa mereka memiliki pilihan. diberi akal melebihi makhluk Tuhan yang lain, tujuannya untuk membuat pilihan dalam melakukan sesuatu perkara. pandangan saya mungkin berbeza atau mungkin jua salah. tapi itulah yang saya rasa. sebagai manusia, jangan terlalu menyalahkan Tuhan atas segalanya.

kita istimewa, kita sempurna akal fikiran, kita patut berusaha. jangan mudah mengalah. Allah tak suka. setiap perjuangan ada halangan kerana Tuhan mahu menguji sejauh mana kita akan bertahan. untuk menguji kesabaran kita. semua yang buruk terjadi sebenarnya atas pilihan kita. kesalahan yang kita lakukan sebenarnya atas kelemahan kita. tak mengapa, kerana peluang sebenarnya masih ada. tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan. sebab itu jugalah ada kata maaf dalam bicara.

bagi saya, tidak sukar untuk memaafkan manusia kerana saya mahu suatu hari nanti manusia juga mudah memaafkan saya. kita hidup hanya sekali di dunia, ketepikan semua ego di dada. tiada rugi mengalah dalam bicara selagi tidak melampaui batasnya, Allah kan tiada cacat cela. Dia tahu segalanya. cuma kita sebagai manusia cuba lah berusaha dulu sedaya upaya, akhir sekali jadikan doa dan tawakal sebagai penghujungnya. jangan sesekali mengatakan tidak selagi tiada usaha yang terlaksana. itu rugi namanya. 

ini prinsip saya, insyallah saya akan mencuba selagi terdaya kerana saya risau saya akan menyesal kelak jika tidak mengambil peluang yang ada. saya hidup hanya sekali. selagi saya masih bernafas, insyallah saya akan mencuba dan memberi yang terbaik untuk semua mereka. lumrah manusia, pasti ada jua kekhilafan di mana-mana. jadi maaf di pinta dari pihak saya untuk semua manusia yang pernah kenali saya.


nota hati : memang tak patut tangisi untuk setiap yang tiada setelah usaha tetapi patut tangisi untuk setiap yang tiada tanpa usaha.

No comments:

Post a Comment