My Dream

My Dream

Tuesday, April 03, 2012

02-04-12

Kalau lah segala gundah, resah gelisah, rindu, sayang ini dapat dihembus pergi. Usaha, usaha, usaha dengan doa. maaf. memang banyak yang terluka dengan keadaan begini. jangan dilayan saya jika saya sedang begini, takut-takut saya menyinggung perasaan kalian walaupun saya tidak sengaja. masa yakni mampu merawat segalanya, berilah saya sedikit lagi masa. masa saya untuk bersendirian, makan minum saya biar saya yang derita. usah ditanggung atau dirisau sedemikian rupa kerana tiada apa dapat memujuk saya kecuali masa. Insyaallah kalau saya tiada, saya bukan ke mana-mana. hanya pergi menenangkan jiwa. saya tidak tahu apa yang bakal saya tempuhi pada esok hari. cumanya jangan desak saya, jangan desak saya sedemikian rupa. saya tekanan lagi sebenarnya!

saya tengah cuba, walaupun nampak saya tidak bermaya hanya Tuhan yang tahu betapa saya cuba untuk bangun semula. Cumanya, kali ini berbeza. Saya tidak tahu mengapa, saya jatuh tersungkur sebenarnya.

nota hati : doa moga dia bahagia hendaknya.

Sunday, April 01, 2012

01-04-12

 owh ya, harini dapat satu surat. insyaallah kalau ada rezeki, segalanya dipermudahkan. aneh sekali, kerana perasaan itu telah lama tidak saya rasai. terpesong jauh agaknya. suatu ketika dahulu, memang terasa dekat. semakin kesenangan yang dilimpahi, semakin rasa menjauhi. itulah kejahilan diri. hati hiba bila mengenangkan. mengenangkan dosa-dosa yang di lakukan.

moga terus tabah.
titis-titis kesedihan.

#mahu siap-siap. hidup perlu diteruskan untuk insan-insan yang masih memerlukan diri ini. moga semuanya dirahmati, maaf dipinta andai Allah lebih mengasihi.

nota hati : yakinkan diri sendiri, berjuang sejiwa murni

Hati Hiba

Cukup, genap seminggu tanpa sebarang bicara sudah cukup untuk bangun semula. Memang, selama ni hati tak tenang hati tak tenteram bila pertanyaan bersarang di kepala. Tiada guna mencari jawapan yang tiada keuntungannya. setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, cuma Dia mohon kita sabar untuk tempuhi. Memang sekarang terasa lemah, hampir seminggu tanpa makanan pemberi tenaga. Dalam diri, seringkali terdetik "farhana kuat, farhana kuat, farhana kuat." Kenyataan yang pasti, kerana itu saya masih di sini. Bertahan lah Farhana, derita dunia yang sementara. Ibarat alami masalah jiwa yang kronik, Perasaan bercampur baur. Marah, sedih, putus asa, kecewa dan sebagainya. hati tak teguh sebenarnya. mencari-cari punca ujian bertimpa-timpa. "aku jahat? apa aku dah buat? kenapa setiap kali hanya aku yang terima?". Perlahan-lahan kesat titis airmata, sambil percaya semua ada hikmahnya. Ya memang tiada sesiapa yang dapat membantu melainkan diri sendiri. Tekanan demi tekanan dewasa ini cukup untuk membuatkan hati tidak mahu meneruskannya lagi. Takut untuk meneruskan liku ini lagi.

Ya Rabbi, beratnya dugaan-dugaanMu ini.
*kesat airmata

nota hati : tiada kata untuk memujuk hati, hanya mohon petunjuk Illahi.

Taubat Seorang Hamba

Selamat Hari Lahir

1 April 2012.

 Selamat Hari Lahir buat insan yang pernah menakluki hati. tak banyak yang ingin diperkata melainkan mendoa agar beliau bahagia di sana. Tak perlu hadiah pelbagai rupa, cukup sedekahkan alfatihah dari dunia yang fana. Perginya beliau dengan tiba-tiba, memang memeranjat kami semua. Tak dapat bayangkan saat itu, saat itu dan saat itu. beliau buat saya percaya yang saya kuat, saya tabah.

"Ya Allah, Engkau tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kau terangilah kuburnya, Engkau lindungilah beliau dari segala azab siksa. Sesungguhnya kepadamu aku meminta"


nota hati : dariNya kami datang dan kepadaNya kami kembali. Innalilah.

