My Dream

My Dream

Sunday, December 02, 2012

kehidupan berubah

rasa pelbagai perkara yang terjadi saban hari akhirnya mengundang rasa penat. penat dengan semua mereka. nak kata stress, mungkin ya. cuma saya yang tidak menyedari hadirnya simpton tersebut. jauh di sudut hati terasa ingin pergi jauh. jauh dari segalanya mengulang semula kisah lalu yang bersendirian tanpa sebarang bicara. bukan apa, hanya memerlukan masa untuk mehasabah seketika. tentang kehidupan yang kian banyak banyak cabaran serta likunya. satu per satu permasalahan yang melanda menyebabkan rasa serabut di jiwa. tak tenang. entah mengapa saya pun tertanya tanya. saya perlu merombak kembali segala galanya agar perjalanan hidup kembali sempurna. hampir 2 minggu juga kiranya saya menumpang ke sana sini. terima kasih juga buat mereka yang membantu, budi kalian tetap saya takkan lupa. kehidupan berubah, yaaa totally change. kalau dahulu, saya ada tempat untuk bercerita. untuk meluah segala rasa serta meminta pendapat juga pesanan satu dua kata. tetapi sekarng segalanya berbeza. melahirkan apa yang rasa sekadar di hadapan komputer riba yang tidak bernyawa. itulah dia saya kata, kehidupan berubah.

nota hati : entah kenapa air jernih seakan akan penuh berkaca.

Tuesday, October 30, 2012

Muiz dalam kenangan

Tanggal 27 Oct seorang yang brgelar sahabat telah pulang ke sisi pencipta. Sang Pencipta lebih menyayangi beliau. Semasa hayat, beliau seorang yang sangat aktif bersukan. saya mengenali beliau ketika saya belajar di upm. pada ketika itu, saya yang menyertai sukan kolej telah bertemu beliau di stadium upm. Ya beliau sangat peramah. Kami berkenalan dan secara kebetulan rupanya rumah beliau berdekatan dengan rumah saya. 

tahun demi tahun, kami ditakdirkan untuk bekerjasama sebagai pemimpin kolej di mana beliau menyandang jawatan sebagai timbalan presiden. kekerapan kami bersama ketika meeting, program dan aktiviti kolej menyebabkan silaturahim yang terjalin semakin kemas kan kukuh. sebenarnya kami memang di latih begitu. 

malang tidak berbau, slang beberapa hari sebelum majlis konvo kami dikjutkan dengan berita bahawa muiz mengidap penyakit leukimia. ya Allah, Allah Maha Kuasa segalanya sudah tertulis. 2 tahun Muiz berjuang melawan sakitnya. Beliau memang tabah, beliau kuat. Semangat beliau tak pernah luntur. Sekali sekala jika ada majlis kenduri di rumah Muiz pasti kelihatan. Mana tidaknya rumah kami dekat. 

Menjelang aidiladha saya mendapat perkhabaran bahawa Muiz tenat di hospital. Entah mengapa hati terdetik untuk terus pergi menjenguk beliau. Kali terakhir saya berjumpa beliau pada Aidilfitri dahulu di mana panjang lebar juga kami berbual. Selesai Adiladha, saya terus bergegas ke hospital. Tak menahu langsung wadnya semua, saya gigih mencari. Akhirnya saya sampai ke wab 3B. Pencarian saya berakhir apabila saya ternampak seorang insan yang sedang berjuang. Ya berjuang untuk hidup, sedih dan sayu sangat rasa hati. Di ketika itu, kebetulan doktor sdang merawat muiz. Doktor menyatakan bahawa muiz sudah kritikal kerana kuman sudah mulai merebak ke paru parunya. Gas oksigen yang kuat terpaksa disalurkan supaya oksigen terus sampai ke paru parunya. Muiz dah tak boleh bernafas sendiri. Ya Allah, beratnya dugaan Mu terhapa beliau. Kuatnya kasih sayangMu kepada Muiz. Saya terkedu, terkejut dengan kata kata doktor, juga keadaan Muiz. Kelihatan di sebelah Muiz soarang ibu yang pasrah dengan ktentuan Illahi serta tabah mengahadapi ujian yang Maha Kuasa. Ibu Muiz kuat, beliau sangat cekal. Saya tahu dalam hatinya, memang remuk bila mendengar kata kata doktor. Muiz dah tak boleh makan, doktor hanya suruh bersdia kerana perlahan lahan Muiz akan meninggal dunia. 

