My Dream

My Dream

Sunday, July 15, 2012

Kepedihan Lama

bila membaca kembali diari lama, kesakitan dan kepedihan itu masih terasa. mengenang kepedihan itu jadi memang wajar, hati telah tiada rasa. bukan tawar lagi rasanya, tetapi hilang terus bagai tak pernah ada.  

luahan ini dah lama, 3 bulan lebih dah rasanya. saja nak mengambil iktibar dari sejarah lama supaya keadaan menyiksa tak berulang lagi untuk kesekian kalinya. 

040412
alhamdullilah selamat sampai. moga diberi ketenangan di sini. pelbagai yang terjadi sepanjang perjalanan tadi. pertamanya, satu kemalangan yang berlaku betul-betul di depan mata. ya allah, pertama kali saya melihat kejadian seperti itu. kelu. tidak tahu apa yang patut dilakukan. kelihatan dua buah motor telah berkecai di tengah-tengah jalan dengan dua buah lori dari arah bertentangan. dan di situ juga, saya berada di tengah-tengahnya. dengan keadaan diri yang lemah tidak bermaya, ditambah pula memang saya mabuk darah yang berwarna, saya keliru. takut pengsan dengan tiba-tiba. tanpa sebarang kata, perjalanan diteruskan dengan berlinangan airmata. berdoa agar mangsa selamat semuanya.

selepas jauh melepasi tempat kejadian, kelihatan pula sebuah motosikal yang berada dalam keadaan mencurigakan, sentiasa berada di belakang saya walaupun saya telah memperlahankan kereta. tiba-tiba teringat pesan ayah yang tercinta betapa bahayanya memandu sendirian tanpa teman bicara. kali ini, tiada siapa melainkan memohon Allah membantu lagi. 
Ya Allah, lindungilah hambamu ini. 
Sesekali mata terpandang cermin belakang dan kelihatan lelaki yang membonceng motosikal tadi bersedia mengeluarkan sesuatu, ya rabbi. Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya saya ketika itu. Tangan terasa sejuk lantas mencapai telefon bimbit untuk  membuat panggilan. namun, kawan saya pula tidak menjawab panggilan tersebut. Beberapa minit kemudian kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat bahawa ada sekatan jalan raya di hadapan. Ya Allah bersyukurnya rasa. Setibanya di tempat sekatan jalanraya tersebut, beberapa orang polis memberi isyarat untuk memberhentikan kenderaan. Saya tak pasti mengapa, tetapi motosikal tadi lama disoal oleh polis dan sehingga saya meneruskan perjalanan kelibat motorsikal tadi tidak kelihatan lagi. Alhamdullilah ya Allah.

"Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak patah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran". (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

nota hati : sedang mencari penawarnya.

050412
walaupun tengah cuba sekali sekala masih lagi trauma. trauma dengan segala yang menimpa. mengapa, mengapa? ya allah setiap persoalan di dalam dada menyebabkan saya rasa sangt berdosa kepada Sang Pencipta. kerana seolah olah saya tidak dapat menerima Qada dan Qadarnya. Ya untuk anda yang menilai mungkin tidak merasa betapa saya menderita sebenarnya. kalau boleh, saya pun ingin mencipta kebahagiaan yang anda-anda rasainya. cumanya saya tidak cukup bernasib baik untuk merasa. mungkin semua salah saya kerana begitu senang menerima tetapi saat itu saya mengikut apa yang diajarkan kepada saya adab-adab memilih dan menerima. akan tetapi akhirnya, semuanya sama. musnah juga. memang saya masih tak dapat menrima kenapa hidup saya selalu sahaja bencana? kenapa harus saya? saya pun lemah seperti semua, saya pun punya hati dan perasaan seperti insan di luar sana. tapi masih saya yang kena. masih saya. memang saya percaya ada hikmah di sebaliknya tetapi untuk bulatkan hati menerima takdirnya memang memakan masa. 

Benda pertama yang berada di minda ketika celik mata ialah ya Allah sedihnya. itulah yang mematahkan semangat untuk bangun seperti biasa. namun begitu, saya kuatkan jua semangat. bangun, sarapan dan buat seperti biasa. ternyata hari ini lebih baik dari sebelumnya. terima kasih ya tuhan. sudah, sudah laa. tak perlu fikir benda yang sama. banyak lagi yang menanti untuk anda, tolong lah teruskan hidup seperti biasa. sumpah saya tengah cuba.

Senang cerita, tiada jodoh. Itulah sebenarnya. Tutup cerita. 

nota hati : titis-titis dalam hati hanya Allah yang tahu deritanya.

060412
seharian tidur tanpa memikirkan apa-apa memang sangat menyiksa. badan terasa lemah tak bermaya. entah kenapa terasa jatuh semula,mungkin kesan dari pelbagai perkara yang menimpa pada hari sebelumnya. fikiran entah ke mana sehingga terlanggar kereta orang. memang salah saya sebenarnya, jadi tak perlu kata apa-apa. hanya tahan telinga untuk mendengar orang itu berkata-kata. entah la, tak tahu lagi nak bahagi ke mana fikiran ini. sangat serabut, bukan tak cuba tetapi belum berjaya untuk berhenti memikirkannya. terasa nak tidur selama-lamanya, jadi tak perlu lagi merasa derita ini semua. dengan keadaan masih begini, terasa takut untuk pulang, takut menyinggung perasaan semua. tapi sampai bila? 

end up, dengan janji kepada diri sendiri. setelah hampir seminggu meninggalkan mereka semua alhamdullilah akhirnya berjaya bangun dengan sempurna.

080412
mulai esok, saat melangkah kaki kembali ke UPM jangan sesekali fikir benda yang dah lepas. hidup mesti diteruskan. live your life happily Farhana. fokus master, buat kerja dan cuba lawan perasaan tu. memang tak ada siapa kata ia mudah, tp untuk lawan tak salah kan? yakin pada ketentuan Allah, teruskan hidup. Insyaallah suatu hari nanti semua kembali seperti biasa. Kau kuat, kau tabah. Allah takkan membebani seseorang dengan ujian yang melebihi kemampuannya, Allah pilih kau kerana kau mampu, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang Dia kasihi. Cumanya sekarang kau percaya dan yakin pada janjinya, percaya dan yakin pada diri yang kau mampu tempuhinya. jangan tanya kenapa kau, kenapa ssemuanya terjadi kerana jawapannya kau pun tahu. ada sesuatu yang tersembunyi yang kita semua pun  tak dapat melihatnya kini, jadi bersabarlah. jangan kalah pada syaitan durjana Farhana.


090412--------------> BERJAYA
=)

nota hati : alhamdullillah syukur semua mimpi ngeri telah sampai ke penghujungnya.

No comments:

Post a Comment