My Dream

My Dream

Friday, September 07, 2012

Jodoh di tangan Tuhan


Sedang lama tidak menulis, hari ini terasa ingin mencoretkan serba sedikit berkenaan jodoh serta perasaan. Benar, jodoh terletak di tangan Tuhan. Sukar, jika mahu mengungkapkan apa sebenarnya jodoh. Jauh sekali ingin mengenal pasti siapakah jodoh kita. yang pasti jodoh itu ada. Semuanya bagai sambungan cerita, hari ini  seseorang yang berpangkat ayah kepada saya menasihati bahawa perempuan single macam saya perlu meluangkan sedikit masa untuk memikirkan hal jodoh. Katanya, kita patut berusaha di samping doa yang berterusan. Sampai satu tahap apabila perempuan itu sudah bekerjaya serta selesa, dia perlu memikirkan hal jodoh. Sukar, kerana banyak pengalaman lalu. Jujur saya katakan, saya menutup pintu hati saya untuk menerima kehadiran insan intimewa di ssi. Mungkin belum tiba masanya. Buat masa sekarang, saya lebih rela bersendirian daripada menerima kehadiran sesiapa. Mungkin dia baik dari pandangan mata, tetapi susah kalau hati belum bersedia. Kerasnya hati mungkin kesan daripada yang lama. Lumrah manusia mungkin mahu berumahtangga tetapi biarlah kalau itu bukan saya. Saya dah tiada rasa ke arah berumahtangga. Mungkin kedengaran saya bagai putus asa, tetapi aturan Tuhan membawa rasa serik untuk saya mengulangi segalanya. Cukuplah rasa derita. Doa saya, berilah saya kebahagiaan dan kekuatan untuk saya menempuh kehidupan ini sendirian. Ini pilihan saya, memang saya memilih untuk bersendirian. Sampai bila, itu tugas yang Maha Kuasa.

nota hati : biar apa kata mereka, saya teguh dengan pendirian bahawa bersendirian lebih bahagia.

No comments:

Post a Comment