Sepi, perhatian ditumpukan sepenuhnya kepada Muiz. Badannya panas. sesekali tangannya seolah olah ingin membuang alat pernafasan yang diberikan. Tak selesa mungkin. Kiri kanan tangan Muiz dah lebam. Sebab dah banyak kali sangat dicucuk. Hati saya mulai sayu. Air jernih yang bertakung di mata di paksa takung supaya tidak kelihatan oleh ibu Muiz. Saya cuba untuk kuat, cuba memberi smangat. Untuk Muiz juga ibunya. Selang beberapa minit, saya terasa pening. Ya Allah, sadihnya rasa. Kaki saya tak dapat lagi menampung perasaan yang terkandung di jiwa. Saya rebah sambil airmata menitis ke pipi. Dunia saya gelap. Terasa saya dipapah, di tenangkan oleh ibu serta kawan. 

Malam itu, muiz asyik berlegar legar di minda. saya mendoakan yang terbaik buat beliau. mata susah nak pejam. 

pagi sabtu, saya dikejutkan dengan berita pemergian muiz. bertalu talu msg sampai dari adik muiz menyatakan arwah telah pulang ke rahmatuulah jam 1.50 pagi. Innallilah, benar Allah lebih sayangkan beliau. Semuanya sudah tertulis. Saya sempat menziarihi jenazah sbelum dikebumikan. Alhamdullilah segalanya lancar, suasana sebak tatkala jenazah diusung keluar rumah. Buat keluarga arwah, teruskan bersabar. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Insyaallah.


kiri, Allahyarham Abdul Muiz Mansor. Kanan, Allahyarham Mohd Khairul Azra Khairuddin. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada kedua-dua arwah. Al-fatihah.
nota hati : kisah mereka sudah selesai, kita bagaimana pula? 

Sunday, September 30, 2012

Tuhan Berikan Aku Cinta

walau aku senyum 
bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari 
ada yang tak ada di hati ini 
di jiwa ini hambar 
ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
mungkin akan ada cerita cinta 
namun ada saja cubaan hidup 
seakan aku hilang
Tuhan berikanlah aku cinta 
untuk temani di dalam sepi 
tangkap aku dalam terangMu 
biarkanlah aku punya cinta 
Tuhan berikanlah aku cinta 
aku juga berhak bahagia 
berikan restu dan halalMu 
Tuhan beri aku cinta

Thursday, September 20, 2012

_updating_

sibuknya rasa. sibuk dengan macam-macam kerja. tugas segai guru, pelajar, demonstrater serta part time job memang cukup untuk membuatkan diri rasa tersangat laa sibuk. usaha segigihnya untuk beroleh kejayaan.

chaiyok Farhana!

bulan oktober bakal menjelma dengan pelbagai aktiviti serta kerja yang banyak. 
  •  demonstrater
  •  intensif SPM
  •  fokus exam final untuk F4 
  •  writing thesis
  •  part time job MMU
  •  tournament squash

nota hati : Welcome October, such a pack schedule there. :)



