My Dream

My Dream

Sunday, March 13, 2011

130311-06

Alhamdullilah selamat sampai setelah pulang dari kampung arwah. Sebaik tiba di sini, hati mulai sebak. Saya sangkakan hati ini mulai sembuh. Tidak rupanya. Ya Allah. Buntu sangat sekarang. Sesungguhnya diri ini mengalami kejatuhan motivasi diri yang teruk pada ketika ini. Dah hampir sebulan dia pergi. Pergi untuk selamanya. Dia dah selamat di sana. Tetapi saya? Astafirullahalazzim. Lagi sebak rasa hati ini apabila melihat maknya. Aku perlukan petunjukMu ya Allah.

Firman Allah swt :
(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Al-'Imran)


Hati, belajarlah untuk tabah. Kematian itu pasti, cuma masanya adalah berbeda. Semoga imanku sentiasa dipelihara dan diri ini menemui kebahagiaan di akhirat kelak. Kebahagiaan yang dirasai di dunia ini hanyalah ibarat setitik air di lautan. Semoga diberi kesempatan untuk bertemu bersamanya di syurga abadi. Amin.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum sahabat yang di sayangi...=)
    ketahuilah setiap kata-kata dan luahan anda disini berjaya membuat saya merasai perasaan anda...sahabat, setiap yang berlaku ada hikmahnya... lapangkan dada...kaji dan fikirlah apa pengajaran ALLAH untuk anda... dan ingatlah... telah ditentukan ajal dan jodoh seseorang di lauh mahfuz... mungkin ada seorang lelaki yang sangat sesuai untuk anda yang telah ditentukan jodohnya dengan anda oleh ALLAH akan hadir dalam hidup anda nanti..yakin dan berserah lah kepadanya... ingat... ALLAH senantiasa ada... luahkan segalanya padaNya.. mungkin agak kejam... tapi saya menggalakkan anda belajar melupakan kisah lama dan membuka buku baru... anda boleh.. farhana yang saya kenal sangat kuat...sebab itu ALLAH uji kamu dengan ujian berat yang saya rasa tak mampu saya tanggung...ALLAH tahu anda mampu menghadapinya.. bukankah setiap ujian ALLAH mengikut kemampuan hambaNya... =)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah picairin..saya yakin dan bersangka baik terhadapNya. walaupun hati terlalu perit untuk melalui. Terima kasih kerana hadir sebagai sahabat dan atas nasihat. Semoga Allah membalas jasa baik anda. (:

    ReplyDelete