My Dream

My Dream

Sunday, May 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Kartini

Selamat Pengantin Baru Tini.

(12.5.12 : Majlis Perkahwinan Tini)

alhamdullilah, adik bongsu beliau telah selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan pada 12.5.12. saya pasti jika arwah masih ada beliau adalah manusia yang paling gembira hari ini. jika dahulu, beliau sering risau perihal adiknya yang bongsu ini tapi kini adiknya telah bergelar seorang isteri. banyak perubahan yang berlaku sejak beliau pergi selamanya. 

majlis berlangsung dengan sempurna. cuma saya yang terlewat sampai kerana banyak hal yang perlu diuruskan. setibanya di sana, rupanya masih ramai yang kenal dan ingat akan saya. ramai yang tegur dan bertanya khabar tentang saya. saya baik-baik sahaja. ada seorang makcik bertanya samaada saya dah ada pengganti atau belum setelah arwah meninggal. saya hanya mampu tersenyum. senyum ikhlas kerana tiada kata yang terlintas. tepat jam 1 petang lebih kurang ketibaan pengantin. perasaan gembira tadi secara tiba-tiba telah bertukar. entah kenapa pertanyaan makcik tadi terngiang-ngiang di kepala dan mengingatkan saya kepada arwah. teringat detik dahulu ketika adiknya yang kedua berkahwin beliau lah yang bertukus lumus melayan tetamu, menjadi tuan rumah. tetapi kini, segalanya telah berubah. tiada lagi kelibat beliau. tiada lagi seorang abang yang begitu penyayang. tiada lagi seorang anak yang taat kepada ibunya, tiada lagi seorang insan yang sentiasa meluang masa mendengar keluh kesah saya. titis titis air memenuhi ruang kelopak mata saya tika mereka semua bergembira menyambut ketibaan pasangan raja sehari. saya cuba mengawal segalanya supaya saya tampak biasa-biasa sahaja.

(Gambar kenangan beliau ketika majlis perkahwinan adik beliau yang kedua, haizam.)
(November, 2010)

setelah menjamu selera, saya kembali seperti biasa. cuma perasaan letih memang tak dapat dibendung. kepala masih memikirkan banyak perkara berkaitan kerja dan tanggungjawab. setelah petang, saya dengan berat hati meminta untuk mengundur diri kerana saya mempunyai kelas tambahan. kalau ikutkan hati, memang nak bermalam di sana tapi komitmen kerja membatasi segalanya. sebelum pulang, saya sempat menziarahi pusara beliau. entah bagaimana beliau di sana, saya doakan semuanya baik sahaja untuk beliau di sana. semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. sesungguhnya dariNya kita datang, dan kepada Dia jualah kita kembali.

nota hati : beliau adalah salah satu yang terindah pernah saya ada. terima kasih ya Allah.

No comments:

Post a Comment