Friday, September 07, 2012

Jodoh di tangan Tuhan


Sedang lama tidak menulis, hari ini terasa ingin mencoretkan serba sedikit berkenaan jodoh serta perasaan. Benar, jodoh terletak di tangan Tuhan. Sukar, jika mahu mengungkapkan apa sebenarnya jodoh. Jauh sekali ingin mengenal pasti siapakah jodoh kita. yang pasti jodoh itu ada. Semuanya bagai sambungan cerita, hari ini  seseorang yang berpangkat ayah kepada saya menasihati bahawa perempuan single macam saya perlu meluangkan sedikit masa untuk memikirkan hal jodoh. Katanya, kita patut berusaha di samping doa yang berterusan. Sampai satu tahap apabila perempuan itu sudah bekerjaya serta selesa, dia perlu memikirkan hal jodoh. Sukar, kerana banyak pengalaman lalu. Jujur saya katakan, saya menutup pintu hati saya untuk menerima kehadiran insan intimewa di ssi. Mungkin belum tiba masanya. Buat masa sekarang, saya lebih rela bersendirian daripada menerima kehadiran sesiapa. Mungkin dia baik dari pandangan mata, tetapi susah kalau hati belum bersedia. Kerasnya hati mungkin kesan daripada yang lama. Lumrah manusia mungkin mahu berumahtangga tetapi biarlah kalau itu bukan saya. Saya dah tiada rasa ke arah berumahtangga. Mungkin kedengaran saya bagai putus asa, tetapi aturan Tuhan membawa rasa serik untuk saya mengulangi segalanya. Cukuplah rasa derita. Doa saya, berilah saya kebahagiaan dan kekuatan untuk saya menempuh kehidupan ini sendirian. Ini pilihan saya, memang saya memilih untuk bersendirian. Sampai bila, itu tugas yang Maha Kuasa.

nota hati : biar apa kata mereka, saya teguh dengan pendirian bahawa bersendirian lebih bahagia.

Tuesday, August 28, 2012

Hati Manusia

Lumrah alam, hati manusia sebenarnya lembut. Sekeras mana pun hati manusia pada mata kasar kita, sebenarnya pasti lembut jua jika kena pada caranya. Setelah dua tahun tanpa bicara, bukan untuk menunjuk sekeras hati yang ada tetapi hanya untuk menutup kisah lama. akhirnya, terdetik jua untuk memberi peluang kepada dia untuk memulakan bicara. walaupun menerusi sms, tetapi ianya seakan bermula. Ikhlas, saya tiada memendam sebarang rasa tetapi lebih kepada ingin melupakan segala yang mendukacita. sepahit-pahit dugaan yang telah saya terima, saya tidak sanggup lagi untuk mengulanginya. perit sangat rasa derita. jadi jalan mudah yang ada, lupakan semua mereka yang mengundang duka. anggap mereka tidak pernah ada. itu cara saya. tetapi berbalik kepada isu hati manusia, hati saya sama sahaja. jika dia sudah meminta sangat sukar untuk saya menolaknya kata maafnya. ya tidak salah memberi kata maaf, memberi peluang. niat saya baik, Tuhan jangan menduga saya untuk dugaan yang berat lagi. saya pernah terjatuh, luka saya banyak meninggalkan parut. tetapi saya mengerti Tuhan bukan sengaja menguji saya. ada hikmah di sebalik semua yang menimpa. 

harapan saya, tidaklah sebesar mana. saya berdoa semoga perjalanan hidup saya dipermudah dalam mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dilindungi oleh Yang Maha Esa.

nota hati : hati yang baik lebih mulia daripada segalanya.

Monday, August 27, 2012

Holiday is over!

Alhamdulilah selamat sampai ke Bangi. Cuti sepuluh hari lebih dah berakhir. Tugasan harian perlu dimulakan seperti biasa pada esok hari. Sepanjang cuti sepuluh hari terasa sibuk sangat. Rasa sekejap ja. Sebabnya banyak aktiviti yang menggembirakan dilalui sepanjang cuti tersebut.

Sebelum raya, seperti biasa balik rumah mesti akan berbuka puasa dengan family. Sempat juga jalan-jalan di sekitar bazar ramadhan di Alor Star. Best sebab makanan kat sana semua sedap-sedap. Pada sebelah malam pulak round depan Kompleks Pekan Rabu, ramai gila orang jual juga orang yang membeli belah. Meriah pekan Alor Star dah lebih kurang Jalan Tar dah. Haha.

Persediaan raya, biasa-biasa sahaja. Al maklum lah dah besar panjang kan. Pagi raya tu selepas sembahyang raya semua saya satu family bergerak pulang ke kampung. Menjadi kebiasaan kami semua akan berrkumpul dah akan menikmati makan malam bersama. ala-ala family gathering lebih kurang. Petang raya tu sepupu mengajak beraya. So sehari berhari raya bersama family, memang best sangat rasa. Terasa lama sangat tak ketemu mereka semua. 

