My Dream

My Dream

Tuesday, March 15, 2011

150311-08

Alhamdullilah berjaya melalui hari ini (14March) dengan jayanya. 
Memulakan hari dengan mengajar. Hati lebih tenang. Terima kasih mak ayah. Terima kasih kepada teman yang sentiasa di sisi. Pada sebelah petang, saya mengunjungi pusat terapi bersama teman. Dan pada sebelah malam, pergi mengajar. Masih btemankan sahabat. Alhamdullilah sekali lagi kerana masih diberi kesempatan untuk merasai kehidupan sebagai seorang hamba dan diberikan kesempatan untuk berkenalan para sahabat yang sememangnya baik. Semoga Allah membalas budi kalian semua. Sesekali, fikiran masih terganggu. Masih teringatkan dia. Sentiasa. Tetapi hati lebih tenang bila saya mengingatkan Allah. Ya Allah, nikmatMu semakin dekat denganku. Kemanisan iman terhadapMu semakin meresap ke dalam jiwaku. Subhanallah, Maha Suci Allah. Mohon dipermudahkan jalan untukku. Doa adalah senjata orang mukmin. Senjata untuk diri yang lemah ini ya Allah. Semoga hari esok dapat dilalui dengan lebih baik, dikurniakan iman yang lebih kuat dan hati yang lebih tabah. 

Kepada abg,
Dah hampir sebulan pergi meninggalkan diri ini sendirian. Sedar ataupun tidak, diri ini masih mampu untuk menjalani hidup. Maknanya, diri ini kuat. YA, itu yang Allah aturkan untuk kita. Untuk abg dan juga diri ini. Sebagai jambatan menuju ke akhirat kelak.Perasaan kerinduan yang amat sangat memanglah perit. Tetapi itu keperitan dunia kan. Seringkali, hati bertanya, abg macamana kat sana? abg bahagia? apa perasaan abg menghadapi sakratul maut? YA, Allah, semoga abg berada pada keadaan yang paling baik di sisiNya. Diri ini, diri abg dan segalanya adalah milik Allah. Perasaan syg kita, perasaan cinta kita semua adalah milikNya. Bersyukurnya kerana dipinjamkan kenikmatan itu walaupun hanya sekejap. At least kita sempat merasa kan. 

nota untuk hati : sila tabah okeh farhana !

1 comment:

  1. teman...hidup ini lebih indah jika dilihat dari pelbagai sudut pandangan...
    jadi,cubalah untuk mengubah sedikit sudut pandangan kamu sekarang..walaupon perit untuk melakukannya,tapi kamu akan dapat melihat betapa Allah menjadikan dunia ini luas dan dipenuhi dengan kasih sayangNya...
    kadang-kadang apa yang kita lihat sebagai masalah dari sudut pandangan kita sekarang mungkin dapat dilihat sebagai suatu hikmah dari sudut pandangan yang berbeza...

    ReplyDelete