Lukisan

Nak jadi rumput yang lemah lembut, tak terusik walau dilanda ribut. Tetap dengan fungsinya, memberi oksigen untuk segenap manusia. Menghiasi taman tanpa mengharapkan pujian, tak rebah walau dilanda badai. Kata mereka, pupuklah sifat sabar di dalam jiwa. Aturan Tuhan, jangan dipersenda. harus percaya hakikat takdir. Dalam sukar, hitunglah kesyukuran. Sesungguhnya setitis derita yang melanda, segunung kurniaanNya akan tiba.



nota hati : akibat terlalu percaya duniawi, sekali lagi kau jatuh.  

Saturday, March 31, 2012

31-03-12

Semalam student yang saya ajar berkali kali call. Lebih sepuluh kali rasanya. Semuanya tidak berjawab. Kemudian satu sms masuk, "cikgu, ini sara, cikgu dapat tak msg sara smlm? cikgu boleh ajar sara tak?" Malang sekali sms itupun tidak berbalas. Mungkin dia kecewa, dia semangat untuk belajar. Saat diri terasa inilah masa untuk memberi penjelasan, hp dicapai. Sms ditaip, " maaf sara, cikgu tak sihat. cikgu tak dapat ajar sara skg, tapi kalau sara nak cikgu rekemenkan cikgu lain kat sara". Sms terus dibalas, "sara nak cikgu jugaaaaa.".

saat itu, diri sedar yang masih ramai perlukan kita sebenarnya. Suatu ketika dahulu, sesorang pernah menasihati saya bahawa tujuan kita hidup adalah banyak. Ibaratnya, tengok jari-jari kita. Setiap jari mewakili tujuan kita hidup. family, kawan-kawan, anak-anak didik. banyak lagi sebenarnya. Hilangnya salah satu tujuan hidup bukan bermakna kesemuanya hilang. Sungguh tidak adil buat yang lain kerana terpaksa menanggung tempiasnya. Berbakti pada mereka yang memerlukan, bertahan untuk kesekian kalinya. 

nota hati : fikir mati, tak mati-mati. Kuatkan hati, pasti ada cahaya menanti. 

Hilang

31/03/2012
 Setelah setahun berlalu, Farhana yang dahulunya tenang dan kosong dari segala masalah kembali hilang. Hilang dari realiti hidup. Sesat entah ke mana, kali ini terlalu jauh mungkin. Acapkali, terfikir. Sampai bila mahu begini? Tiada siapa yang dapat membantu melainkan diri sendiri. Ke mana menghilangnya Farhana yang tabah itu? tabah di mata kalian semua tetapi hanya bahu yang memikul dapat merasai kepritan hidup yang melanda. Bagai memendam seribu duka yang tersimpan, ia begitu payah sekali mahu melangkah. Mahu bangun, tetapi ia lemah. Bukankah, ia pernah kata? Benarkah? kerana sebenarnya ia takut kerana hanya dia tahu dirinya yang lemah itu. Hakikat takdir, hikmah di sebalik kejadian telah banyak di perhalusi, di fahami.

Kini, saya rindu Farhana yang saya kenali dahulu. Saya tahu dia kuat, saya yakin dia tabah kerana pelbagai dugaan hidup telah berjaya dia lalui. Perjalanan hidup kita di hari esok tiada siapa yang tahu, semuanya rahsia Sang Pencipta. Berserahlah wahai hati, bersabarlah wahai diri. Moga akan muncul kebaikan di sebalik segala musibah ini.

nota hati : titis-titis tanda saya mahu bangun walaupun perit.

