My Dream

My Dream

Wednesday, April 11, 2012

Dugaan Tanda Allah Sayang

Lumrah kehidupan memang begitu. Alhamdullillah hati semakin tenang bila kita menyerah segala tugas itu kepada Sang Pencipta. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya percaya segala yang berlaku kepada kita baik ataupun buruk, ada hikmah yang tersembunyi. Saya yakin. Cukuplah saya ada Dia untuk menjadi tempat mengadu kerana Dia sentiasa ada. 

Saya ingin meneruskan hidup secara positif kerana saya percaya dan yakin gaya hidup itulah yang membolehkan saya masih berdiri sehingga ke saat ini. Kata orang tua, pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Setelah apa yang terjadi dalam tempoh beberapa tahun ini, banyak rencah kehidupan yang sempat saya pelajari, dan segalanya telah menjadikan saya semakin tabah. Kadang-kadang saya terasa takut untuk menempuh hari esok kerana tidak sanggup menempuhi dugaan demi dugaan di luar sana. Tapi kita tiada pilihan, kehidupan harus diteruskan walau sepahit manapun perjalanan. Setiap liku kehidupan seorang insan adalah berbeza mengikut apa yang mampu ditanggungnya dan apa yang terbaik untuknya. Itulah janji yang telah diberikan oleh Yang Maha Kuasa sejak terciptanya kita. 

Kita hidup sekali sahaja, jadi tidak berbaloi sekiranya kehidupan yang satu ini tidak kita hargai, tidak kita nikmati. Ya nikmati, maksud saya kehidupan yang bahagia tanpa ada rasa hasad, amarah yang entah apa-apa ataupun dendam kepada sesiapa. Semua itu adalah sifat si syaitan durjana yang ingin menyesatkan kita untuk bersama-samanya di neraka sana. Saya yakin dan percaya jika kita berfikiran secara positif insyaAlah segala sifat itu dapat kita hindari. Teruskan kehidupan seperti biasa, pasti bahagia akan menanti disana sama ada di dunia ataupun  akhirat kerana Dia telah menjanjikan syurga untuk mereka-mereka yang sabar. 

Kesimpulannya, walau apa yang terjadi, baliklah kita kepada asas Yang Maha Kuasa. InsyaAllah kehidupan kita takkan sia-sia.

nota hati : esok belum pasti bernyawa seperti hari ini. maaf andai tersalah silap sehingga mengguris rasa sesiapa sahaja.

No comments:

Post a Comment