Hari raya berikutnya di penuhi dengan pergi kunjung mengunjung rumah saudara seterusnya beraya bersama kawan-kawan di Alor Setar. Open House bersama Aina dengan kawan sekolah rendah, BBQ dengan geng suami Amirah dan jugak makan-makan adalah tempat untuk kami semua bertemu sebelum masing-masing berpecah ke seluruh Malaysia. Haha. Yang bestnya saya sempat bertemu dengan semua mereka yang sering membuat saya senyum gembira. Terima kasih Syawal kerana menjelma.

Raya kelima dipenuhi dengan majlis resepsi tiga orang kawan. Majlis kawin cikgu Dayah di hadiri oleh Cikgu Fauzi dan family, Cikgu K dan isteri, Cikgu Farid, Miza, dan saya yang ditemani oleh seorang rakan. Petang tu saya bersama cikgu fauzi dan keluarga, juga miza  bergerak untuk bercuti di Langkawi. Tiga hari di sana sudah cukup untuk membuatkan cuti saya lengkap dengan pelbagai aktiviti menarik. 

Pada malam sabtu, segelintir kawan-kawan datang ke rumah. Terima kasih kak aza sebab mai walaupun tak sempat jumpa! Thanks juga kepada Thuraya satu family sebab mai rumah. Juga kepada Aslam, Fizy, Aisamuddin dan Zairi yang sudi datang rumah. Mijah dan Amin datang sebagai penutup acara. Lewat-lewat pun mai jugak. Sehingga kita bertemu lagi semua. Insyaallah Aidiladha berkumpul dan bertemu kembali.

Esok Isnin, semua seperti sediakala. Jadual perlu di susun semula. Okay, happy working everyone! =)

nota hati : bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa. 

Wednesday, August 22, 2012

To those whom I love..

nothing else to say but good bye.

Sunday, August 19, 2012

Happy Eid :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam di dunia. Semoga lebaran kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua.

Di kesempatan ini saya dengan penuh kerendahan ingin memohon seribu kemaafan buat keluarga, teman, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya. maaf jika ada terkasar bahasa, terlebih perbuatan di mana mana atau ada tingkah yang telah menguris rasa kalian. Satu sahaja harapan saya, moga lebaran kali ini dapat membuka lembaran baru dalam kehidupan saya di dunia. Amin

MAAF ZAHIR & BATIN ;)


Friday, August 17, 2012

Kepada Anonymous.

merujuk entry yang sebelum ni.. Yeay raya bakal menjelma. Kalut kalut tekan tiba tiba terdelete pula post tu. ini merupakan comment from Anonymous.

"sy sgt setuju sgt dgn kata2 cik fana utk entry kali ni..sgt letih dgn permainan dunia...sehingga hati seolah tertutup utk berpasangan walau naluri sgt inginkannya..bertunang n putus disaat hampir diijabkabulkan sgt memberikan pengalaman pahit kpd sy..jodoh itu rahsia allah"

kepada sahabat, 

insyaalah akan tiba satu masa nanti sahabat bertemu insan yang betul2 dijodohkan. jodoh mmg rahsia Allah, dan segala dugaan yang Dia beri adalah untuk menguji kita. saya pernah mengalami serta melalui saat pahit yang sahabat rasai itu. tapi alhamdullillah banyak yang saya belajar dari dugaan itu. saya doakan sahabat bertemu kebahagiaan yang sejati hingga ke jannah. Amin

Dasyatnya permainan dunia kadang-kadang sehingga mengundang rasa putus asa. Putus asa untuk memikirkan lagi hal berumahtangga atau bercinta. Lumrah manusia, mesti mahu disayangi dan menyayangi. tetapi apa kan daya kadang-kadanag tak semua seindah biasa. sabar dengan dugaan Dia akhir sekali pasti kebahagiaan akan dicipta. =)

nota hati : pintu hati masih tertutup. jangan mencuba, takut-takut terluka.