Tuesday, March 20, 2012

Kursus Kahwin

Hujung minggu terisi dengan perkara yang berfaedah. Ya kursus kahwin. Mula-mula bila dengar kursus tu macam fobia and malas nak pergi sebab dalam mind set semua kursus for sure bosan kan..kakak ipar menguatkan semangat mengatakan kursus kahwin tak bosan tapi lawak. betul cakap beliau..banyak yang dapat dipelajari sepanjang mengikuti kursus tersebut.. Pelbagai pengalaman kehidupan dalam berumahtangga dikongsi oleh penceramah yang kesemuanya daripada pejabat agama. Bermula daripada pengurusan stress, akhlak, akidah, ibadah dan sebagainya.. Kadang-kadang realiti kehidupan berbeza dengan apa yang kita fikirkan. Jadi untuk menghadapi realiti itu, tidak salah untuk kita berkongsi serta mendengar pengalaman orang-orang yang terlebih dahulu makan garam daripada kita. Insyaallah kehidupan kita akan lebih tersusun. Kesalahan-kesalahan orang yang terdahulu dijadikan panduan serta pengajaran. Kita menentukan hala tuju kehidupan kita. Insyaalah jika kita positif hasilnya akan positif. Sepanjang mengikuti kursus tersebut, rata-rata peserta terdiri daripada golongan muda lingkungan 20-an. Memang muda. Alhamdullilah semakin ramai akan membina masjid. Salah satu jalan yang paling mudah untuk mengumpul pahala demi pahala. Teringat pesan ustazah pagi-pagi lagi dah  tegaskan betapa perlunya seorang isteri untuk mengikut segala kehendak suami selagi tidak menyalahi syarak. "kamu perlu berubah dan kamu perlu tahu di mana kedudukan kamu bila dah bergelar seorang isteri". banyak nasihat dan perkara yang telah menyedarkan saya dari mimpi-mimpi saya. walaupun saya keseorangan tanpa ditemani sahabat ataupun pasangan, saya bersyukur kerana saya diberi kesempatan untuk mempelajari sedikit sebanyak dan mengenali apa itu lumrah kehidupan.

nota hati : saya yakin dengan diri saya. But please, dont over confident farhana!

Thursday, March 15, 2012

Mereka datang dan pergi

as the time is running off, people change. that's the true reality. sedar ataupun tidak, sebenarnya dalam kehidupan banyak yang silih berganti. banyak yang kita telah kehilangan seperti kawan, sahabat karib, gelak tawa, kebahagiaan, kesenangan dan banyak lagi. rindu dengan kenangan ketika kecil dahulu. saat melangkah masuk ke tadika. seronak bukan kepalang kerana saya sangat suka belajar. suka dengan buku. jadi tiada masalah sangat untuk ayah dan mak menghantar ke tadika. saat melangkah ke sekolah pula, perbagai kenangan bersama rakan. zaman budak-budak, kalau bergaduh pun paling lama tiga hari sebab ustazah dah pesan gaduh lama-lama nanti berdosa. datang sekolah asyik nak bercakap sampaikan ustazah terpaksa soletapekan mulut tu. siapa bising nama kena tulis dekat papan hitam. ketika itu, terasa gelap masa depan andai nama sendiri terpapar di papan hitam. sangat takut. bila terkenang, mampu juga mengukir senyuman. kenangan dulu. masa silih berganti dan kita melangkah dewasa. senyuman dan gelak tawa dahulu semakin berkurang saban hari. kita semakin serius dalam merencanakan kehidupan. masa kian berlalu dan kita bertemu, berkenalan dengan pelbagai jenis dan karekter manusia. mereka datang dan pergi. tatkala sepi, kita merindui kesemua mereka,insan yang pernah hadir di dalam hidup kita. sekecil manapun sumbangan mereka terhadap kita, kita merindui mereka.sekurang-kurangnya mereka merupakan insan yang sempat kita kenali di dunia ni. bila membuka memori-memori lalu, terlalu ramai mereka-mereka yang melangkah pergi dari sisi kita. andai dahulu mereka merupakan sahabat karib kita, sekarang mereka tiada. andai dahulu mereka pernah menjadi tempat berkongsi masalah, sekarang mereka tiada. sejahat manapun mereka, sekurangnyamereka pernah singgah dihati kita. dan saya merindui kesemua merek. kini saya sedar saban hari saya kehilangan mereka seorang demi seorang. masa merubah segalanya. saya tidak sedar bilakah mereka-mereka ini melangkah pergi dari hidup saya. apabila saya terjaga, mereka tiada. untuk semua mereka yang pernah bergelar seorang sahabat kepada saya, saya rindu kalian semua! sekeras mana pun  hati saya, sejahat manapun saya, saya tetap terkenangkan kalian semua. semoga kalian baik-baik saja dan saya doakan kalian bahagia dengan kehidupan masing-masing.


nota hati : menghargai sesuatu yang ada adalah lebih baik daripada menyesali sesuatu yang telah hilang dari pandangan mata.