My Dream

My Dream

Saturday, February 02, 2013

Ketelusan hati

Bibir memang mudah untuk berbicara, melafaz janji yang entah dimana kebenarannya. Riak muka serta tingkah laku jua tidak mampu menilai sejauh mana ketelusan hati si empunya diri. Kadang segalanya tampak benar tetapi hakikat sebenar semuanya dusta. Bagaimana hendak menilai ketelusan hati manusia jika ini sejarahnya? Manusia tetap manusia. Sering berdusta, cumanya berbeza niat serta tujuannya. Ada yang berdusta demi kebaikan ada pula demi kepentingan dirinya. Tiada siapa yang tahu tujuan sebenar melainkan Yang Maha Kuasa.
Susahkan kehidupan. Saban hari, pelbagai pentas drama manusia terpaksa kita tempuhi. Yang mana kita sendiri tidak sedar mana duri atau madunya. Yang nyatanya pun sukar dinilai inikan pula ketelusan hati insan yang bernama manusia. Tak terdaya untuk menilai. Saya masih percaya, jika kita mempunyai ketelusan hati pasti kita tidak mudah terpedaya. Walau pernah kecewa, saya masih percaya dengan kata hati saya.

Nota hati : tiada manusia yang sempurna

No comments:

Post a Comment